C. S. Lewis
C. S. Lewis | |
---|---|
Lahir | Clive Staples Lewis 29 November 1898 Belfast, Ireland |
Meninggal dunia | 22 November 1963 Oxford, England | (umur 64)
Nama pena | Clive Hamilton, N. W. Clerk |
Pekerjaan | Novelis, cendekiawan, penyiar |
Alma mater | University College, Oxford |
Genre | keagamaan Kristian, fantasi, cereka sains |
Karya terkenal | The Chronicles of Narnia Mere Christianity The Allegory of Love The Screwtape Letters The Space Trilogy Till We Have Faces Surprised by Joy: The Shape of My Early Life |
Pasangan | Joy Davidman (k. 1956; m. 1960) |
Anak | 2 step-sons; including Douglas Gresham |
Saudara | Brother, Warren Lewis |
Clive Staples Lewis (29 November 1898 – 22 November 1963) ialah seorang agamawan dan penulis dari Britain.
Beliau pernah menduduki kerusi akademi dalam bidang kesusasteraan bahasa Inggeris di Universiti-Universiti Oxford (Magdalen College, 1925–1954) dan Cambridge (Magdalene College, 1954–1963); beliau sendiri merupakan rakan sekerja novelis terkenal J. R. R. Tolkien ketika di Oxford.[1] Beliau menulis sebanyak lebih 30 buah buku[2] bukan sahaja dalam bidang cereka - terutamanya The Chronicles of Narnia - tetapi juga buku berkaitan ilmu keagamaan.
Biografi
[sunting | sunting sumber]Awal hidup dan pendidikan
[sunting | sunting sumber]Ayahnya Albert James Lewis (1863–1929) seorang peguam cara bangsa Wales manakala ibunya Florence Augusta Lewis Hamilton (1862–1908) datang daripada keturunan paderi - ayah Florence sendiri paderi mazhab Gereja Ireland manakala kedua-dua datuknya berpangkat uskup. Clive ada seorang abang sulug bernama Warren "Warnie" Hamilton Lewis.[3][4]
Clive diajarkan pengajar peribadi sehingga ibunya meninggal akibat menghidap kanser ketika dia berusia 9 tahun. Ayahnya menghantarkannya ke sekolah asrama Wynyard School di Watford, Hertfordshire sepertimana abangnya, namun sekolah tersebut ditutup tidak lama kemudian kerana kekurangan pelajar - guru besar sekolah itu sendiri terpaksa dimasukkan ke dalam rumah sakit jiwa. Clive meneruskan persekolahannya di Campbell College sebatu jauh timur Belfast namun terpaksa berhenti kerana ada masalah kesihatan. Beliau berpindah ke sebuah sekolah persediaan Cherbourg House atau "Chartres" di Malvern; di sanalah beliau lama kelamaan mengabaikan kepercayaan agamanya dan lebih tertarik kepada bidang berkaitan mitologi dan kultus.[5][6]
Beliau sangat minat akan mitologi-mitologi orang Norse, Yunani dan Ireland; beliau ada juga menaruh minat terhadap bahasa Ireland meskipun tiada bukti ada kecenderungan sendiri belajar bahasa tersebut.[7][8] Beliau menyanjungi penulisan William Butler Yeats yang menerapkan budaya Celt dalam karyanya,[9] malah pernah berjumpa dengan Yeats beberapa kali ketika Yeats berpindah ke Oxford.
Kerjaya di Oxford
[sunting | sunting sumber]Di Oxfordlah dia bertemu J. R. R. Tolkien; mereka sering berbincang dan bertelingkah mengenai ilmu keagamaan, dan Lewis asalnya menolak kuat ajakan Tolkien seakan "mahu mencari jalan melarikan diri".[10] Beliau turtu mendapat ilham hasil karya-karya nukilan George MacDonald dan G. K. Chesterton. Lewis akhirnya memeluk agama Kristian semula pada tahun 1931 tidak lama selepas itu, di mana beliau menganggotai mazhab Church of England – hal ini tidak begitu menyenangkan Tolkien yang lebih mahukannya bermazhab Katolik.[11][halaman diperlukan]Templat:Incomplete short citation
Semasa Perang Dunia Kedua
[sunting | sunting sumber]Kerjaya di Cambridge
[sunting | sunting sumber]Senarai karya terpilih
[sunting | sunting sumber]Cereka
[sunting | sunting sumber]- Out of the Silent Planet (1938)
- Perelandra (aka Voyage to Venus) (1943)
- That Hideous Strength (1945)
- The Screwtape Letters (1942)
- The Great Divorce (1945)
- The Chronicles of Narnia
- The Lion, the Witch and the Wardrobe (1950)
- Prince Caspian (1951)
- The Voyage of the Dawn Treader (1952)
- The Silver Chair (1953)
- The Horse and His Boy (1954)
- The Magician's Nephew (1955)
- The Last Battle (1956)
- Till We Have Faces (1956)
- "The Shoddy Lands" (cerita pendek dalam Fantasy and Science Fiction, Februari 1956)
- "Ministering Angels" (cerita pendek dalam Fantasy and Science Fiction, Januari 1958)
Bukan cereka
[sunting | sunting sumber]- The Allegory of Love: A Study in Medieval Tradition (1936)
- Rehabilitations and other essays (1939; two essays not included in Essay Collection [2000])
- The Personal Heresy: A Controversy (with E. M. W. Tillyard, 1939)
- The Problem of Pain (1940)
- The Case for Christianity (1942)
- Broadcast Talks (1942)
- The Abolition of Man (1943)
- Christian Behaviour (1943)
- Beyond Personality (1944)
- The Inner Ring (1944)[12]
- English Literature in the Sixteenth Century Excluding Drama. Oxford history of English literature; Clark lectures. 3 (ed. paperback). Oxford University Press. 1975 [1944]. ISBN 0-19-881298-1..
- Major British Writers, Vol I (1954; contribution on Edmund Spenser)
- Surprised by Joy: The Shape of My Early Life (1955; autobiografi)
- Reflections on the Psalms (1958)
- An Experiment in Criticism (1961)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Carpenter, Humphrey (2017). The Inklings: C. S. Lewis, J. R. R. Tolkien and Their Friends. London: HarperCollins Publishers Ltd. ISBN 9780007748693.
- ^ Richard B. Cunningham, C. S. Lewis: Defender of the Faith, Wipf and Stock Publishers (2008), p. 14
- ^ "The Life of C.S. Lewis Timeline". C.S. Lewis Foundation. Dicapai pada 11 Mac 2017.
- ^ "C.S. Lewis Biography". Encyclopedia of World Biography. Dicapai pada 11 March 2017.
- ^ Lewis 1966b, m/s. 56.
- ^ Lewis, C.S. (1955). Surprised by Joy: The Shape of My Early Life. New York City: Harcourt Brace Jovanovich. m/s. 128–186. ISBN 978-0-15-687011-5.
- ^ Martindale, Wayne (2005). Beyond the Shadowlands: C. S. Lewis on Heaven and Hell. Crossway. m/s. 52. ISBN 978-1581345131.
- ^ Lewis 1984, m/s. 118.
- ^ Lewis 2000, m/s. 59.
- ^ Teks asal: "...kicking, struggling, resentful, and darting his eyes in every direction for a chance to escape".
- ^ Carpenter 2006.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-21. Dicapai pada 2019-05-23.
<ref>
dengan nama "FOOTNOTELewis1966b229" yang ditentukan dalam <references>
tidak digunakan dalam teks sebelumnya.