Gunung Rabong
Gunung Rabong | |
---|---|
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 1,538 m (5,046 ka) |
Koordinat | 4°50′47″N 102°03′50″E / 4.846391°N 102.06399°E |
Geografi | |
Lokasi | Jajahan Gua Musang, Kelantan |
Peta topo | JUPEM Gunung Tahan (DNMM5101) |
Gunung Rabong merupakan sebuah gunung yang terletak di Chiku iaitu di Jajahan Gua Musang dalam Kelantan, Malaysia.[1][2][3] Titik ketinggian bagi Gunung Rabong ialah 1,538 m (5,046 ka).[2][4] Ia terletak kira-kira 190 km (120 bt) dari utara ke arah barat ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Gunung Rabong mempunyai kawasan hutan dipterokarpa bukit, hutan dipterokarpa atas dan hutan montane.[2] Gunung ini terletak di sempadan rizab antara Hutan Simpan Gunung Rabong dan Taman Negara.[2][5] Gunung Rabong juga merupakan kawasan punca anak sungai yang bernama dan tidak bernama atau dikenali sebagai lembangan.[2][3]
Berdasarkan maklumat peta topografi terbitan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Gunung Rabong terletak dalam kawasan yang berbukit-bukau serta berdekatan dengan Banjaran Tahan. Ia juga ditumbuhi dengan hutan primer.[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Jeyarajasingam, Allen (2012-03-22). A Field Guide to the Birds of Peninsular Malaysia and Singapore (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. ISBN 978-0-19-963942-7.
- ^ a b c d e f Pengarah Pemetaan Negara Malaysia (PPNM); Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (1993). Gunung Tahan (Kelantan & Pahang). Peta Topografi, Cetakan Tidak Terhad. Edisi 1-PPNM. Nombor Lembar 65, DNMM5101 (Semenanjung Malaysia) Berskala 1:50 000.
- ^ a b Pusat Geospatial Negara (PGN). "Aplikasi Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Pusat Geospatial Negara, dengan bantuan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia serta jabatan-jabatan lain. Dicapai pada 2025-01-20.
- ^ "Mount Rabong, Malaysia". www.geonames.org (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. Dicapai pada 2025-01-20.
- ^ "Peninsular Malaysia". hutanwatch.com (dalam bahasa Inggeris). Hutanwatch. Dicapai pada 2025-01-20.