Pergi ke kandungan

Gunung Saji

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gunung Saji
Titik tertinggi
Ketinggian1,284 m (4,213 ka)
Geografi
Lokasijajahan Kuala Krai, Kelantan, Semenanjung Malaysia
Induk banjaranBanjaran Titiwangsa

Gunung Saji terdapat di Hutan Jelawang yang terletak di Jajahan Kuala Krai, Kelantan, Malaysia. Ia memiliki ketinggian pada 1,284 meter (4,212 kaki).[1], [2] Gunung Saji mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

Gunung Saji (1,284m/4,212 kaki) merupakan salah satu daripada 10 puncak yang terletak di dalam Taman Negeri Gunung Stong. Gunung yang lain adalah Gunung Baha (1,450m), Gunung Ayam (1,500m), Gunung Kopi (1,240m), Gunung Chik Tahir (1,430m), Gunung Nyelit (1,345m), Gunung Beirut (1,380m), Gunung Tera (1,555m), Gunung Noring Timur (1,861m) dan Gunung Stong.[3]

Di persekitaran gunung Saji terdapat pelbagai spesies flora dan fauna termasuk spesies yang tidak terdapat di mana-mana dan hanya ada di kawasan Hutan Jelawang sahaja. Antara yang menarik perhatian ialah sejenis buluh yang dikenali sebagai Futomuqlua Pubesen dan tumbuhan bernama Begonia.

Selain itu terdapat juga ratusan jenis orkid pula dapat dilihat di merata tempat kawasan pergunungan yang dilalui. Juga terdapat pelbagai jenis burung enggang seperti burung Enggang Badak dan serangga yang amat menarik.

Sementara itu terdapat formasi indah di dalam gua seperti straw, stalagtit, stalagmit, column, flowstone, scalouping, goupool, pillar dan skylight memberi pengalaman paling sukar ditemui oleh pendaki.

Gunung Saji pernah menjadi lokasi pendakian bertujuan untuk berekreasi oleh Persatuan Kembara Negara (PKN) yang berjaya mendaki sembilan puncak yang semuanya berjaya dilengkapkan oleh 16 pendaki yang terdiri daripada ahli Kelab Kembara dan Sukan Lasak Institut Kejuruteraan Tentera Darat yang berpangkalan di Port Dickson. “Ini merupakan pertama kali diadakan aktiviti pendakian ke semua sembilan puncak yang ada di Taman Negeri Gunung Stong. Kesemua sembilan puncak itu berjaya ditawan dalam tempoh lima hari dan merupakan satu rekod baru dicipta dalam aktiviti pendakian.

  1. ^ Malaysian Naturalist, Volumes 51-54
    Malaysian Nature Society, 1997 - Natural history
  2. ^ Gunung Saji
  3. ^ "9 puncak ditawan dalam lima hari". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-07. Dicapai pada 2017-08-09.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]