Dinasti Chakri
Wangsa Chakri | |
---|---|
Negara | Kerajaan Thailand |
Gelaran | Raja Siam (1782–1940) Raja Thailand (1940–kini) |
Diasaskan | 1782 |
Pengasas | Raja Phutthayotfa Chulalok, Raja Rama I Thailand |
Ketua terkini | Raja Vajiralongkorn, Raja Rama X Thailand |
Etnik | Thai, Mon, Cina |
Cabang kadet | - |
Dinasti Chakri atau Wangsa Chakri nama rasmi penuhnya Rajawangsa Chakri (Bahasa Thai: ราชวงศ์จักรี Ratchawong Chakkri disebut [râ:t.tɕʰá.woŋ.tɕàk.kri:] ) merupakan kerabat diraja yang kini memerintah Kerajaan Thailand. Ketua kerabat diraja ini juga merupakan raja negara Thai. Dinasti Chakri telah berkuasa sejak penubuhan Era Rattanakosin dan kota Bangkok pada 1782 setelah berakhirnya pemerintahan Raja Taksin dari Thonburi, apabila ibu negara Siam berpindah ke Bangkok.[1] Dinasti ini ditubuhkan oleh Raja Rama I, seorang panglima tentera Kerajaan Ayutthaya yang berketurunan kacuk Cina dan Mon.
Sebelum dinasti ini ditubuhkan, Raja Rama I memegang gelaran Chakri, sebuah gelaran untuk seorang pembesar atau kanselor awam (สมุหนายก Samunayok). Setelah baginda ditabalkan menjadi raja, baginda sendiri memilih nama "Chakri" untuk dinastinya. Jata kerajaan ditubuhkan baginda ini menggabungkan rupa senjata cakeram Sudarshana dan serampang mata tiga Trisula masing-masing merupakan senjata dewa-dewa Wisnu dan Siwa, iaitu betara yang dipercayai rakyat Thai menjelma semula menjadi asal raja mereka.
Keluarga diraja Thailand
[sunting | sunting sumber]Keluarga diraja terkini merupakan keturunan Putera Mahidol Adulyadej dari Songkla (1891–1929) dan Srinagarindra (kemudiannya Bonda Permaisuri) (1900–95). Mereka menubuhkan Wangsa Mahidol (ราชสกุลมหิดล), sebuah cabang kadet Dinasti Chakri. Putera Mahidol merupakan anak kepada Raja Chulalongkorn dan permaisurinya Ratu Savang Vadhana. Putera ini juga merupakan saudara sebapa Raja Vajiravudh dan Raja Prajadhipok. Setelah kemangkatan Ananda Mahidol (anak sulung lelaki Putera Mahidol), Raja Bhumibol Adulyadej (anak bongsunya) menaiki takhta pada tahun 1946. Pada 1949, Bhumibol berkahwin dengan saudara pupunya, Mom Rajawongse Sirikit Kitiyakara (anak kepada Mom Chao Nakkhatra Mangkala Kitiyakara, cucu Raja Chulalongkorn). Bhumibol akan digantikan oleh puteranya, Vajiralongkorn, Putera Mahkota, pada lewat 2016.
