Bábisme
Agama Bab (Parsi: بابی ها Bábí há) atau Bábisme ialah satu gerakan keagamaan yang berkembang di Parsi Achaemenid daripada 1844 hingga 1852, kemudian bertahan di perantauan semasa zaman Empayar Uthmaniyyah (terutamanya Cyprus) dan juga di bawah tanah. Pengasasnya Siyyid `Alí-Muhammad dari Shiraz, yang mengambil gelaran Báb—bermaksud "Pintu"—daripada suatu istilah teologi Syiah. Tidak seperti gerakan muluk Islam lain, gerakan Báb menunjuk pemutusan daripada Islam dan cubaan memulakan sistem keagamaan baharu. Manakala gerakan Báb ditentang dan diasak dengan ganas oleh kerajaan dan golongan agamawan pada pertengahan 1850-an, gerakan ini membawa kepada pengasasan Agama Bahá'í yang melihak agama yang dibawa Báb sebagai pendahulu agama itu, dan memberikan kepentingan baharu kepada gerakan Báb.[1]
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ Dennis MacEoin (1989). "Babism". Encyclopædia Iranica.