Firdaus
Firdaus (Arab: فِردَوْس, rumi: firdaws serapan Parsi,[1] Latin: paradisus ,[2] bahasa Inggeris: paradise ) merupakan nama Arab menungkapkan syurga kelapan dan tertinggi dalam kepercayaan Islam. Kata sewarisan Ibrani serumpun Semitik פַּרְדֵּס pardes didapati dalam kitab Perjanjian Lama dan Tanakh pegangan umat Yahudi dan Kristian serta pinjaman Yunaninya παράδεισος parádeisos[1] dalam kitab Perjanjian Baru umat Kristian;[3] malah kededua kata Ibrani dan Yunani disepadankan dengan kata Arab firdaus dalam terjemahan Melayu Nusantara.[3]
Nama ini mewakili kemuncak keindahan dalam segala perkataan dalam semua bahasa di alami ini. Konsep Firdaus mewakili keindahan 'kami' hasil ciptaan yang Maha Esa ke atas penciptaan dan kejadian yang tidak dapat digambarkan, iaitu syurga yang dinamakan Al-firdausi ini.
Kefahaman Islam
[sunting | sunting sumber]Dalil Al-Quran menggambarkan Syurga Firdaus
[sunting | sunting sumber]Firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Kahfi:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah). (107)
Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya. (108)
Dalil syarat ke Firdaus
[sunting | sunting sumber]Firman Allah s.w.t di dalam Surah Qaf:
Dan (ingatkanlah pula hari) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertakwa, di tempat yang tidak jauh (dari mereka). (31)
(Serta dikatakan kepada mereka): Inilah yang dijanjikan kepada kamu, kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadat), lagi yang sangat memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah); (32)
(Iaitu) orang yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa dia tidak melihat azab Allah, serta dia datang (kepada Allah) dengan hati yang tunduk taat. (33)
(Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): Masuklah kamu ke dalam Syurga dengan selamat sejahtera; hari ini ialah hari (bermulanya) kehidupan yang kekal. (34)
Mereka beroleh apa yang mereka kehendaki di situ dan di sisi Kami ada lagi tambahan (limpah kurnia yang tidak terlintas di hati mereka). (35)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Hovannisian, Richard G.; Sabagh, Georges (1998). The Persian Presence in the Islamic World. Cambridge University Press. m/s. 50. ISBN 978-0-521-59185-0.
- ^ K. Prent; J. Adisubrata; W. J. S. Poerwadarminta (1969). "părādisus". Kamus Latin-Indonesia. Jogjakarta: Penerbitan Jajasan Kanisius. m/s. 608.
kebun...surga.
- ^ a b "Firdaus". Studi Kamus Alkitab. Yayasan Lembaga Software Alkitab, Biblika Dan Alat-alat (SABDA). Dicapai pada 2024-08-21.
- Kerajaan Arab Saudi Kementerian Urusan Keislaman, Wakaf, Dakwah dan Penyuluhan
- http://www.quranexplorer.com/quran/