Anggota keluarga
[sunting | sunting sumber]Berikut ialah senarai anggota keluarga diraja:
- Permaisuri Balu Sirikit (permaisuri Raja Rama IX)
- Putera Mahkota Vajiralongkorn
- Puteri Bajrakitiyabha (anakanda sulung Putera Mahkota)
- Puteri Sirivannavari Nariratana (anakanda muda Putera Mahkota)
- Putera Dipangkorn Rasmijoti (anakanda bongsu Putera Mahkota)
- Puteri Maha Chakri Sirindhorn (kakanda kedua Putera Mahkota)
- Puteri Chulabhorn Walailak (kakanda bongsu Putera Mahkota)
- Puteri Siribhachudhabhorn (anakanda sulung Puteri Chulabhorn)
- Puteri Adityadhornkitikhun (anakanda bongsu Puteri Chulabhorn)
- Puteri Ubolratana (kakanda sulung Putera Mahkota)
- Putera Mahkota Vajiralongkorn
Anggota keluarga yang lain
[sunting | sunting sumber]- Puteri Soamsawali (bekas isteri Putera Mahkota dan bonda kepada Puteri Bajrakitiyabha)
- Khun Ploypailin Jensen (anakanda perempuan sulung Puteri Ubolratana)
- Khun Sirikitiya Jensen (anakanda perempuan muda Puteri Ubolratana)
- Thanpuying Dhasanawalaya Sornsongkram (sepupu Putera Mahkota, anakanda perempuan mendiang Puteri Galyani Vadhana)
Anggota keluarga tidak rasmi
[sunting | sunting sumber]- Putera Juthavachara Mahidol (anakanda pertama Putera Mahkota dengan bekas isterinya)
- Putera Vacharaesorn Mahidol (anakanda kedua Putera Mahkota dengan bekas isterinya)
- Putera Chakriwat Mahidol (anakanda ketiga Putera Mahkota dengan bekas isterinya)
- Putera Vatchrawee Mahidol (anakanda keempat Putera Mahkota dengan bekas isterinya)
Anggota keluarga yang telah mangkat
[sunting | sunting sumber]- Raja Bhumibol Adulyadej (Rama IX) (2016)
- Puteri Bejaratana Rajasuda, sepupu Raja Rama IX dan anakanda perempuan Raja Vajiravudh (2011)
- Puteri Galyani Vadhana, kakanda Raja Rama IX (2008)
- Khun Bhumi Jensen, anakanda Puteri Ubolratana (2004)
- Puteri Srinagarindra, bonda Raja Rama IX dan Raja Rama VIII (1995)
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Raja
[sunting | sunting sumber]Potret | Nama | Lahir | Mula memerintah | Tamat memerintah | Mangkat | Isteri | Anak |
---|---|---|---|---|---|---|---|
Phrabat Somdet Phra Phutthayotfa Chulalok (Raja Rama I) |
20 Mac 1737 Kerajaan Ayutthaya |
6 April 1782 (ditabalkan di Dewan Dusit Maha Prasat, Grand Palace pada10 Jun 1782) |
7 September 1809 Grand Palace, Phra Nakhon, Phra Nakhon, Siam 72 tahun |
Ratu Amarindra dan 31 permaisuri yang lain |
42 anak (17 lelaki dan 25 perempuan) | ||
Phrabat Somdet Phra Buddha Loetla Nabhalai (Raja Rama II) |
24 Februari 1767 Amphawa, Samut Songkhram, Ayutthaya |
7 September 1809 (ditabalkan di Dewan Phaisan Thaksin) |
21 Julai 1824 Grand Palace, Phra Nakhon, Phra Nakhon, Siam 57 tahun |
Ratu Srisuriyendra Raja Permaisuri Sri Sulalai dan 51 permaisuri yang lain |
73 anak (38 lelaki dan 35 perempuan) | ||
Phrabat Somdet Phra Poramintharamaha Jessadabodindra Phra Nangklao Chao Yu Hua (Raja Rama III) |
31 Mac 1788 Grand Palace, Phra Nakhon, Phra Nakhon, Siam |
21 Julai 1824 (ditabalkan di Dewan Phaisan Thaksin) |
2 April 1851 Grand Palace, Phra Nakhon, Phra Nakhon, Siam 63 tahun |
42 permaisuri | 51 anak (22 lelaki dan 29 perempuan) | ||
