Chuck Norris
Chuck Norris | |
---|---|
![]() Norris pada tahun 2006 | |
Kelahiran | Carlos Ray Norris 10 Mac 1940 |
Pekerjaan | Pelakon, pakar sei bela diri, penerbit dan penulis lakon layar filem, pegawai tentera udara |
Tahun aktif | 1968 - kini |
Parti politik | Parti Republikan[1] |
Pasangan | Dianne Holechek (k. 1958; c. 1989) Gena O'Kelley (k. 1998) |
Anak-anak | 5, termasuk Mike dan Eric Norris |
Kerjaya ketenteraan | |
Kesetiaan | Amerika Syarikat |
Perkhidmatan | Tentera Udara Amerika Syarikat |
Tahun perkhidmatan | 1958 - 1962[2] |
Pangkat | ![]() |
Unit | |
Anugerah | |
Laman web rasmi | chucknorris |
Tandatangan | |
![]() |
Carlos Ray Norris (lahir 10 Mac 1940) atau juga dikenali dengan nama pelakonnya Chuck Norris [cak nor-ris] ialah seorang pakar seni bela diri, pelakon dan penerbit filem dari Amerika Syarikat.Kepakaran beliau dalam seni melawan yang menjadi begitu penting dalam filem-filem aksi lakonannya menjadi sangat digemari dan dikenali lalu menjadi tokoh imej kehandalan di Hollywood dan Amerika Syarikat secara umumnya.
Beliau tidak sahaja memenangi banyak pertanding seni mempertahankan diri, malah dipangkatkan tali pinggang hitam dalam beberapa seni bela diri utama seperti Tang Soo Do, jujutsu Brazil dan Judo.[3] Beliau turut menubuhkan sekolah seni bela dirinya sendiri iaitu Chun Kuk Do.
Biografi
[sunting | sunting sumber]Awal hidup
[sunting | sunting sumber]Carlos Ray lahir di Ryan, Oklahoma pada 10 Mac 1940.[4] Beliau lahir kepada Wilma Norris (nama keluarga asal: Scarberry, lahir 1921) dan Ray Norris (1918–1971), seorang askar Tentera Darat AS yang terlibat semasa Perang Dunia Kedua,[5] mekanik dan pemandu.[6] Beliau anak sulung dalam tiga adik-beradik: seorang adiknya, Wieland (1943–1970) askar yang terkorban dalam Perang Vietnam manakala seorang lagi adiknya Aaron ialah seorang penerbit filem Hollywood.
Beliau agak pemalu dan tidak begitu cergas[7] semasa usia kecilnya, lagi-lagi ketika ayahnya dalam keadaan ketagihan alkohol serta keadaan keluarganya yang serba kemiskinan lalu menyebabkannya sering menyendiri.[8] Ibu bapanya bercerai ketika Norris berusia enam belas tahun.[9] Beliau mengikuti ibunya ke Prairie Village, Kansas dan kemudiannya Torrance, California.[10]
Kerjaya sebagai askar dan guru seni bela diri
[sunting | sunting sumber]Carlos menyertai Tentera Udara Amerika Syarikat sebagai seorang polis udara tahun 1958 yang ditugaskan di Osan Air Base, Korea Selaran. Di sanalah beliau mendapat nama jolokan Chuck serta melatih diri dalam seni tangsudo.[11] Beliau kekal dalam jawatannya selepas kembali ke Amerika Syarikat dan bertugas di March Air Force Base California sehingga tamat jawatannya pada Ogos 1962.[12]
Pada awal tahun 1968, beliau kalah teruk dalam suatu pertandingan bela diri menentang Louis Delgado namun berjaya menebus dirinya pada November tahun sama memenangi gelaran juara Professional Middleweight Karate - beliau memegang gelaran tersebut selama enam tahun.[9] Pada tahun ini juga beliau mula berkenalan dengan Bruce Lee semasa melatih diri untuk pertandinan World Title. Beliau mula bersahabat malah berlatih bersama selama dua tahun sehingga Lee kembali ke Hong Kong menceburi bidang lakonannya sendiri.[13]
Beliau mengasaskan seni bela dirinya yang tersendiri iaitu Chun Kuk Do hasil pengalamannya melatih diri sebagai seorang askar tentera.[11]
Kerjaya perfileman
[sunting | sunting sumber]Pada 1969, Chuck memulakan kerjaya lakonannya dalam filem The Wrecking Crew arahan Dean Martin. Pada tahun 1972 pula, beliau berganding lakonan dengan Bruce Lee dalam filem Way of the Dragon (juga berjudul Return of the Dragon di Amerika Syarikat); filem tersebut tidak sahaja merupakan filem paling laris di Hong Kong pada tahun tersebut malah menjadikan Norris sangat terkenal.
