Hema Malini
Hema Malini | |
---|---|
Ahli Parlimen, Lok Sabha | |
Menyandang jawatan 26 Mei 2014 | |
Didahului oleh | Jayant Chaudhary |
Kawasan pilihan raya | Mathura |
Ahli Parlimen, Rajya Sabha Dicalonkan | |
Dalam jawatan 16 November 2003 – 16 November 2009 | |
Didahului oleh | Mrinal Sen |
Digantikan oleh | Javed Akhtar |
Maklumat peribadi | |
Lahir | [1] Ammankudi, Negara Bahagian Madras, Kesatuan India (kini Tamil Nadu, India) | 16 Oktober 1948
Kerakyatan | India |
Kewarganegaraan | India |
Parti politik | Parti Bharatiya Janata |
Pasangan | Dharmendra (k. 1980) |
Anak | 2, termasuk Esha Deol 4 anak tiri, termasuk Sunny Deol dan Bobby Deol |
Pekerjaan |
|
Anugerah awam | Padma Shri (2000) |
Hema Malini (lahir 16 Oktober 1948) ialah seoang pelakon, penulis, pengarah, penerbit, penari dan ahli politik India.[2] Pada tahun 1962, beliau memulakan kerjaya lakonan menerusi filem Tamil Ithu Sathiyam. Malini pertama kali memegang watak utama dalam Sapno Ka Saudagar (1968), dan tampil dalam beberapa filem Bollywood, terutamanya sebagai pelakon utama. Dalam kebanyakan filemnya, beliau berlakon bersama suaminya Dharmendra dan bersama Rajesh Khanna dan Dev Anand.[3] Malini pada awalnya dipromosikan sebagai "Dream Girl" ("Gadis Impian"), dan pada 1977 beliau berlakon dalam filem dengan judul sama.[3] Beliau telah melakonkan sama ada peranan komik dan dramatik, dan juga sebagai penari[4][5][6] Beliau merupakan salah seorang pelakon yang bergaji tinggi dari 1976 sehingga 1980.[7]
Sepanjang kerjayanya, beliau menerima 11 pencalonan untuk Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik, memenanginya pada 1973.[8] Pada tahun 2000, Malini memenangi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Filmfare dan juga Padma Shri, penghargaan awam keempat terbesar dan dianugerahkan oleh Kerajaan India.[9] Pada tahun 2012, Universiti Sir Padampat Singhania mengurniakan Doktor Kehormat kepada Malini atas sumbangan beliau kepada pawagam India.[10] Malini berkhidmat sebagai pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional India. Pada tahun 2006, beliau menerima anugerah Sopori Academy of Music And Performing Arts (SaMaPa) Vitasta daripada Bhajan Sopori di Delhi untuk sumbangan dan perkhidmatannya kepada budaya dan tarian India. Pada tahun 2013, beliau menerima Anugerah Kebangsaan NTR daripada Kerajaan Andhra Pradesh kerana sumbangannya kepada pawagam India.[11]
Dari 2003 hingga 2009, Malini telah dipilih ke Rajya Sabha, Dewan Parlimen atas, sebagai wakil dari Parti Bharatiya Janata.[12] Pada tahun 2014, Malini telah dipilih ke Lok Sabha. Malini telah terlibat dengan usaha amal dan sosial. Pada masa ini, beliau juga merupakan ahli kehidupan Persatuan Antarabangsa bagi Kesedaran Krishna (ISKCON). Beliau ialah seorang pelakon yang berjaya pada zamannya. Beliau telah dipuji oleh pengkritik bagi persembahan tarian dan lakonannya.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "rediff.com: A dream called Hema Malini". Rediff.com. 16 October 1958. Dicapai pada 14 June 2011.
- ^ "Hemaji @ Hemamalini, ever dream girl turned 65". cinemanewstoday.com. 17 October 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-17. Dicapai pada 2019-10-05.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
- ^ a b A dream called Hema Malini. Rediff.com. Accessed 24 September 2009.
- ^ "Top Actresses. Box Office India. Accessed 8 January 2008". Diarkibkan daripada yang asal pada 17 October 2013.
- ^ Friday Review Chennai / Tribute : Bollywood's macho man bids goodbye. Diarkibkan 2009-05-06 di Wayback Machine The Hindu 1 May 2009 Accessed 14 June 2011.
- ^ Top Box Office Draws of Indian Cinema.[pautan mati kekal] IBOS. Accessed 24 September 2009.
- ^ "Hema Malini was one of the highest-paid actresses in 1976-1980 - Times of India". The Times of India (dalam bahasa Inggeris). 30 July 2015. Dicapai pada 27 September 2019.
- ^ "Filmfare Awards". imdb. 1973. Dicapai pada 20 July 2017.
- ^ Padma Vibhushan, Padma Bhushan, Padma Shri awardees. Diarkibkan 2010-04-14 di Wayback Machine The Hindu 27 January 2000 Accessed 14 June 2011.
- ^ Here comes Dr. Hema Malini! Diarkibkan 17 Oktober 2012 di Wayback Machine The Times of India 2 October 2012. Accessed 2 October 2012.
- ^ Correspondent, Special. "S.P. Balasubrahmanyam, Hema Malini bag NTR awards".
- ^ Smt. Hema Malini, Member of Parliament (Rajya Sabha)- Bio Data Press Information Bureau of India. Diarkibkan 22 Jun 2008 di Wayback Machine
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Bhawana Somaaya (2007). Hema Malini: The Authorized Biography. Lotus Collection. ISBN 978-81-7436-467-8.
- Raheja, Dinesh. "Hema Malini: Bollywood's Dreamgirl". Rediff. Dicapai pada 15 June 2011.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Hema Malini |