Phrabat Somdet Phra Poramentharamaha Mongkut Phra Chom Klao Chao Yu Hua (Raja Rama IV) |
18 Oktober 1804 Istana Thonburi, Bangkok Yai, Thonburi, Siam |
2 April 1851 (ditabalkan di Phaisan Thaksin pada 6 April 1851) |
1 Oktober 1868 Grand Palace, Phra Nakhon, Phra Nakhon, Siam 63 tahun |
Ratu Somanass Vadhanavadi Ratu Debsirindra Puteri Pannarai dan 58 permaisuri yang lain |
82 anak (39 lelaki dan 43 perempuan) | ||
Phrabat Somdet Phra Poramintharamaha Chulalongkorn Phra Chunla Chom Klao Chao Yu Hua (Raja Rama V) |
20 September 1853 Grand Palace, Phra Nakhon, Phra Nakhon, Siam |
1 Oktober 1868 (ditabalkan di Dewan Phaisan Thaksin pada 11 November 1868 (kali pertama) dan 16 November 1873 (kali ke-2) |
23 Oktober 1910 Istana Dusit, Phra Nakhon, Siam 57 tahun |
Ratu Sunandha Kumariratana Ratu Sukumalmarsri Ratu Savang Vadhana Ratu Saovabha Bongsri dan 88 permaisuri yang lain |
77 anak (32 lelaki dan 44 perempuan) | ||
Phrabat Somdet Phra Poramentharamaha Vajiravudh Phra Mongkut Klao Chao Yu Hua (Raja Rama VI) |
1 Januari 1881 Grand Palace, Phra Nakhon, Phra Nakhon, Siam |
23 Oktober 1910 (ditabalkan di Dewan Phaisan Thaksin pada 11 November 1911) |
25 November 1925 Grand Palace, Phra Nakhon, Phra Nakhon, Siam 44 tahun |
Raja Permaisuri Indrasakdi Sachi Raja Permaisuri Sucharit Suda Raja Permaisuri Laksamilawan Raja Permaisuri Suvadhana |
Puteri Bejaratana Rajasuda | ||
Phrabat Somdet Phra Poramintharamaha Prajadhipok Phra Pok Klao Chao Yu Hua (Raja Rama VII) |
8 November 1893 Grand Palace, Phra Nakhon, Phra Nakhon, Siam |
25 November 1925 (ditabalkan di Dewan Phaisan Thaksin pada 25 Februari 1926) |
2 Mac 1935 | 30 Mei 1941 Wentworth, Virginia Water, Surrey, United Kingdom 47 tahun |
Ratu Rambhai Barni | (Tiada) | |
Rama VIII | Phrabat Somdet Phra Poramentharamaha Ananda Mahidol (Raja Rama VIII) |
20 September 1925 Heidelberg, Baden-Württemberg, Republik Weimar |
2 Mac 1935 (tidak pernah ditabalkan; pemerintahan pemangku raja dari 1935 - 1946) |
9 Jun 1946 Grand Palace, Phra Nakhon, Phra Nakhon, Thailand 20 tahun |
(Tiada) | (Tiada) | |
Phrabat Somdet Phra Poramintharamaha Bhumibol Adulyadej (Raja Rama IX) |
5 Disember 1927 Hospital Mount Auburn, Cambridge, Massachusetts, Amerika Syarikat |
9 Jun 1946 (ditabalkan di Dewan Phaisan Thaksin pada 5 Mei 1950) |
13 Oktober 2016 Hospital Siriraj, Bangkok 88 tahun |
Ratu Sirikit | Ubolratana Rajakanya Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn Puteri Sirindhorn Puteri Chulabhorn Walailak | ||
Somdet Phra Chao Yu Hua Vajiralongkorn (Raja Rama X) |
28 July 1952 Dusit Palace, Dusit, Bangkok |
13 Oktober 2016 | Incumbent | Ratu Suthida | 7 progeny (5 sons and 2 daughters) |
Garis masa
[sunting | sunting sumber]Istana Front Palace
