Bahasa Sepanyol
Bahasa Sepanyol بهاس سيڤڽول | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
español, castellano | |||||||||
Kawasan | Sesetengah dari Eropah, kebanyakan dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan, sesetengah bahagian dari Amerika Utara dan Caribbean; dan enklaf dan kumpulan immigran pada semua benua | ||||||||
Penutur bahasa | 550 juta, 500 juta penutur asli | ||||||||
Indo-Eropah
| |||||||||
Status rasmi | |||||||||
Bahasa rasmi di | Argentina, Bolivia, Chile, Colombia, Costa Rica, Cuba, Republik Dominican, Ecuador, El Salvador, Guinea Khatulistiwa, Kesatuan Eropah, Guatemala, Honduras, Mexico, Nicaragua, Panama, Paraguay, Peru, Puerto Rico, Sepanyol, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Uruguay, dan Venezuela. | ||||||||
Dikawal selia oleh | Asociación de Academias de la Lengua Española (Real Academia Española dan 21 lain kebangsaan akademi bahasa Sepanyol) | ||||||||
Kod bahasa | |||||||||
ISO 639-1 | es | ||||||||
ISO 639-2 | spa | ||||||||
ISO 639-3 | spa | ||||||||
|
Bahasa Sepanyol merupakan salah satu bahasa yang berasal daripada Bahasa Latin. Bahasa ini digunakan oleh ramai orang di dunia pada masa kini. Hal ini merupakan sebahagian dari kesan-kesan penjelajahan dan penjajahan orang Sepanyol pada masa lampau. Mereka membina banyak negara baru dan juga memulakan kerajaan baru di negara-negara yang sudah lama wujud.
Berikut merupakan beberapa contoh tempat di mana bahasa Sepanyol digunakan sebagai bahasa yang penting:
Di Amerika Utara, Amerika Tengah, dan di Kepulauan Karibia: Costa Rica, Cuba, Republik Dominika, Guatemala, Honduras, Mexico, Nicaragua, Panama, Puerto Rico, dan El Salvador. Walaupun lebih ramai orang menggunakan Bahasa Inggeris dalam pertuturan di Amerika Syarikat, Bahasa Sepanyol merupakan bahasa kedua terbanyak dipertuturkan di negara tersebut.
Di Amerika Selatan: Argentina, Bolivia, Chile, Colombia, Ecuador, Guyana, Paraguay, Peru, Uruguay, Venezuela.
Di tempat-tempat lain di dunia: Filipina, dan Guinea Khatulistiwa.
Di Sepanyol, terdapat beberapa bahasa lain digunakan di samping bahasa Sepanyol, seperti bahasa Catalonia dan Galicia, yang berkait rapat dengan bahasa Sepanyol dari segi salasilah famili bahasa Italik. Bahasa Basque juga turut ditutur, tetapi tidak berkait rapat dengan bahasa Sepanyol. Oleh kerana itu, bahasa Sepanyol kadangkala dipanggil sebagai bahasa Castilla (castellano ) dinamakan sempena Castilla, satu kawasan di Sepanyol.
Perkataan Sepanyol bagi bahasa Sepanyol ialah "español", dan perkataan Sepanyol bagi Castilian ialah "castellano".
Bilangan penutur mengikut negara
[sunting | sunting sumber]Berikut adalah senarai bilangan penutur bahasa Sepanyol yang dianggarkan di pelbagai rantau di dunia di mana bahasa ini sedang atau pernah kuat berpengaruh.
Negara Bilangan penutur asli menurut Ethnologue[1],
tahun 1995 melainkan dinyatakan1 Mexico 86,211,000 2 Sepanyol 28,173,600 (1986) 3 Colombia 34,000,000 4 Argentina 33,000,000 5 Venezuela 21,480,000 6 Peru 20,000,000 7 Chile 13,800,000 8 Cuba 10,000,000 9 Ecuador 9,500,000 10 Republik Dominica 6,886,000 11 Guatemala 4,673,000 12 Honduras 5,600,000 13 Bolivia 3,483,700 14 El Salvador 5,900,000 15 Nicaragua 4,347,000 16 Paraguay 186,880 17 Costa Rica 3,300,000 18 Puerto Rico 3,437,120 (1996) 19 Uruguay 3,000,000 20 Panama 2,100,000 21 Guinea Khatulistiwa 11,500 (1993) 22 Filipina 2,658 [2]
Berikut merupakan senarai bilangan penutur bahasa Sepanyol di tempat-tempat di dunia di mana bahasa ini merupakan bahasa minoriti.
