Gunung Santubong
Gunung | |
---|---|
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 810 m (2,660 ka) Kosmo, 13 Ogos 2017 |
Tonjolan | 810 meter (2,660 ka) |
Geografi | |
Lokasi | Sarawak, Malaysia |
Gunung Santubong yang terletak di Sarawak, Malaysia merupakan sebuah daripada gunung legenda yang terkenal di Sarawak. Ia terletak 35 km di utara Bandar Kuching. Setinggi sekitar 810 meter, gunung ini terletak di sebuah semenanjung kecil yang dinamakan semenanjung Buntal yang popular kerana aktiviti-aktiviti pelancongannya.[1]
Ringkasan
[sunting | sunting sumber]Gunung Santubong terletak kira-kira 35 kilometer di bahagian utara pusat bandar Kuching dan puncaknya boleh dilihat dengan jelas dari ibu negeri Sarawak ketika cuaca berkeadaan baik.Santubong maksudnya Keranda berasal dari bahasa Kaum Asal Dayak Iban zaman lampau.
Mengikut sejarahnya, pada abad ke-14 Masihi pusat komersial pentadbiran negeri Sarawak ialah Santubong di mana kuala Santubong menjadi pusat kunjungan para saudagar dari Timur dan Barat untuk berniaga. Penemuan pelbagai artifak di kawasan sekitarnya menguatkan lagi dakwaan bahawa terdapat kesan langsung perdagangan di Santubong kepada penyebaran Islam dan Hindu di Sarawak.
Dalam sejarah bangsa asal Dayak Iban,Gunung Santubong berasal dari bahasa Iban asli yang bermaksud keranda atau perahu roh.
Lagenda Dewi Kayangan yang terkenal di Santubong adalah berasal dari sejarah kaum Iban Dewi Kumang dan Dewi Lulong (Iban Goddess) yang menurunkan kemahiran bertenun Pua Kumbu kepada wanita Iban di Santubong zaman silam.
Pada Zaman dahulu Gunung Santubong terkenal di dalam sejarah pahlawan Iban seperti sejarah Unggang Lebor Menoa yang bermimpi bertemu dengan Bunsu Kumang Dan Bunsu Lulong iaitu dua orang Dewi dari kayangan yang tinggal diatas puncak Gunung Santubong.
Mitos
[sunting | sunting sumber]Berdasarkan mitos masyarakat setempat, Gunung Santubong berasal daripada jasad puteri kayangan yang bernama Puteri Santubong selepas disumpah menjadi gunung.
Menurut mitos, Puteri Santubong dan saudara kandungnya, Puteri Sejinjang diperintah oleh ayahanda mereka, Dewata Mulia untuk turun ke Bumi bagi membantu menyelesaikan konflik sedang dialami Penduduk Kampung Pasir Panjang dan juga Penduduk Kampung Pasir Pandak.
Sebelum turun ke Bumi, mereka bersumpah untuk tidak bertelingkah sesama sendiri ketika berusaha mendamaikan penduduk kedua-dua kampung berkenaan. Usaha mereka akhirnya berjaya. Kedua-dua kampung itu berdamai dan bekerjasama dalam kegiatan perdagangan dengan beberapa buah negeri asing.
Sejak itu, ramai putera raja dari beberapa buah negeri berusaha melamar hati kedua-dua puteri kayangan tersebut. Namun, semua lamaran tersebut ditolak. Bagaimanapun, kedua-dua puteri kayangan berkenaan jatuh cinta terhadap seorang putera raja dan akhirnya bergaduh sesama sendiri.
Akibat pertelingkahan yang melanggar sumpah itu, Puteri Santubong serta Puteri Sejinjang telah disumpah oleh ayahanda mereka dan bertukar menjadi gunung.
Mitos yang popular dalam kalangan masyarakat tempatan itu juga menjadikan Gunung Santubong sebagai antara destinasi pendakian yang terkenal di Sarawak.