[sunting | sunting sumber]Maha Uparat (มหาอุปราช) atau Krom Phrarajawang Bavorn Sathan Mongkol (Naib atau Raja Kedua Siam) (กรมพระราชวังบวรสถานมงคล) merupakan jawatan yang diberikan kepada putera yang berpangkat paling tinggi dalam kerajaan itu iaitu adinda atau anakanda lelaki raja. Sehingga 1885, setiap raja Chakri telah melantik seorang putera untuk memegang jawatan tersebut. Menurut adat, putera Uparat bakal mewarisi takhta kerajaan. Namun, hanya Putera Isarasundhorn yang berjaya menjadi raja melalui cara ini. Jawatan Uparat sangat berprestij dan statusnya setara dengan raja. Contohnya, Putera Chutami (adik Raja Mongkut) yang diangkat menjadi Naib Raja dan dikurniakan gelaran seperti seorang raja. Jawatan Uparat dimansuhkan oleh Raja Chulalongkorn setelah naibnya, Putera Bovorn Vichaicharn mangkat. Baginda kemudian mengangkat anakandanya yang sulung sebagai Putera Mahkota Siam dan bukan lagi Uparat. [2]
Potret | Nama | Lahir | Mula memerintah | Tamat memerintah | Anak | Raja (Hubungan dengan raja) |
---|---|---|---|---|---|---|
Somdet Phra Bawonratchao Maha Sura Singhanat |
1 November 1744 Ayutthaya |
1782 | 3 November 1803 Bangkok, Siam 59 tahun |
43 anak | Raja Rama I (Adinda raja) | |
Somdet Phra Chao Lookya Ther Chaofa Krommaluang Isarasundhorn |
24 Februari 1767 Amphawa, Samut Wilayah Songkhram |
1806 | 7 September 1809 (Menaiki takhta sebagai Raja Rama II) |
73 anak | Raja Rama I (Anakanda sulung) | |
Somdet Phra-Bawonratchao Maha Senanurak |
29 Mac 1773 | 7 September 1809 | 16 Julai 1817 Bangkok, Siam 45 tahun |
40 anak | Raja Rama II (Adinda raja) | |
Somdet Phra-Bawonratchao Sakdiphonlasep |
21 Oktober 1785 | 21 Julai 1824 | 1 Mei 1832 Bangkok, Siam 46 tahun |
20 anak | Raja Rama III (Datuk saudara, anakanda Rama I) | |
Phrabat Somdet Phra Pinklao Chaoyuhua |
4 September 1808 Istana Thonburi, Bangkok Yai, Thonburi, Siam |
25 Mei 1851 (ditabalkan di Istana Front Palace) |
7 Januari 1866 Istana Thonburi, Bangkok Yai, Thonburi, Siam 57 tahun |
58 anak | Raja Rama IV (Adinda raja) | |
Krom Phra Ratchawang Bowon Wichaichan |
6 April 1838 Istana Thonburi, Bangkok Yai, Thonburi, Siam |
2 Oktober 1868 | 28 Ogos 1885 Istana Front Palace, Phra Nakhon, Siam 47 tahun (Jawatan dimansuhkan) |
28 anak | Raja Rama V (Sepupu raja) |
Istana Rear Palace
[sunting | sunting sumber]Krom Phrarajawang Boworn Sathan Phimuk (กรมพระราชวังบวรสถานพิมุข) atau Rear Palace, merupakan jawatan yang diwarisi daripada Kerajaan Ayutthaya. Namun sejak penubuhan Dinasti Chakri hanya terdapat satu sahaja pemegang jawatan ini iaitu Putera Anurak Devesh, anak saudara Raja Buddha Yodfa Chualoke pada 1785.
Potret | Nama | Lahir | Perlantikan | Mangkat | Anak | Raja (Hubungan dengan raja) |
---|---|---|---|---|---|---|
Chaofa Krom Phra Anurak Devesh Krom Phra Rajawang Boworn Sathan Phimuk |
28 Mac 1746 | 1785 | 20 Disember 1806 Bangkok, Siam 60 tahun (Jawatan dimansuhkan) |
35 anak | Raja Rama I (Anakanda saudara raja) |
Putera Mahkota
[sunting | sunting sumber]Putera Mahkota Thailand atau Sayam Makutrajakuman (สยามมกุฎราชกุมาร) merupakan jawatan yang dipegang oleh anakanda raja yang bakal mewarisi takhta. Jawatan ini dicipta pada tahun 1886 setelah Raja Chulalongkorn melantik anakanda sulungnya, Putera Vajirunhis. Hanya ada 3 orang putera yang memegang jawatan ini sejak pelantikan Vajirunhis. Putera Mahkota yang terkini ialah Maha Vajiralongkorn yang memegang jawatan ini sejak 1972. Hal ehwal mewarisi takhta ditentukan oleh Rang Undang-undang Pewarisan Takhta 1924 yang diluluskan oleh Raja Vajiravudh.
