Zihar
Rencana ini tidak mempunyai pautan ke rencana Wikipedia lain. (Oktober 2017) |
Zihar ia perbuatan seorang suami yang menyamakan isterinya dengan mana-mana perempuan yang diharamkan berkahwin dengannya. Perempuan yang diharamkan berkahwin tersebut hendaklah yang diharamkan berkahwin buat selama-lamanya seperti ibu dan anak perempuan.[1] Ia biasanya menerusi percakapan, tidak dikira yang terlintas di dalam hati.
Hukum
[sunting | sunting sumber]Zihar hukumnya haram. Ini bermakna lelaki yang menziharkan isterinya dikira berdosa kerana mengharamkan perkara yang halal. Perbuatan zihar sekali imbas dapat dilihat seakan-akan ila’ kerana kedua-duanya adalah satu pernyataan untuk tidak bersetubuh dengan isteri dan persetubuhan hanya boleh dilakukan setelah membayar kifarat (denda).
Syarat-syarat zihar
[sunting | sunting sumber]- Suami mestilah seorang yang Muslim dan sudah baligh (mukalaf).
- Hubungan suami-isteri di antara mereka hendaklah masih sah.
- Gaya bahasa (sighah) lafaz yang digunakan oleh suami memang bermaksud untuk menziharkan isteri.
- Perumpamaan yang dikenakan oleh suami kepada isteri secara keseluruhan dirinya atau sebahagian sahaja.
- Persamaan yang disebut di antara isterinya dengan mana-mana perempuan lain yang haram baginya nikah sama ada sementara atau selama-lamanya.
- Persamaan yang disebut membawa makna haramnya hubungan suami-isteri di antara mereka.
Bentuk bentuk Zihar
[sunting | sunting sumber]Zihar terbahagi kepada tiga bentuk iaitu:
- Zihar mutlak seperti kata suami kepada isterinya, “Kamu seperti ibu aku” atau “Hidung kamu seperti hidung ibu aku”.
- Zihar secara taklik seperti kata suami kepada isterinya, “Kalau kamu pakai blouse tu, aku nampak kamu macam adik perempuanku”.
- Zihar sementara seperti kata suami kepada isteri, “Pada bulan puasa, kamu macam ibuku”.
Kesan menutur perkataan sedemikian
[sunting | sunting sumber]Apabila telah berlaku zihar, maka suami diharamkam bersetubuh dengan isterinya kecuali setelah membayar kifarat (denda).
Kifarat bagi zihar
[sunting | sunting sumber]Terdapat tiga jenis kifarat zihar mengikut keutamaan iaitu:
- Membebaskan (memerdekakan ) seorang hamba Muslim.
- Berpuasa dua bulan berturut-turut.
- Memberi makan enam puluh orang miskin dengan secupak beras setiap seorang atau dinilaikan harga makanan tersebut.