Ayah
Seorang ayah (juga disebut bapa, abah, bak, abi) adalah seorang lelaki dan merupakan pasangan kepada ibu yang melahirkan seseorang.[1]
Hubungan ayah-anak
[sunting | sunting sumber]Hubungan ayah dengan anak merupakan faktor penentu peranan seorang ayah dalam kehidupan. Seorang 'ayah' tidak semestinya ayah biologi seorang anak. Sesetengah kanak-kanak merujuk ayah tiri mereka sebagai ayah. Ayah adalah lelaki yang melaksanakan jagaan kebapaan ke atas seseorang yang lain.[2][3] Kebanyakan ayah secara semula jadi melindungi, menyokong, dan bertanggung jawab dan mampu memberikan sumbangan besar kepada diri mereka, masyarakat mereka dan anak-anak mereka.[4] Bapa yang tersebut menawarkan kelebihan khas kepada anak-anak mereka sepanjang kitaran hayat dan menjejaskan diri mereka dengan melakukan sebegitu.[5] Tokok bapa yang aktif memiliki peranan penting untuk dimainkan bagi mengurangkan masalah kelakuan bagi anak lelaki dan masalah psychological bagi gadis.[6] Sebagai contoh, kanak-kanak yang mengalami pembabitan bapa yang luas cenderung menunjukkan pencapaian lebih tinggi dalam penilaian perkembangan kognitif, kemahiran bersosial lebih baik dan kurang berhadapan dengan masalah tingkah-laku.[7][8][9] Peningkatan jumlah pembabitan bapa-anak juga terbukti meningkatkan kestabilan sosial anak, pencapaian pendidikan, dan malah potensi mereka bagi memiliki perkahwinan kukuh sebagai seorang dewasa. Kanak-kanak ini lebih ingin tahu mengenai dunia sekeliling mereka dan memiliki kemahiran menyelesaikan masalah lebih baik.[10] Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa bapa mungkin melihat diri mereka sebagai kekurangan kognitif dan kekurangan fizikal berbanding sahabat mereka yang memiliki keluarga yang memiliki bapa.[11] Ibu tunggal melaporkan pertelingkahan lebih teruk dengan anak-anak mereka. Anak lelaki yang dibesarkan tanpa bapa menunjukkan sifat lebih lembut (“feminine”) tetapi tidak mengurangkan tingkah-laku peranan ciri-ciri kelakian.[12]
Menurut anthropologi Maurice Godelier, peranan ayah yang diambil mainkan oleh manusia lelaki merupakan perbezaan genting antara masyarakat manusia berbanding saudara biologi manusia paling hampir - chimpanzees dan bonobo – yang kelihatannya tidak menyedari kaitan dengan "bapa" mereka.[13][14]
Lambang kuasa
[sunting | sunting sumber]Bapa sering dilihat sebagai lambang pihak berkuasa.[15][16][17][18] Pemantauan biasa dikalangan sarjana adalah penguakuasaan bapa dan pemimpin politik berkait rapat, dari segi terdapat pengenal pasti simbolik antara penguat kuasa tempatan dan pemimpin politik kebangsaan.[19] Dari segi ini, kaitan telah ditunjukkan antara konsep "patriarchal", "paternalistic", "kultus personaliti", "fascist", "totalitarian", "imperialism".[19] Asas yang serupa dikalangan pihak berkuasa tempatan dan kebangsaan, adalah mekanisma memberi nama (melaksanakan kuasa di bawah nama orang lain) dan identiti.[19] Dalam masyarakat kebapaan - patriarchal, pihak berkuasa biasanya menggunakan retorik kebapaan dan keluarga bagi melaksanakan peraturan mereka dan menyokong pengesahannya.[20]
Ketika zaman Rom Silam dan keluarga patriarchal bangsawan (“aristokratik”), "suami dan bapa memiliki (“Patria potestas”) tahap kuasa politik dan bertindak sebagai perantaraan isi rumah dan politik."[21][22] In Western culture patriarchy and authority have been synonymous.[23] Dalam abad ke-19 di Eropah, pendapat ini adalah biasa, di kalangan traditionalist dan revolutionari, bahawa kuasa ayah tempatan perlu "dijadikan penuh berkuasa dalam keluarga supaya ia tidak perlu bagi negara ".[19][24][25] Pada lewat separuh abad tersebut, terdapat tambahan kuasa suami ke atas isterinya dan kuasa bapa terhadap kanak-kanak, termasuk "peningkatan tuntutan bagi kepatuhan mutlak seseorang anak kepada si bapa ".[19] Eropah melihat kebangkitan "Kesamaan (“hegemoni”) ideology baru bentuk keluarga nuklear dan pengemasan perundangan patriarch", yang semasa dengan penyebaran kukuh "model negara-negeri sebagai aturan norma politik ".[19]
Menentukan ibu-bapa
[sunting | sunting sumber]Sejak zaman Rom status bapa di kalangan masyarakat barat telah ditentukan dengan ayat masyhur ini: Mater semper certa; pater est quem nuptiae demonstrant ("Identiti si ibu sentiasa pasti; bapa merupakan yang mana sumpah perkahwinan tunjukkan "). Pendekatan bersejarah ini telah tumbang dengan kemunculan ujian saintifik jitu terkini, terutamanya ujian DNA. Akibatnya, undang-undang mengenai bapa melalui perubahan pantas.