Potret | Nama | Lahir | Perlantikan | Berhenti menjadi Putera Mahkota | Nota | Orang tua |
---|---|---|---|---|---|---|
Maha Vajirunhis | 27 Jun 1878 Istana Grand Palace, Phra Nakhon, Phra Nakhon, Siam |
14 Januari 1886[3] | 4 Januari 1895 | Mangkat akibat demam kepialu pada 16 tahun | Raja Rama V dan Raja Permaisuri Savang Vadhana | |
Maha Vajiravudh | 1 Januari 1881 Istana Grand Palace, Phra Nakhon, Phra Nakhon, Siam |
4 Januari 1895[4] | 23 Oktober 1910 | Menaiki takhta sebagai Raja Rama VI setelah kemangkatan ayahandanya | Raja Rama V dan Ratu Saovabha Phongsri | |
Maha Vajiralongkorn | 28 Julai 1952 Dewan Amphorn Sathan, Istana Dusit, Phra Nakhon, Thailand |
28 Disember 1972[5] | 13 Oktober 2016 | Akan menaiki takhta sebagai Raja Rama X | Raja Rama IX dan Ratu Sirikit |
Raja Permaisuri
[sunting | sunting sumber]Potret | Nama | Lahir | Berkahwin | Menjadi raja permaisuri | Tamat menjadi raja permaisuri | Mangkat | Anak | Permaisuri (Nota) |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Somdet Phra Amarindra Boromarajini |
15 Mac 1737 Samut Songkhram, Ayutthaya |
Sekitar 1760 | 6 April 1782 | 7 September 1809 | 25 Mei 1826 Phra Nakhon, Siam 89 tahun |
10 anak | Raja Rama I | |
Somdet Phra Sri Suriyendra Boromarajini |
Sekitar 1767 Amphawa, Samut Songkhram, Ayutthaya |
21 September 1801 | 7 September 1809 | 21 Julai 1824 | 18 Oktober 1836 69 tahun |
5 anak | Raja Rama II | |
Somdet Phra Debsirindra Boromarajini |
17 July 1834 Istana Grand Palace, Phra Nakhon, Phra Nakhon, Siam |
1 April 1851 | 9 September 1862 Istana Grand Palace, Phra Nakhon, Phra Nakhon, Siam 28 tahun |
4 anak | Raja Rama IV | |||
Somdet Phra Nangchao Saovabha Phongsri Phra Boromarajininat |
1 Januari 1864 Istana Grand Palace, Phra Nakhon, Phra Nakhon, Siam |
Sekitar 1878 | 23 Oktober 1910 | 20 Oktober 1919 Istana Phya Thai , Ratchathewi, Phra Nakhon, Siam 56 tahun |
9 anak | Raja Rama V | ||
Somdet Phra Nangchao Indrasakdi Sachi Phra Boromarajini |
10 Jun 1902 Phasi Charoen, Phra Nakhon, Siam |
10 Jun 1921 | 1 Januari 1922 | 15 November 1925 | 30 November 1975 Hospital Siriraj, Bangkok Noi, Bangkok, Thailand 73 tahun |
(Tiada) | Raja Rama VI | |
Somdet Phra Nangchao Rambhai Barni Phra Boromarajini |
20 Disember 1904 Phra Nakhon, Siam |
25 Ogos 1918 | 25 November 1925 | 2 Mac 1935 | 22 Mei 1984 Istana Sukhotai Dusit, Bangkok, Thailand 79 tahun |
(Tiada) | Raja Rama VII | |
Somdet Phra Nangchao Sirikit Phra Boromarajininat |
12 Ogos 1932 Pathum Wan, Phra Nakhon, Siam |
28 April 1950 | 13 Oktober 2016 | 3 anak | Raja Rama IX | |||
Somdet Phra Nangchao Suthida Phra Boromarajininat |
3 June 1978 Hat Yai, Songkla, Thailand |
1 May 2019 | Incumbent | (Tiada) | Raja Rama X |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "21 เมษายน 'วันสถาปนากรุงเทพมหานคร'". VoiceTV (dalam bahasa Thai). 21 April 2016. Dicapai pada 7 Mei 2024.
- ^ Terwiel, B.J. (2011). Thailand's Political History: From the 13th Century to Recent Times. Thailand: River Books. m/s. 39. ISBN 9749863968.CS1 maint: ref=harv (link)
- ^ Royal Gazette, Announcement of the appointment of Prince Vajirunhis to the Crown Prince of Siam (Thai), Volume 3, Chapter 44, 1 March 1886, page 368
- ^ Royal Gazette, The Investiture of Crown Prince Maha Vajiravudh (Thai), Volume 11, Chapter 63, 20 January 1895, page 346
- ^ Royal Gazette, Royal Decree announcing the Investiture of Crown Prince Maha Vajiralongkorn (Thai), Volume 89, Chapter 200 (ก), Special Edition, 28 December 1972, Page 1
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Dinasti Chakri |
- Chakri Dynasty and the City of Angels
- The Chakri Dynasty 1782 Diarkibkan 2014-12-21 di Wayback Machine
- The Siamese Royalty
- The Royal Houses of the Chakri Dynasty
- History of the Front Palaces
— Kerabat diraja — Dinasti Chakri Tahun diasaskan: 1782
| ||
Didahului oleh Kerajaan Thonburi |
Kerabat Diraja yang memerintah Kerajaan Thailand (Kerajaan Siam) 6 April 1782−kini |
Pemegang jawatan kini |