Pergi ke kandungan

Dionaea muscipula

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dionaea muscipula
Daun
CITES Appendix II (CITES)[2][nota 1]
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Eudikot
Order: Caryophyllales
Keluarga: Droseraceae
Genus: Dionaea
Sol. ex J.Ellis 1768
Spesies:
D. muscipula
Nama binomial
Dionaea muscipula
J.Ellis
Taburan
Sinonim[3]
Senarai
    • Dionea Raf., ejaan lain
    • Dionaea corymbosa
      (Raf.) Steud. (1840)
    • Dionaea crinita
      Sol. (1990) as synonym
    • Dionaea dentata
      D'Amato (1998) nama diterbitkan tanpa gambaran
    • Dionaea heterodoxa
      D'Amato (1998) nom.nud.
    • Dionaea muscicapa
      St.Hil. (1824) sphalm.typogr.
    • Dionaea sensitiva
      Salisb. (1796)
    • Dionaea sessiliflora
      (Raf.) Steud. (1840)
    • Dionaea uniflora
      (Raf.) Steud. (1840)
    • Drosera corymbosa
      Raf. (1833)
    • Drosera sessiliflora
      Raf. (1833)
    • Drosera uniflora
      Raf. (1833)

Dionaea muscipula ialah spesies tumbuhan maging yang tumbuh asli di tanah-tanah lembap subtropika yang terletak di Carolina Utara dan Carolina Selatan, Pantai Timur Amerika Syarikat.[4] Ia spesies tunggal dalam genus Dionaea yang berkait rapat dengan spesies Aldrovanda vesiculosa dan genus Drosera yang tergolong dalam keluarga Droseraceae.[5]

Ia menangkap mangsa serangga dan labah-labah dengan struktur perangkap yang dibentuk pada hujung helai-helai daun tumbuhan ini yang mempunyai rerambut halus dan sensitif pada permukaan dalamnya. Apabila seekor serangga atau labah-labah merangkak atas daun pokok ini dan menyentuh rerambut halusnya, perangkap akan tertutup jika rerambut yang berlainan disentuh dalam masa dua puluh saat selepaa sentuhan yang pertama. Tujuan pemicu berganda dalam mekanisme ini ialah bagi mengelakkan tenaga dibazirkan dengan memerangkap objek yang tidak memiliki nilai zat makanan.

Pokok spesies ini terdiri daripada lingkaran kecil empat hingga tujuh daun yang tumbuh pada batang bawah tanah pendek yang menyerupai bebawang. Batang ini mencapai saiz maksimum kira-kira 3-10 sentimeter bergantung pada tempoh dalam tahun.[6] Tumbuhan pesies yang memiliki lebih daripada tujuh daun merupakan koloni yang terbentuk daripada roset yang telah pecah di bawah tanah.

Helai daun terdiri daripada tangkai berbentuk lekuk yang mampu melakukan proses fotosintesis dan sepasang cuping di hujungnya. Permukaan atas cuping daun mengandungi pigmen antosianin merah dan sisinya merembeskan lendir.

Cuping ini menyentap tutup apabila dirangsang oleh mangsa yang menyentuh salah satu daripada tiga trikoma seperti rerambut yang terdapat pada permukaan atasnya. Mekanisme perangkap begitu khusus sehinggakan ia boleh membezakan antara mangsa hidup dan perangsang bukan mangsa seperti air hujan yang jatuh;[7] dua rerambut pemicu mesti disentuh dalam tempoh masa 20 saat antara satu sama lain atau salah satu rerambut disentuh dua kali berturut-turut dangan cepat,[7] di mana cuping perangkap akan tutup dengan laju dalam masa kira-kira satu persepuluh saat.[8] Tepi cuping dikelilingi unjuran seperti rambut kaku atau silium yang membentuk jaringan berkait dan mencegah mangsa besar dari melarikan diri. Unjuran ini rerambut sensitif) mungkin mempunyai sifat sama seperti bulu-bulu melekit yang didapati pada tumbuhan spesies dalam genus Drosera.[9]

  1. ^ Schnell, D.; Catling, P.; Folkerts, G.; Frost, C.; Gardner, R.; dll. (2000). "Dionaea muscipula". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2000: e.T39636A10253384. doi:10.2305/IUCN.UK.2000.RLTS.T39636A10253384.en. Dicapai pada 19 November 2021.
  2. ^ "Appendices". CITES. Dicapai pada 21 Jun 2023.
  3. ^ Schlauer, J. (n.d.). "Dionaea muscipula". Carnivorous Plant Database. Dicapai pada 15 November 2005.
  4. ^ "Dionaea muscipula J.Ellis". Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. 2023. Dicapai pada 30 Oktober 2023.
  5. ^ Ellison, Aaron M.; Adamec, Lubomír, penyunting (2018). "4:Systematics and evolution of Droseraceae". Carnivorous plants: physiology, ecology, and evolution (ed. 1st). Oxford, England, UK: Oxford University Press. m/s. 45. ISBN 9780198779841.
  6. ^ "Venus flytraps". The Carnivorous Plant FAQ. Dicapai pada 13 Jun 2005.
  7. ^ a b Raven, Peter H.; Evert, Ray Franklin; Eichhorn, Susan E. (2005). Biology of Plants (ed. 7). W.H. Freeman and Company. ISBN 0-7167-1007-2.
  8. ^ Forterre, Yoël; Skotheim, Jan M.; Dumais, Jacques; Mahadevan, L. (27 Januari 2005). "How the Venus flytrap snaps" (PDF). Nature. 433 (7024): 421–425. doi:10.1038/nature03185. PMID 15674293. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2 Disember 2007. Dicapai pada 15 November 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  9. ^ Cameron, Kenneth M.; Wurdack, Kenneth J.; Jobson, Richard W. (2002). "Molecular evidence for the common origin of snap-traps among carnivorous plants". American Journal of Botany. 89 (9): 1503–1509. doi:10.3732/ajb.89.9.1503. PMID 21665752.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "nota", tetapi tiada tag <references group="nota"/> yang berpadanan disertakan