Negara Bilangan penutur 1 Amerika Syarikat 32,200,000(b) 2 Kanada 245,000[3] 3 Belize 206,404[4] 4 Rusia 34,678[5] 5 Maghribi 57,132 [perlu rujukan](c) 6 Gibraltar 24,000 [perlu rujukan](d)
- (b) hanya melibatkan penduduk berumur 5 tahun atau lebih. Selain itu, sesiapa yang menutur bahasa ini sewaktu kerja atau dalam persekitaran lain tetapi bukan di rumah tidak termasuk di sini[6]
- (c) Meskipun dijadikan sebahagian empayar Sepanyol, bahasa dan budaya Arab masih merupakan hasil kebudayaan yang dominan di Sahara Barat. Bahasa Sepanyol hanya ditutur oleh expatriat berbahasa Sepanyol dan orang berketurunan Sepanyol.
- (d) Kebanyakan orang Gibraltar dapat bertutur dalam bahasa Inggeris dan Sepanyol kerana kedekatan wilayah British Gibraltar kepada negara Sepanyol. Meskipun kedua-dua bahasa ini paling banyak ditutur penduduk wilayah berkenaan (bersama-sama bahasa gabungannya Llanito), bahasa Inggeris masih merupakan satu-satunya bahasa rasmi di Gibraltar.
Sistem tulisan
[sunting | sunting sumber]Bahasa Sepanyol ditulis menggunakan huruf rumi, dengan penambahan aksara "ñ" (eñe) yang melambangkan fonem sengauan lelangit /ɲ/ (bersamaan dwihuruf Rumi ny atau huruf Jawi ڽ dalam bahasa Melayu) dan dianggap sebagai huruf yang berbeza daripada "n", meskipun dihuraikan secara tipografikal sebagai "n" dengan tanda tilde. Dwihuruf "ch" (che ) dan "ll" (elle ) juga dianggap sebagai huruf tunggal dengan nama dan kedudukan sendirinya dalam susunan huruf, kerana setiap satunya mewakili satu fonem tunggal (masing-masing /tʃ/ dan /ʎ/). Sungguhpun begitu, dwihuruf "rr" (erre doble , "r" ganda, atau erre ) yang dibandingkan dengan ere ) /r/, tidak dianggap sebagai huruf tunggal. Maka, susunan abjad Sepanyol tradisi mempunyai 28 huruf (29 jika mengambil kira "w" yang hanya didapati dalam kata pinjaman dan nama asing):
- a, b, c, ch, d, e, f, g, h, i, j, k, l, ll, m, n, ñ, o, p, q, r, s, t, u, v, (w), x, y, z.
Sejak tahun 1994, kedua-dua dwihuruf tersebut dianggap sebagai pasangan huruf bagi tujuan pengumpulsemakan. Mana-mama perkataan yang mengandungi "ch" kini diisih dalam susunan huruf di antara perkataan yang mengandungi "ce" dan "ci", dan bukannya menyusuli "cz" sebelum ini; begitu juga untuk "ll". Namun begitu, nama-nama che dan elle masih digunakan secara tidak formal.
Sebutan sesuatu perkataan boleh ditentukan sepenuhnya menurut ejaan, kecuali sebilangan kecil istilah geografi seperti México. Sesuatu perkataan Sepanyol yang biasa menekankan suku kata kedua terakhir (maksdunya, suku kata terlibat ditinggikan intonasinya) jika berakhir dengan huruf vokal (tidak termasuk y) atau dengan huruf konsonan n atau s; jika tidak maka suku kata terakhirlah yang ditekankan. Pengecualian kepada hukum ini ditandai dengan membubuh tanda akut pada huruf vokal yang ditekankan.
Tanda akut juga digunakan untuk membezakan antara homofon tertentu, terutamanya apabila salah satunya ditekan dan yang lain bukan: bandingkan el (kata sandang tentu jantan) dengan él ("ia"), ataupun te ("kamu", kata ganti nama objek), de (kata depan "dari"), dan se (kata ganti refleksif) dengan té ("teh"), dé ("beri") dan sé ("Saya tahu", atau kata imperatif "ialah").
