Husein Ahmad
Tan Sri Hussein Ahmad P.S.M., J.S.M. | |
---|---|
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan | |
Dalam jawatan 20 Mei 1987 – 26 Oktober 1990 | |
Menteri | Ng Cheng Kiat |
Didahului oleh | Napsiah Omar Subramaniam Sinniah |
Digantikan oleh | Daud Taha Osu Sukam |
Timbalan Menteri Besar Kelantan | |
Dalam jawatan 1978–1982 | |
Menteri Besar Kelantan | Mohamed Yaacob |
Didahului oleh | Hassan Yaakob |
Digantikan oleh | Ariffin Said |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan | |
Dalam jawatan 1973–1978 | |
Menteri Besar Kelantan | Mohamed Nasir (1974-1978) Ishak Lotfi Omar (1973-1974) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 20 Mei 1934 |
Mati | 13 September 2024 Kampung Lemai, Pasir Mas, Kelantan | (umur 90)
Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam Kubur Besar, Pasir Mas |
Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu |
Tan Sri Dato' Husein Ahmad atau Husein Serama (1934-2024) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (1987-1990) dan mantan Timbalan Menteri Besar Kelantan (1978-1982).[1] Di peringkat parti, beliau merupakan mantan Ketua Penerangan UMNO Pusat.
Kerjaya politik
[sunting | sunting sumber]Beliau mula menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan sejak 1969. Beliau menjadi ADUN Rantau Panjang pada 1969 hingga 1974 dan ADUN Gual Periok pada 1974 hingga 1982. Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan pada 1978-1982. Pada 1985, beliau dilantik sebagai ahli Dewan Negara sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (1987-1990).[1] Kemudian, beliau dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dari 1990 hingga 2003.[2][3]
Beliau ialah Ketua Penerangan UMNO Malaysia paling lama berkhidmat iaitu sejak 1982 hingga 1999.[1]
Anugerah dan pengiktirafan
[sunting | sunting sumber]- Malaysia
- Johan Mangku Negara (J.M.N.) - 1991
- Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) - Tan Sri (1996)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c Amin, Manzaidi Mohd (2018-03-17). "Pimpinan Perkasa ziarah veteran UMNO". MalaysiaGazette (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-04-16.
- ^ Wanpcj (2010-02-06). "SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG WAN PCJ: LAHIRNYA STATION RADIO MANIS.FM DI PANTAI TIMUR". SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG WAN PCJ. Dicapai pada 2024-04-16.
- ^ "TAN SRI DATO' HUSEIN BIN AHMAD @ [AASIA]: ASTRAL ASIA BHD | Corporate Figure or Shareholder". klse.i3investor.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-04-16.
- Kelahiran 1934
- Kematian 2024
- Ahli politik Malaysia berketurunan Melayu
- Anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Timbalan Menteri Besar Kelantan
- Ahli Dewan Negara, Parlimen Malaysia ke-7
- Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan ke-5
- Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan ke-3
- Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan ke-4