Sebagaimana si ibu, seseorang bapa boleh dikelompokkan menurut hubungan biologi, masyarakat, atau menurut undang-undang dengan si anak.[26] Dalam sejarah, hubungan biologi kebapaan telah menentukan seseorang bapa. Tetapi, bukti seseorang bapa merupakan masalah intrisik dan dengan itu peraturan social sering menentukan siapa yang akan di anggap sebagai bapa, contoh suami kepada si ibu.
Seseorang yang memiliki genetic Chimera boleh secara teori memiliki lebih daripada satu bapa biologi. Tiada contoh seperti ini telah dilaporkan tetapi chimera manusia tidak diketahui wujud sehingga baru-baru ini dan pakar sains kini tidak pasti sejauh manau chimerism dalam populasi manusia.
Istilah Melayu biasa bagi bapa termasuk ayah, bak, abah, abi. Penggunaan tidak rasmi lain termasuk orang tuaku.
Kategori
[sunting | sunting sumber]- Ayah Biologi/Semulajadi – kategori paling biasa: anak hasil hubungan lelaki dan wanita.
- Ayah kandung – bapa biologi kepada anak, yang akibat anak angkat atau perpisahan, tidak membesarkan anak atau menjaganya.
- Ayah mengejut – di mana lelaki tidak mengetahui kewujudan anak sehingga beritahu kemudian
- Ayah aruah – bapa yang meninggal sebelum anak dilahirkan (atau disemai dalam kes permanian berhadas)
- Ayah remaja/bapa muda – dikaitkan dengan hubungan kelamin remaja
- Ayah bukan keluarga (“Non-parental”) father – bapa yang tidak berkahwin yang namanya tiada pada sijil kelahiran: tidak memiliki tanggungjawab perhakiman tetapi terus memiliki tanggung jawab kewangan (UK)
- Penderma sperma bapa biologi/semulajadi kepada anak tetapi lelaki tersebut tidak memiliki tanggung jawab perhakiman atau kewangan sekiranya prosedur dilaksanakan melalui klinik berlesen
Tidak sedarah (hubungan sosial/perundangan antara ayah dan anak)
[sunting | sunting sumber]- Ayah tiri – isteri atau suami dari hubungan sebelumnya
- Ayah mertua – bapa kepada pasangan
- Ayah angkat – bapa yang mengambil anak angkat
- Ayah sandaran – anak yang dibesarkan oleh lelaki yang bukan bapa biologi atau bapa angkat yang biasanya satu dari pasangan.
