Bisnes kasual
Penampilan
Bisnes kasual (pakaian kasual perniagaan) secara samar-samar ditakrifkan oleh kod berpakaian Barat sebagai pakaian kasual tetapi dengan komponen sut lounge yang sesuai dari pakaian tradisional tidak formal, diguna pakai untuk tempat kerja kolar putih. Tafsiran ini lazimnya merangkumi kemeja dan seluar, tetapi dipakai dengan blazer berwarna ganjil atau kot sukan. Tali leher adalah pilihan dalam kategori ini.
Penerimaan bisnes kasual di Amerika Syarikat telah didahului oleh Kasual Friday yang berasal dari California pada tahun 1990an dan ia pula diilhamkan dari baju Aloha Friday di Hawaii tahun 1960an.[1][2] Penetapan pakaian tertentu sebagai "bisnes kasual" mungkin menjadi perbalahan.