Pergi ke kandungan

HMS Prince of Wales (R09)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Haluan kapal HMS Prince of Wales pada Ogos 2017
Sejarah
United Kingdom
Nama: HMS Prince of Wales
Bersempena dengan: Prince of Wales
Pemilik: Aircraft Carrier Alliance
Dipesan: 20 Mei 2008
Pembina:
Dibaringkan: 26 Mei 2011[1]
Dilancarkan: 2017 (dirancang)
Ditaja oleh: HRH The Duchess of Rothesay
Disucikan: 8 September 2017
Ditauliah: 2020[2] (dirancang)
Pelabuhan asal: HMNB Portsmouth
Pengenalan:
Moto: Ich Dien ("I Serve")
Status: Disiapkan[3]
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: Kapal pengangkut pesawat kelas-Queen Elizabeth
Sesaran: 70,600 tonne (69,500 long ton; 77,800 short ton)[4][5][6]
Panjang: 280 m (920 ka)[7]
Lunas:
  • 39 m (128 ka)(garis air)
  • 73 m (240 ka) keseluruhan
Draught: 11 metres[8]
Dek: 16,000 m2
Halaju: 25 knot (46 km/j)
Jarak: 10,000 batu nautika (19,000 km)
Kapasiti: 1,600
Trup: 250
Anak kapal: 679
Sistem penderia dan
pemprosesan:
Persenjataan:
  • Phalanx CIWS
  • meriam 30mm dan minigan untuk menentang ancaman assimetrik.[9]
Pesawat yang dibawa:
Kemudahan penerbangan:
  • Hangar below deck
  • Two aircraft lifts
  • Ski jump

HMS Prince of Wales adalah kapal kedua dalam kapal pengangkut pesawat kelas-Queen Elizabeth yang sedang dibina untuk Tentera Laut Diraja. Ia dijangka akan memasuki perkhidmatan aktif bermula pada tahun 2020. Kapal ini merupakan kapal ke-7 milik Tentera Laut Diraja yang menggunakan nama HMS Prince of Wales. Pembinaan kapal ini bermula pada tahun 2011 di Rosyth Dockyard dan pada April 2016, strukturnya dikatakan telah siap sekitar 80%.[14]

Tidak seperti kapal pengangkut pesawat besar yang lain, Prince of Wales tidak dipasang dengan manjanik atau kabel penangkap dan sebaliknya direka untuk mengoperasikan pesawat V/STOL; kapal ini dirancang untuk membawa sehingga 40 buah pesawat tempur pelbagai peranan F-35B Lightning II dan helikopter Merlin bagi peranan amaran awal udara serta peperangan anti kapal selam, walau bagaimanapun sekiranya perlu kapal ini mampu membawa sehingga 70+ buah pesawat F-35B.[15] Reka bentuknya menitik beratkan fleksibiliti, dengan tempat penginapan untuk seramai 250 orang anggota Royal Marines dan kemampuan untuk menyokong mereka dengan helikopter penyerang dan pengangkutan tentera seperti helikopter Chinook atau yang bersaiz lebih besar.[16]

Pada tahun 2010, kerajaan Britain telah mengumumkan bahawa Prince of Wales sama ada dijual atau ditinggalkan di sebabkan oleh pemotongan belanjawan. Pada tahun 2014, semasa Persidangan NATO di Wales, Perdana Menteri David Cameron mengumumkan bahawa kapal pengangkut pesawat ini akan dibawa masuk ke dalam perkhidmatan aktif.[17] Komitmen ini kemudian disahkan dalam Penilaian Keselamatan dan Pertahanan Strategik 2015 pada bulan 2015.[18]

Prince of Wales telah dinamakan secara rasmi pada 8 September 2017 di Limbungan Rosyth oleh HRH Duchess Rothesay.[19] Prince of Wales akan diserahkan kepada Tentera Laut pada tahun 2019, dan akan sedia sepenuhnya untuk tugasan di perbatasan pada tahun 2023.[20] Kapten pertamanya adalah Kepten Stephen Moorhouse.[21]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama NN cut
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Maddoxx20130323
  3. ^ "House of Commons Hansard Written Answers for 21 Nov 2011". HM Government. 21 November 2011. Dicapai pada 22 November 2011.
  4. ^ Harris, Stephen (27 May 2014). "Your questions answered: HMS Queen Elizabeth aircraft carrier". The Engineer.
  5. ^ "Progress being made but uncertainties remain", WarShip Technology: July/Aug 2013, The Royal Institution of Naval Architects
  6. ^ "Queen Elizabeth class aircraft carrier: A Guide". UK Defence Journal. 3 April 2014. Dicapai pada 14 November 2014.
  7. ^ "Queen Elizabeth Class". Royal Navy. Dicapai pada 21 August 2013.
  8. ^ "Future Aircraft Carrier (CVF)". Ministry of Defence. Dicapai pada 21 May 2008.
  9. ^ "Queen Elizabeth class: facts and figures". Royal Navy. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-27. Dicapai pada 2017-10-21.
  10. ^ Royal Navy – Global Force 2013 (PDF) (graphic), Press Association, m/s. 86 – source: Royal Navy.
  11. ^ What will the Queen Elizabeth class carriers carry?, UK Defence Journal – source: UK Defence Journal.
  12. ^ "Replacing the Invincibles: inside the Royal Navy's controversial £6.2 billion warships", Wired – source: Wired UK
  13. ^ "Fleet Air Arm: future aircraft". Royal Navy. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-02. Dicapai pada 2017-10-21.
  14. ^ "Aircraft Carriers:Written question – 33852". HM Government. 20 April 2016. Dicapai pada 20 April 2016.
  15. ^ "Replacing the Invincibles: inside the Royal Navy's controversial £6.2 billion warships". Wired. 19 March 2017.
  16. ^ "Portsmouth Naval Base facts". Royal Navy. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 February 2008. Dicapai pada 11 December 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  17. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama BBC Into Service
  18. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama SDSR2015
  19. ^ http://www.bbc.co.uk/news/uk-scotland-41172440
  20. ^ "Iconic structure is installed on HMS Prince of Wales".
  21. ^ "Royal Navy appoints first seagoing Captain for HMS Prince of Wales".

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]