K1 88
K1 | |
---|---|
Jenis | Kereta kebal utama |
Tempat asal | Korea Selatan |
Sejarah perkhidmatan | |
Dalam perkhidmatan | K1: 1987–kini K1A1: 2001-kini |
Sejarah pengeluaran | |
Pereka | General Dynamics |
Pengeluar | Hyundai Rotem |
Kos unit | ₩ 4,500,000,000.00 KRW AS$ 4,066,000.00 |
Dihasilkan | K1: 1985-1998 K1A1: 1999-2010 |
Jumlah dibina | K1: 1,027 K1A1: 400+ |
Spesifikasi | |
Berat | K1: 51.1 tan metrik (56.3 tan pendek) K1A1: 54.5 tan metrik (60.1 tan pendek) |
Panjang | K1: 9.67 m K1A1: 9.71 m |
Lebar | 3.60 m |
Tinggi | 2.25 m |
Krew | 4 (komander, jurumeriam, pengisi dan pemandu) |
Armor | Komposit |
Senjata pertama | K1: KM68A1 105 mm (47 butir) K1A1: KM256 120 mm (32 butir) |
Senjata kedua | 12.7 mm K6 HMG on right pintle mount for commander 7.62 mm M60D on left pintle mount for loader 7.62 mm M60E2-1 on coaxial mount |
Enjin | enjin diesel 10-silinder penyejukan air MTU 871 Ka-501 1200 hp (890 kW) pada 2600 rpm |
Kuasa/berat | K1: 23.4 hp/tan K1A1: 22.0 hp/tan |
Transmisi | ZF LSG 3000 (empat depan, dua undur) |
Sistem ampaian | Hydropneumatic at front, torsion bar at rear of the chassis |
Jarak operasi | 500 km |
Kelajuan | 65 km/j (jalan) 40 km/j (merentas desa) |
K1 merupakan sebuah kereta kebal utama yang digunakan oleh angkatan darat Korea Selatan. Rekabentuk kenderaan ini adalah berdasarkan M1 Abrams, satu keluaran dari General Dynamics. Walau bagaimanapun, pengeluaran dilakukan di Korea Selatan oleh Hyundai Precision.[1]
Kereta kebal K1 merupakan kereta kebal buatan Hyundai dari Korea Selatan.
Pembangunan
[sunting | sunting sumber]Kereta kebal K1 telah dibangunkan oleh General Dynamic Land Systems Division (yang turut mereka dan membina siri Kereta Kebal Utama M1/M1A1 dan M1A2 Abrams) bagi memenuhi keperluan operasi khusus bagi Tentera Korea Selatan. Dua prototaip pertama disiapkan di Amerika Syarikat pada tahun 1983 dan pengeluaran dimulakan oleh Hyundai Precision ft Ind Co Ltd di Changwon pada tahun 1985/1986 dan sejak itu dianggarkan sekitar 1000 kenderaan telah dihasilkan sehingga tahun 2000. Kebanyakan sistem kecil utama seperti enjin, transmisi, sistem kawalan tembakan dan penglihatan telah dibangunkan di luar negara.
Tata rajah bagi kereta kebal utama K1 adalah biasa dengan pemandu di hadapan kanan, turet di tengah dan pek kuasa di belakang. Komander dan jurumeriam duduk di sebelah kanan turet dengan pemuat di sebelah kiri. Turet dan dongakan senjata bermotor dengan kawalan insani bagi kegunaan kecermasan.
Meriam kereta kebal 105mm berpilin memiliki dongakan +20° dan rundukan -10° dengan turet berputar 360° penuh. Ciri luar biasa bagi kereta kebal utama Kl adalah jenis sistem gantungan kacukan yang memiliki torsion bars pada stesyen roda jalan tengah dengan unit hidro-pneumatik di stesyen hadapan dan belakang, ini membenarkan pemandu bagi menyelaras sistem gantungan bagi menyesuaikan dengan jenis muka bumi yang dilalui.
Sistem kawalan tembakan berkomputer termasuk penglihatan stabil bagi komander kereta kebal, komputer digital, penglihatan siang/malam dan penetap julat laser. Sistem pengesan dan perendam kebakaran turut dipasang sebagai pemanas.
Variasi
[sunting | sunting sumber]- KIM telah dibangunkan bagi memenuhi keperluan Malaysia.
- K1A memiliki beberapa peningkatan termasuk meriam kereta kebal 120mm M256.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: K1 88. |
- K1A1 Main Battle Tank Details
- "2-6-1-M" K1A1 Tank Overview at Rotem Website (Best viewed in Internet Explorer).
- Type 88 K1 Main Battle Tank at GlobalSecurity.org
- K1A1 Main Battle Tank at GlobalSecurity.org
- Photos at GlobalSecurity.org