- Ayah tumpang (“Cuckolded father”) – di mana anak itu merupakan hasil hubungan luar nikah
- Ayah sosial – di mana lelaki mengambil tanggung jawab de facto bagi kanak-kanak, seperti menjaga seseorang yang telah ditinggalkan atau yatim (anak tersebut dikenali sebagai "anak kepada keluarga (“child of the family"”) dalam perundangan Inggeris)
- Pasangan Ibu – tanggapan bahawa pasangan semasa memenuhi peranan bapa
- Suami si ibu – di bawah sesetengah perundanga (contoh Kod Sivil Quebec, sekiranya si ibu berkahwin dengan lelaki lain, dia akan ditakrifkan sebagai bapa
- Ayah DI – bapa social/perundangan kepada anak yang dihasilkan melalui Permanian Berhadas (“Donor Insemination”) (di mana sperma penderma digunakan bagi membuntingkan pasangan Bapa DI)
Kebapaan menurut takrifan tahap hubungan dengan anak
[sunting | sunting sumber]- Bapa hujung minggu/cuti – di mana anak hanya tinggal bersama bapa pada hujung minggu, cuti, dll.
- Bapa tak hadir – bapa yang tidak mahu atau mampu menghabiskan masa dengan anak-anak
- Bapa kedua – bukan keluarga yang hubungan dan sokongan cukup kuat sehinggakan ikatan kekeluargaan wujud (biasanya digunakan bagi saudara lelaki tua yang banyak membantu membesarkan anak).
- Bapa rumah (“Stay at home dad”) – setaraf dengan suri rumah dengan anak, di mana pasangannya merupakan pencari nafkah.
- Di mana lelaki dalam pasangan yang asalnya mendapatkan rawatan persenyawaan in vitro (“IVF”) tetapi menarik kembali persetujuannya sebelim persenyawaan (UK)
- Di mana yang dianggap pasangan lelaki dalam aturan persenyawaan in vitro ternyata perempuan menurut undang-undang (bukti menurut surat lahir) pada masa rawatan (UK) (TLR 1 June 2006)
- Bapa biologi – bapa semulajadi, atau pasangan yang menghasilkan anak, yang mungkin terbabit atau tidak terbabit dalam membesarkan anak. Sering kali merujuka kepada penderma sperma yang, jika tidak dikenali, tidak akan mempunyai hubungan dengan anak.
- Anak biologi pada lelaki yang, bagi sebab khas di atas, bukanlah bapa sah mereka, tidak memiliki hak automatic bagi sokongan kewangan atau pewarisan. Yatim sah (“Legal fatherlessness”) merujuk kepada status menurut undang-undang dan bukannya pada isu samaada sibapa kini telah mati atau masih hidup.
Kebapaan bukan manusia
[sunting | sunting sumber]Bagi sesetengah haiwan, bapalah yang menjaga anak-anaknya.
- Bapa katak Darwin (Rhinoderma darwini) membawa telur dalam kantung suara.
- Kebanyakan jantan burung air “waterfowl” amat melindungi anak mereka, berkongsi tugas meninjau dengan burung betina. Contoh termasuk angsa, swan, gull, loon, dan beberapa spesies itik. Apabila keluarga kebanyakan burung air ini mengembara, mereka biasanya mengembara dalam barisan dan bapa biasanya yang menjaga anak-anaknya di baris belakang sementara si ibu memimpin jalan.
- Kuda laut betina (hippocampus) memasukkan telur dalam kantung perut jantan. Kuda laut jantan akan membebaskan sperma dalam kantung, mensenyawakan telur. Embrio terbentuk dalam kantung jantan, disuburkan oleh kantung kuning telur masing-masing.
- Penguin Emperor jantan bersendirian mengeram telur mereka; penguin betina tidak mengeram. Disebalik membina sarang, setiap penguin jantan melindungi telurnya dengan mengimbangnya di atas kakinya, terselubung dalam kantung anak khas. Sebaik sahaja telur menetas, penguin betina akan menyertai keluarganya.
- Memerang jantan akan mendapatkan anak dan memrang betina dalam beberapa jam mereka dilahirkan. Ketika anak memerang matang, bapa memerang akan mengajar mereka cara mendapatkan bahan dan membaiki empangan mereka sendiri, sebelum mereka bersurai untuk mencari pasangan masing-masing sendiri.
- Bapa serigala membanti mencari makanan, melindungi dan bermain dengan anak-anak mereka. Dalam sesetengah kes, beberapa generasi serigala mungkin tinggal bersama dalam kawanan, memberikan anak serigala jagaan datuk, nenek, bapa saudara/makcik, dan saudaranya, sebagai tambahan bagi jagaan ibubapa. Bapa serigala juga adalah yang bertanggung jawab memburu ketika serigala betina menjaga anak yang baru lahir.