Kata-kata ganti tanya (qué , cuál , dónde , quién , dsb.) juga menerima tanda bunyi sedemikian dalam soalan-soalan langsung dna tidak langsung; lebih-lebih lagi sebilangan kata penunjuk (ése , éste , aquél , dsb.) boleh ditanda apabila digunakan sebagai kata ganti nama. Kata penghubung o ("atau") ditulis dengan tanda akut antara angka-angka agar tidak dikelirukan dengan angka sifar: cth., 10 ó 20 sepatutnya disebut diez o veinte dan bukannya diez mil veinte ("10, 020"). Tanda akut sering digugurkan dalam huruf besar (melalui amalan yang berleluasa pada zaman awal komputer apabila cuma huruf vokal kecil mempunyai tanda berkenaan), meskipun ditegah oleh pihak RAE.
Dalam kes-kes yang jarang, "u" ditulis dengan tanda diaeresis ("ü") apabila ditulis di antara "g" dan satu huruf vokal hadapan ("e" atau "i"), untuk menandakan bahawa huruf "u" itu mesti disebut, dan bukannya bisu seperti biasa (cth., cigüeña, "stork", disebut /θ̟iˈɰweɲa/; jika ditulis sebagai cigueña, maka sebutannya /θ̟iˈɰeɲa/).
Klausa pertanyaan dan seruan dimulakan dengan tanda soal (¿) dan seru (¡) yang songsang, lalu diakhiri dengan tanda soal (?) dan seru (!) yang biasa.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ http://www.ethnologue.com/show_language.asp?code=spa
- ^ 2,658 penutur asli, mengikut Banci 1990. Instituto Cervantes de Manila, Majlis Pendidikan dan Kedutaan Sepanyol di Manila (Consejería de Educación de la Embajada de España en Manila) pada tahun 2006 dan Akademi Bahasa Sepanyol Filipina (Academia Filipina de Lengua Española) pada tahun 2006 menganggarkan lebih 3 juta. Namun begitu, tiadanya statistik banci yang mendukung kenyataan sebegini.
- ^ "Population by mother tongue". Statistics Canada.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaBelizecen
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaRussian
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaUS Spanish
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- (Inggeris) Laporan Ethnologue bagi bahasa Sepanyol
- (Inggeris) Evolusi bahasa Sepanyol dari bahasa Latin
- (Sepanyol) Kamus RAE Kamus bahasa Sepanyol rasmi Real Academia Española
- (Inggeris) The Project Gutenberg EBook of A First Spanish Reader oleh Erwin W. Roessler dan Alfred Remy.
- Laman web rasmi ¡Colorin Colorado!
- (Inggeris) Practice Spanish[pautan mati kekal]
- (Inggeris) Peta Sebutan Dialek Sepanyol
Wikipedia Bahasa Sepanyol, ensiklopedia bebas |
- Rencana bahasa dengan nombor penutur tidak bertarikh
- Halaman artikel bahasa dengan sampel teks
- Halaman artikel bahasa dengan sampel suara
- Bahasa yang memerlukan komen ISO 639-3
- Bahasa dengan kod ISO 639-2 code
- Bahasa dengan kod ISO 639-1 code
- Rencana bahasa tanpa medan rujukan
- Rencana bahasa tidak mempunyai kod Glottolog
- Bahasa
- Bahasa Romawi
- Bahasa di Amerika Syarikat
- Bahasa di Sepanyol
- Bahasa di Guinea Khatulistiwa
- Bahasa di Maghribi
- Bahasa di Sahara Barat
- Bahasa di Filipina
- Bahasa di Argentina
- Bahasa di Belize
- Bahasa di Bolivia
- Bahasa di Chile
- Bahasa di Colombia
- Bahasa di Ecuador
- Bahasa di Panama
- Bahasa di Paraguay
- Bahasa di Peru
- Bahasa di Uruguay
- Bahasa di Venezuela
- Bahasa di Costa Rica
- Bahasa di Cuba
- Bahasa di El Salvador
- Bahasa di Guatemala
- Bahasa di Gibraltar
- Bahasa di Nicaragua
- Bahasa di Mexico
- Bahasa di Honduras