Pergi ke kandungan

387 SM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Milenium: milenium pertama SM
Abad:
Dekad:
Tahun:


Peristiwa

[sunting | sunting sumber]

Mengikut tempat

[sunting | sunting sumber]
  • Antalcidas, komander tentera laut Sparta secara aktif membantu Parsi menentang Athens. Selepas melarikan diri daripada kepungan Athens di Abydos, beliau menyerang dan menewaskan seangkatan tentera Athens yang kecil, dan kemudian menggabungkan armadanya dengan sebuah armada sokongan yang dihantar dari Syracuse. Dengan armada ini yang tidak lama kemudian ditambahkan dengan kapal-kapal yang dibekalkan oleh satrap-satrap (gabenor) Parsi di kawasan ini, Antalcidas belayar ke Hellespont dan dengan kekuatannya, berupaya untuk menyekat laluan-laluan perdagangan yang membawa biji-bijian ke Athens.
  • Parsi yang digentarkan oleh sesetengah tindakan Athens, termasuk membantu Raja Evagoras dari Cyprus, dan Firaun Hakor dari Mesir (kedua-dua mereka sedang berperang dengan Parsi), memutuskan bahawa dasar Parsi untuk melemahkan Sparta melalui membantu musuh-musuhnya tidak lagi bijaksana. Oleh itu, Antalcidas berunding dengan Tiribazus, satrap Parsi, dan mencapai persetujuan bahawa Parsi akan berperang menyebelahi Sparta jika sekutu-sekutunya enggan berdamai.
  • Dengan armada Sparta di bawah Antalcidas kini menguasai Hellespont, Athens tidak lagi mendapat sebarang perdagangan dan tol dari Selat Bosporus. Athens yang masih ingat akan keadaan serius yang serupa ketika ditewaskan dalam Perang Peloponnesus kurang daripada dua dekad dahulu, dan kini menghadapi campur tangan Parsi yang menyebelahi Sparta, bersedia untuk berdamai.
  • Dengan sokongan Raja Artaxerxes II dari Parsi, Raja Agesilaus II dari Sparta mengikat perjanjian "Kedamaian Raja" (atau Kedamaian Antalcidas, sempena nama utusan dan komander Sparta) dengan tentera-tentera bersekutu Yunani yang menguntungkan Sparta. Perjanjian ini menetapkan bahawa semua kawasan tanah besar Asia dan Cyprus dikekalkan di bawah penguasaan Parsi, manakala Lemnos, Imbros, dan Scyros dikekalkan sebagai wilayah-wilayah tanggungan Athens, dan semua negara Yunani yang lain diberikan autonomi. Dengan perjanjian ini, Parsi menjadi satu pemain yang utama dalam politik Yunani.
  • Akibat ancaman campur tangan Sparta, Thebes membubarkan Liganya, dan Argos serta Corinth menamatkan kerajaan campuran mereka. Corinth yang kini tidak lagi mempunyai sekutunya yang kuat, digabungkan semula ke dalam Liga Peloponnesus Sparta. Selepas lapan tahun bertempur, Perang Corinth berakhir.

Republik Rom

[sunting | sunting sumber]

Kelahiran

[sunting | sunting sumber]