- Bapa lumba-lumba turut menjaga anaknya. Anak baru lahir akan dipegang di permukaan air oleh kedua ibu bapanya sehingga mereka bersedia untuk berenang sendiri.
- Sejumlah spesies burung memiliki bapa yang menjaga secara katif, membantu siibu, seperti burung air yang disebut di atas.
- Selain manusia, bapa beberapa spesies primate menjaga anak mereka. Antaranya tamarin dan marmoset.[27] Jagaan yang kuat juga ditonjolkan pada siamang di mana si bapa menggendong anak mereka melepasi sehingga tahun ke dua.[27] bapa monyet Titi dan monyet burung hantu membawa anak mereka 90% kebanyakan masa dengan "anak monyet titi memiliki kecenderungan pada bapa berbanding siibu ".[28]
Kebanyakan spesies bagaimanapun tidak menunjukkan atau tidak memainkan sebarang peranan bagi penjagaan anak. Sijantan meninggalkan sibetina selepas mengawan dan lama sebelum anak dilahirkan. Haiwan betina yang perlu memberikan semua jagaan bagi anak-anaknya.
- Beruang jantan biasanya meninggalkan beruang betina tidak lama selepas mengawan dan akan membunuh dan kadang-kala makan sebarang anak beruang yang dijumpainya, walaupun anak sendiri. Ibu beruang menghabiskan kebanyakan masa tempoh awal kelahiran melindungi mereka dari beruang jantan.
- Bapa anjing peliharaan biasanya tidak menunjukkan minat pada anak mereka, dan tidak seperti serigala, tidak setia pada pasangan dan cenderung meninggalkan mereka selepas mengawan.
Singa jantan akan membiarkan anak singa, tetapi hanya membenarkan mereka makan selepas mereka makan. Beberapa ekor mungkin bersifat kejam dan mungkin mencederakan atau membunuh anak singa tanpa provokasi. Singa jantan yang membunuh singa jantan lain untuk mengambil alih kawanan biasanya membunuh sebarang anak singa kepunyaan jantan saingan. Ini agar singa betina kembali sedia untuk mengawan secepat mungkin. Bagaimanapun, singa jantan juga yang bertanggung jawab bagi menjaga kawanan ketika singa betina memburu. Ia juga perlu diingat bahawa singa jantan adalah satu-satunya keluarga kucing yang memainkan peranan kebapaan.
- Arnab jantan biasanya membiarkan anak tetapi tidak seperti arnab betina, mereka sering tidak menunjukkan minat pada anak kecil dan diketahui bersifat kasar dengan anak mereka apabila mereka matang, terutama terhadap anak jantan. Tingkah-laku ini kemungkinannya merupakan sebahagian sifat semulajadi bagi menghalau arnab jantan agar menghalang sumbang muharam sesame sendiri. Arnab betina jantan meninggalkan sarang apabila mereka matang tetapi si bapa tidak menghalau mereka seperti yang biasa dilakukan kepada anak jantan.
- Kuda jantan tidak memainkan peranan atau hanya sedikit peranan dalam penjagaan, juga mereka tidak setia pada satu pasangan. Mereka membiarkan anak kuda sehingga satu peringkat, tetapi disebabkan sifat bengis semulajadi kuda jantan, mereka biasanya terganggu dengan sifat berkobar-kobar anak kuda, dan mungkin mencederakan atau membunuh anak kuda. Dengan itu, kuda jantan pembiakan tidak diletakkan dalam kandang yang sama dengan anak atau kuda betina yang lain.
Akhirnya dalam sesetengah spesies kedua ibu bapa tidak memberikan sebarang jagaan
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Bapa juga boleh merujuk secara perumpamaan (“metaforik”) pada seseorang yang dianggap pengasas kepada pengetahuan atau sesuatu institutasi. Dalam konteks tersebut erti "bapa" adalah sama seperti "pengasas". Contoh Bapa kemerdekaan.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "WordNet". Dicapai pada 2007-12-14. [pautan mati]
- ^ Early Childhood Longitudinal Study 2006. "Measuring Father Involvement in Young Children's Lives." National Center for Education Statistics. Fathers of the United States children born in 2001.
