Pergi ke kandungan

Zaman Yamato

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sejarah Jepun

Glosari

Zaman Yamato (大和時代, Yamato-jidai) ialah satu zaman dalam sejarah Jepun yang mana kerabat diraja Jepun memerintah negara dari Wilayah Yamato, kini dikenali sebagai Wilayah Nara. Zaman Yamato dibahagi kepada dua iaitu zaman Kofun dan zaman Asuka, yang dipisahkan oleh peristiwa perpindahan ibu kota ke kota Asuka, di wilayah Nara. Sebenarnya, zaman Kofun berupa zaman arkeologi manakala zaman Asuka pula bersejarah.

Walaupun dikatakan adalah dari tahun 250–710 (termasuk zaman Kofun (c 150-538) dan zaman Asuka (538-710)), tarikh permulaan pemerintahan Yamato amat diragui. Keagungan wangsa Yamato menerima tentangan kuat dari kuasa-kuasa lain di seluruh Jepun pada zaman Kofun. Sekurang-kurangnya puak-puak Yamato pasti banyak kelebihannya berbanding puak-puak lain pada abad ke-6.

Pada era Putera Shōtoku pada awal abad ke-7, Jepun menetapkan perlembagaan baru yang mencontohi China sebagai asas. Setelah tumbangnya kerajaan Baekje (660 M), kerajaan Yamato menghantar utusan terus ke istana China, di mana mereka memperoleh kekayaan struktur falsafah dan sosial. Selain tatasusila dan kerajaan, orang Jepun juga menerima guna takwim Cina dan memeluk agama-agama baru dari China, termasuk Konfusianisme dan Taoisme (Onmyō).

Peristiwa

[sunting | sunting sumber]
  • 538: Kerajaan Baekje Korea mengutuskan perwakilan untuk memperkenalkan agama Buddha kepada maharaja Jepun
  • 593: Putera Shōtoku dari puak Soga memerintah Jepun dan menyebarkan agama Buddha
  • 600: Putera Shōtoku menghantar misi pertama Jepun ke China
  • 604: Putera Shōtoku mengeluarkan perlembagaan ala China (Kenpo Jushichijo), berasaskan rukun Confucius, secara de facto mengasas empayar Jepun
  • 605: Putera Shōtoku mengisytiharkan agama Buddha dan Confucius sebagai agama kebangsaan Jepun
  • 607: Putera Shōtoku membina kuil Buddha Horyuji di lembah Asuka
  • 645: Putera Shōtoku diwarisi oleh Maharaja Kotoku yang mengukuhkan kuasa diraja terhadap puak-puak bangsawan (Pembaharuan Taika), lalu menukarkan negeri mereka kepada wilayah