Bumi rata
Model Bumi rata, datar atau leper merujuk kepada dakwaan dvan kepercayaan bahawa Bumi adalah berbentuk rata dan bukannya seakan-akan sfera. Kebanyakan tamadun purba berpegang kepada konsep Bumi berbentuk rata seperti tamadun Yunani purba (hingga zaman klasik) dan tamadun China hingga abad ke-17. Walaupun berbeza dari segi cara, kebanyakan kepercayaan kosmologi tamadun dahulu adalah konsisten bahawa Bumi itu adalah satah (plane) yang tidak bergerak, tidak melengkung (curve) dan mendatar kecuali dengan kewujudan bukit, gunung, dan lembah. Kutub Utara pula adalah satu bahagian di tengah Bumi yang bermagnet dengan Polaris atau bintang Kutuh Utara berada di atasnya.
Model Bumi sfera terbit daripada falsafah Yunani purba sejak abad keempat SM, melalui ahli-ahli oleh Pythagoras, Plato dan Aristotle sebelum konsep tersebut tersebar ke seluruh dunia.[1][2]
Meskipun begitu, golongan yang berpegang teguh kepada konsep Bumi rata pada zaman moden masih wujud dengan kewujudan teori-teori konspirasi pseudosains,[3] dan menjadi semakin ketara dengan kewujudan media sosial.[4][5]
Konsep
[sunting | sunting sumber]Mengikut konsep Bumi datar, Bumi adalah suatu hamparan yang terbentang luas. Matahari dan Bulan kedua-duanya adalah bersaiz sama dan kedua-duanya beredar di atas Bumi yang tidak bergerak. Tidak seperti konsep Bumi sfera, Matahari dan Bulan berada lebih dekat dengan Bumi dan kedua-duanya memancarkan cahaya masing-masing. Dalam Bumi datar, bintang-bintang, kecuali Polaris, semuanya beredar di atas Bumi. Bintang dibahagikan kepada dua iaitu bintang yang tetap dan bintang yang mengembara (wandering star). Bintang tetap mempunyai corak buruj yang tetap setiap malam, tahun demi tahun, abad demi abad, dan tidak pernah mengubah kedudukan relatif mereka. Bintang-bintang yang mengembara, yang disebut hari ini sebagai "planet," berjalan atau "mengembara" di langit dengan mengambil corak spirograf mereka sendiri yang membuat gerakan maju dan mundur berulang-ulang dalam kitaran mereka.
Dalam konsep ini, Bumi dan Polaris adalah dua titik pusat Alam Semesta yang tidak dapat bergerak sementara Matahari, Bulan dan bintang-bintang lain semuanya berputar dalam bentuk seperti kubah. Sesetengah budaya mempercayai kubah itu adalah berbentuk secara fizikal. Sementara budaya lain pula menganggapnya sebagai Pohon Dunia dengan Polaris di tengah dan semua buruj lain membentuk dahan. Dalam gambaran Bumi rata ini, Kutub Utara menduduki titik tengah, sementara "Selatan" ialah garisan yang mengelilingi Bumi. Timur dan Barat bukan garis lurus seperti yang dianggap pada masa ini, tetapi sebenarnya lingkaran ke kanan atau ke kiri. Lingkaran selatan Bumi dikelilingi oleh tembok ais raksasa 150-200 kaki atau Antartika di atas permukaan laut yang menahan lautan. Di luar tembok ais, beberapa dakwaan daripada teks-teks agama bahawa terdapat penghalang yang kuat yang tidak dapat ditembusi oleh manusia. Terdapat juga orang yang percaya ada dunia dan peradaban lain di luar tembok ais Antartika.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Continuation of Greek concept into Roman and medieval Christian thought: Reinhard Krüger: Materialien und Dokumente zur mittelalterlichen Erdkugeltheorie von der Spätantike bis zur Kolumbusfahrt (1492).
- ^ Direct adoption of the Greek concept by Islam: Ragep, F. Jamil: "Astronomy", in: Krämer, Gudrun (ed.) et al.: Encyclopaedia of Islam, THREE, Brill 2010, without page numbers.
- ^ MacDougall, Robert. "Strange enthusiasms: a brief history of American pseudoscience". Columbia University. Dicapai pada 5 Julai 2016.
- ^ Ambrose, Graham (7 Julai 2017). "These Coloradans say Earth is flat. And gravity's a hoax. Now, they're being persecuted". The Denver Post. Dicapai pada 19 Ogos 2017.
- ^ Dure, Beau (20 Januari 2016). "Flat-Earthers are back: 'It's almost like the beginning of a new religion'". The Guardian. Dicapai pada 19 Ogos 2017.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Eric Dubay: Sejarah Bumi Datar
- Media berkenaan Model Bumi rata di Wikimedia Commons