Abad ke-19 SM
Penampilan
Milenium: | milenium ke-2 SM |
---|---|
Abad: | |
Garis masa: | |
Ketua negara: |
|
Dekad: |
|
Kategori: | Kelahiran – Kematian Penubuhan – Pembubaran |
Abad ke-19 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 1900 SM hingga 31 Disember 1801 SM dalam kalendar Gregory.
Peristiwa
[sunting | sunting sumber]- Empayar Hittite di Hattusa, Anatolia.
- k.k. 1895 SM – Senwosret II (Dinasti Kedua Belas) memulakan pemerintahannya. Baginda membina Kahun dekat kompleks makam piramidnya di el-Lahun.
- k.k. 1895 SM - 1878 SM: "Pektoral Senwosret II" dari makam Puteri Sithathoryunet di el-Lahun dicipta (Dinasti Kedua Belas), dan kini berada di Muzium Seni Metropolitan, New York.
- 1878 SM – Kemangkatan Senwosret II (Dinasti Kedua Belas).
- k.k. 1878 SM – Senwosret III (Dinasti Kedua Belas) memulakan pemerintahannya.
- 1876 SM – Orang-orang Israel masuk Mesir selepas kebuluran selama dua tahun berturut-turut, menurut satu tafsiran kronologi Bible dalaman.
- k.k. 1842 SM – Kemangkatan Senwosret III (Dinasti Kedua Belas).
- 1837 SM – Kelahiran Jacob, menurut sesetengah kronologi Bible.
- 1829 SM - 1818 SM: Perang Mesir-Nubia.
- 1818 SM – Kempen ketenteraan Mesir di Israel.
- 1813 SM – Penaklukan Mesopotamia Utara oleh tentera Amorite.
- 1806 SM – Tarikh tradisional untuk keakhiran Dinasti Xia di China.
- 1800 SM – Permulaan Zaman Gangsa Nordik dalam sistem penzamanan yang direka oleh Oscar Montelius.
- Kemerosotan kebudayaan Beaker.
Tokoh-tokoh
[sunting | sunting sumber]- Terah, ayah Abraham (1882 SM - 1677 SM, menurut takwim Ibrani.
- 1812 SM - Kelahiran Abraham, menurut penghitungan Yahudi (1,948 tahun selepas penciptaan alam menurut kitab Bible - pentarikhan-pentarikhan lain termasuk abad ke-21 SM, abad ke-17 SM, abad ke-16 SM, dan abad ke-15 SM).
- Amenemhat III dari Mesir (1807 SM - 1797 SM)