Bekalan kuasa komputer
Unit bekalan kuasa komputer (PSU) atau Unit Bekalan Kuasa Bermodul (MPS) biasa direka untuk menukarkan bekalan kuasa arus ulang alik 100-120 V (Amerika Utara dan Jepun) atau 220-240 V (Eropah, Asia, dan Australia) dari bekalan sesalur menjadi kuasa arus terus voltan rendah yang boleh digunakan untuk komponen-komponen di dalam komputer.
Kebanyakan unit bekalan kuasa komputer dibina bagi mematuhi faktor bentuk ATX. Spesifikasi terkini bagi piwaian ATX standard adalah versi 2.2, dikeluarkan pada 2004. Ini membolehkan bekalan kuasa berlainan ditukar dengan komponen lain dalam komputer. Bekalan kuasa ATX juga direka bagi dihidupkan dan dimatikan dengan menggunakan isyarat dari papan induk (wayar PS-ON, yang boleh dilencong ke tanah bagi menghidupkan PSU dari luar komputer), dan memberikan sokongan bagi fungsi moden seperti mod bersedia yang terdapat pada kebanyakan komputer.
Penilaian kuasa
[sunting | sunting sumber]Bekalan kuasa komputer dinilai mengikut kuasa keluaran maksimum. Julat kuasa biasa adalah dari 300 W hingga 500 W (kurang dari 300 W untuk sistem faktor bentuk kecil (small form factor). Bekalan kuasa yang digunakan pemain dan penggemar pula boleh mencapai dari 500 W hingga 1000 W, dengan unit tertinggi sehingga 2 kW untuk pelayan dan komputer prestasi ekstrem dengan pemproses berganda, beberapa cakera keras dan kad grafik berbilang (ATI CrossFire atau NVIDIA SLI).