Pada 1974, beliau mendalami kelas lakonan di studio MGM atas cadangan Steve McQueen, guru seni bela dirinya. Norris mula memainkan watak utama dalam suatu filem bajet rendah berjudul Breaker! Breaker! (1977) - filem tersebut menjadi sangat disambut hebat.[14]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Year | Title | Role |
---|---|---|
1968 | The Wrecking Crew | Man in the House of 7 Joys (tidak dicatat) |
1972 | Way of the Dragon | Colt |
1973 | The Student Teachers[15] | Karate Advisor[15] |
1974 | Yellow Faced Tiger | Chuck Slaughter |
1977 | Breaker! Breaker! | John David "J.D." Dawes |
1978 | Good Guys Wear Black | Maj. John T. Booker |
1979 | A Force of One | Matt Logan |
1980 | The Octagon | Scott James |
1981 | An Eye for an Eye | Sean Kane |
1982 | Silent Rage | Sheriff Daniel "Dan" Stevens |
1982 | Forced Vengeance | Cf. Josh Randall |
1983 | Lone Wolf McQuade | J.J. McQuade |
1984 | Missing in Action | Col. James Braddock |
1985 | Missing in Action 2: The Beginning | |
1985 | Code of Silence | Sgt. Eddie Cusack |
1985 | Invasion U.S.A. | Matt Hunter |
1986 | The Delta Force | Maj. Scott McCoy |
1986 | Firewalker | Max Donigan |
1988 | Braddock: Missing in Action III | Col. James Braddock |
1988 | Hero and the Terror | Det. Danny O'Brien |
1990 | Delta Force 2: The Colombian Connection | Col. Scott McCoy |
1991 | The Hitman | Cliff Garret / Danny Grogan |
1992 | Sidekicks | Chuck Norris |
1994 | Hellbound | Sgt. Frank Shatter |
1995 | Top Dog | Lt. Jake Wilder |
2003 | Bells of Innocence | Matthew |
2004 | DodgeBall: A True Underdog Story | Himself |
2012 | The Expendables 2 | Booker "The Lone Wolf" |
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Winning Tournament Karate (1975)
- Toughen Up! the Chuck Norris Fitness System (1983)
- The Secret of Inner Strength: My Story (1987)
- The Secret Power Within: Zen Solutions to Real Problems (1996)
- Against All Odds: My Story (2004)
- The Justice Riders (2006)
- A Threat to Justice (2007)
- Black Belt Patriotism: How to Reawaken America (2008)
- The Official Chuck Norris Fact Book: 101 of Chuck's Favorite Facts and Stories (2009)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Kirell, Andrew (May 25, 2012). "Celebrities You Probably Didn't Know Are Republicans". Mediaite. New York City. Dicapai pada September 17, 2016.
- ^ "Norris, Carlos Ray, A1C". TogetherWeServed. 2016. Dicapai pada 2016-02-25.
- ^ "CHUCK NORRIS EARNS 3RD DEGREE BLACK BELT IN BJJ". Fightland.com.
- ^ Norris, Chuck; Hyams, Joe (1988). "1". The Secret of Inner Strength; My Story (ed. 1st). Boston: Little, Brown and Co. m/s. 6. ISBN 0-316-61191-3.
- ^ Norris, Chuck; Ken Abraham (2004). Against All Odds: My Story. Broadman & Holman Publishers. ISBN 0-8054-3161-6.
- ^ "Chuck Norris Biography (1940–)".
- ^ "Chuck Norris Fights to Be a Better Actor in 'Hero and the Terror' Role". The Los Angeles Times. 2 September 1988.
- ^ "Breaking the Silence". Unknown parameter
|publihser=
ignored (|publisher=
suggested) (bantuan) - ^ a b "Chuck Norris – Strong, Silent, Popular". The New York Times. 1 September 1985.
- ^ Berkow, Ira (12 Mei 1993). "At Dinner with: Chuck Norris". The New York Times.
- ^ a b Wedlan, Candace A. (2 Oktober 1996). "Body Watch; Kicking Old Habits - Chuck Norris found he couldn't eat just anything after he hit his mid-30s. These days, TV's top ranger feasts on veggies, fowl and fish. And he tries to keep his distance from peanut clusters". The Los Angeles Times.
- ^ "Past Sparring Grand Champions". Henrycho.com. Dicapai pada 15 Mac 2016.
- ^ Beerdy - Bruce Lee Central (17 Ogos 2017). "Chuck Norris: "Bruce Lee Wanted To Kill Me" (New Interview)". Dicapai pada 3 Januari 2018 – melalui YouTube.
- ^ Imperial College TV (10 Julai 2011). "Chuck Norris Interview 1980". Dicapai pada 3 Januari 2018 – melalui YouTube.
- ^ a b The Student Teachers (1973), dicapai pada 2018-05-26