- ^ Minnesota Fathers & Families Network. "Do We Count all the Fathers in Minnesota?" (Saint Paul, MN: Author, 2007). 51.
- ^ Minnesota Fathers & Families Network. "Fathers to the Forefront: A five-year plan to strengthen Minnesota families." (Saint Paul, MN: Author. 2007).[1]
- ^ Diamond, M. J. "My Father Before Me: How Fathers and Sons Influence Each Other Throughout The Life Cycle." NY: Norton, 2007
- ^ Children Who Have An Active Father Figure Have Fewer Psychological And Behavioral Problems
- ^ Pruett, K. "Fatherneed: Why father care is as essential as mother care for your child," New York: Free Press, 2000.
- ^ "The Effects of Father Involvement: A Summary of the Research Evidence," Father Involvement Initiative Ontario Network, Fall 2002 newsletter.
- ^ Anderson Moore, K. "Family Structure and Child Well-being" Washington, DC: Child Trends, 2003.
- ^ United States. National Center for Fathering, Kansas City, MO. Partnership for Family Involvement in Education. A Call to Commitment: Fathers' Involvement in Children's Learning. June, 2000
- ^ Children raised in fatherless families from infancy: family relationships and the socioemotional development of children of lesbian and single heterosexual mothers.
- ^ Children raised in fatherless families from infancy: a follow-up of children of lesbian and single heterosexual mothers at early adolescence
- ^ Maurice Godelier, Métamorphoses de la parenté, 2004
- ^ "New Left Review - Jack Goody: The Labyrinth of Kinship". Dicapai pada 2007-07-24.
- ^ Osaki, Harumi Killing Oneself, Killing the Father: On Deleuze's Suicide in Comparison with Blanchot's Notion of Death Literature and Theology, doi:10.1093/litthe/frm019
- ^ Foucault's response to Freud: sado-masochism and the aestheticization of power
- ^ Eva L. Corredor (Dis)embodiments of the Father in Maghrebian Fiction. The French Review, Vol. 66, No. 2 (Dec., 1992), pp. 295-304
- ^ Paul Rosefeldt; Peter Lang, 1996. The Absent Father in Modern Drama [CHAPTER 3 - QUESTIONING THE FATHER'S AUTHORITY http://www.questia.com/PM.qst?a=o&d=9916349]
- ^ a b c d e f Borneman, John (2004) Death Of The Father: An Anthropology Of The End In Political Authority ISBN 1-57181-111-7 [2] pp.1-2, 11-12, 75-75
- ^ AnthroSource | PoLAR: Political and Legal Anthropology Review - 29(1):151 - Citation[pautan mati kekal]
- ^ David Foster Taming the Father: John Locke's Critique of Patriarchal Fatherhood. The Review of Politics, Vol. 56, No. 4 (Autumn, 1994), pp. 641-670
- ^ Alexis de Tocqueville 1830
- ^ WHITE, NICHOLAS review of Questioning the Father: From Darwin to Zola, Ibsen, Strindberg, and Hardy Journal of European Studies, December, 2000
- ^ Jules Simon 1869
- ^ Michelle Perrot 1990 A History of Private Life p.167
- ^ Minnesota Fathers & Families Network. "Do We Count Fathers in Minnesota?" (Saint Paul, MN: Author, 2007). 14.
- ^ a b Fernandez-Duque E, Valeggia CR, Mendoza SP. (2009). Biology of Paternal Care in Human and Nonhuman Primates. Annu. Rev. Anthropol. 38:115–30. doi:10.1146/annurev-anthro-091908-164334
- ^ Mendoza SP, Mason WA. (1986). Parental division of labour and differentiation of attachments in a monogamous primate (Callicebus moloch). Anim. Behav. 34:1336–47.
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- S Kraemer (1991) The Origins of Fatherhood: An Ancient Family Process Diarkibkan 2007-12-22 di Wayback Machine. Family Process 30 (4), 377–392. doi:10.1111/j.1545-5300.1991.00377.x
- M J Diamond (2007) My Father Before Me; How Fathers and Sons Influence Each Other Throughout Their Lives. New York: WW Norton.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.