Pergi ke kandungan

Gereja St. Paul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gereja St. Paul
ݢريجا سانتو ڤاؤل
Info asas
LokasiBandar Melaka, Melaka, Malaysia
AgamaAgama Kristian (asalnya Gereja Katolik Rom, kemudiannya Gereja Reformasi Belanda, kini sebuah muzium)
NegaraMalaysia, Empayar Portugal
Tahun ditahbiskan1521
Status kegerejaan atau organisasiin ruins
Jenis seni binaGereja


Gereja Santo Paul (Belanda: Sint-Pauluskerk atau Bovenkerk "Gereja Tinggi", Portugis: Igreja de Madre de Deus "Gereja Ibu Tuhan") merupakan sebuah bangunan gereja bersejarah yang terletak di Bandar Hilir, Melaka, Malaysia. Ia telah dibina oleh seorang Kapten Portugis bernama Duarte Coelho pada tahun 1521, dan menjadikan bangunan gereja ini tertua di Malaysia dan Asia Tenggara. Gereja ini terletak di atas Bukit Melaka/St. Paul, kini merupakan sebahagian daripada Kompleks Muzium Melaka yang terdiri daripada serpihan Kota A'Famosa, bangunan Stadthuys dan beberapa bangunan bersejarah yang lain.