Pergi ke kandungan

Yaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bobioy
Watak BoBoiBoy
Penampilan Yaya dalam BoBoiBoy Musim 2
Kemunculan pertama BoBoiBoy Musim 1, Episod 1 (2011)
Kemunculan terakhir Akan diumumkan...
Disuarakan oleh Nur Sarah Alisya Zainal Rashid (Bahasa Melayu)
Fairuz Arfa Ariff Syah (Bahasa Inggeris Disney Channel dan YouTube)
Menik Diah Sekartaji (Bahasa Indonesia)
Puteri Sabrina Affendy (Bahasa Inggeris Galaxy)
Informasi
Nama panggilanMimi & Siti Zubaidah (BoBoiBoy)
Hanna (Nama Bahasa Inggeris)
Yey Yey (Tok Ngau, Rukawr)
GelaranYaya
SpesiesManusia
JantinaPerempuan
PekerjaanWira
Pelajar di Sekolah Rendah Pulau Rintis
Lans Koperal dalam TAPOPS
KeluargaMakcik Wawa (Ibu)
ToToiToy (Adik Lelaki)
AgamaIslam
KewarganegaraanMalaysia Malaysia

ialah watak dalam animasi BoBoiBoy. Dia ialah rakan BoBoiBoy yang mempunyai keupayaan untuk memanipulasi graviti, yang membolehkan dia untuk mengawal graviti dan terbang.

Selain daripada siri BoBoiBoy, Yaya juga turut tampil dalam siri sedutan ringkas berbentuk tauladan, iaitu Apa Kata Yaya sebagai watak utama dan komik sempalan, Detektif Yaya.

Yaya merupakan orang pertama yang berjumpa dengan BoBoiBoy di Pulau Rintis. Dia bersama Gopal dan Ying telah berkenalan dan mula berkawan dengan BoBoiBoy sejak dia pindah ke situ. Selepas Yaya diberikan Jam Kuasa oleh Ochobot, dia mendapat kuasa terbang dan super kuat. Jadi Yaya bersama kawan-kawannya menggunakan kuasa-kuasa ini untuk melindungi Pulau Rintis daripada ancaman Adu Du di samping membantu masyarakat setempat apabila ada kesusahan.

BOBOIYGRLRXVSORI BABA BABA Di Sekolah Rendah Pulau Rintis, pencapaian akademik dan bukan akademik Yaya amat cemerlang. Oleh itu, dia memegang jawatan ketua kelas 5 Jujur dan presiden kesemua persatuan dan kelab sekolah. Dalam Musim 2, Episod 5, Gopal pernah menjelaskan kepada BoBoiBoy dan Fang mengenai Dinding Kejayaan yang tertera jawatan-jawatan Yaya dengan gambar Yaya sebagai pelajar yang paling dicintai.

Ochobot telah diculik oleh pasukan Tengkotak dengan tujuan menggunakannya untuk mencari Klamkabot, sebuah Sfera Kuasa purba dan berkuasa yang menyembunyikan diri di Bumi. Yaya bersama kawan-kawannya telah berlumba dengan masa untuk menyelamatkan Ochobot dan pada masa yang sama mendedahkan rahsia di sebalik misteri Sfera Kuasa.

Tiga tahun telah berlalu sejak peristiwa yang telah berlaku dalam filem, Yaya kembali ke Pulau Rintis bersama Ying selepas pergi melancong. Kemudian mereka dilantik oleh Cici Ko menjadi Lans Koperal dalam pasukan TAPOPS untuk membantu ahli-ahli lain mencari dan melindungi Power-Power Sphera yang bertaburan di seluruh galaksi, Yaya dan yang lain mengembara di galaksi dan tidak dibenarkan untuk berada di Bumi buat sementara waktu.

Kuasa Manipulasi Graviti

[sunting | sunting sumber]

Disebabkan Ochobot kehilangan sebahagian daripada ingatannya, kuasa Yaya pada mulanya dianggap sebagai terbang dan "super" kuat, tetapi kemudian didedahkan adalah Kuasa Manipulasi Graviti. Dengan kuasa ini, dia boleh menguasai graviti dan melepaskannya, yang memberikannya super kuat yang sebenarnya. Oleh sebab Yaya memanipulasi graviti juga membolehkan dia untuk terbang.

Dalam BoBoiBoy: The Movie, Yaya telah menerima peningkatan ke tahap kedua bagi kuasanya. Peningkatan kuasa ini membolehkan dia mengangkat objek-objek yang lebih berat dengan mengurangkan keberatan sesuatu benda dengan kuasa gravitinya. Dengan kebolehan ini, secara tidak langsung memberikan kuasa yang lebih kuat kepada Yaya untuk bertarung.

BoBoiBoy
Tahap 1
  • Kelajuan Super Sonik: Yaya menambahkan kuasa graviti untuk terbang dengan lebih laju.
  • Tumbukan Padu: Yaya mengumpulkan kuasa graviti di tangannya lalu melepaskannya dengan satu tumbukan terhadap musuhnya dengan pantas.
    • Tumbukan Super Padu: Tumbukan yang dua kali ganda lebih padu berbanding Tumbukan Padu yang biasa.
    • Tumbukan Padu, Bertubi-tubi: Yaya menggunakan Tumbukan Padu untuk menyerang musuh secara bertubi-tubi dengan amat pantas.
    • Tumbukan Padu Maksima: Yaya menumbuk musuhnya dengan pantas yang menyebabkan musuhnya telantun jauh me hadapan. Pertama kali digunakan dalam BoBoiBoy: The Movie.
  • Tumbukan Super Sonik Yaya menambahkan kuasa graviti untuk menumbuk dengan kuasa kombonya dengan kuasa ying.
  • Cakaran Laju: Serangan cakaran laju yang diserang bersama Ying. Digunakan terhadap Raksasa Tidur dalam musim pertama.
  • Tendangan Super Kuat: Dengan menambahkan kuasa graviti pada kakinya, Yaya mampu menendang dengan lebih kuat.
  • Pemberat Graviti: Yaya membuatkan objek menjadi berat dengan kuasa gravitinya.
  • Kuasa Graviti: Yaya menghasilkan graviti berbentuk seperti bola untuk mengurung musuh.bola graviti itu boleh dimanipulasikan jisimnya sama ada diringankan atau diberatkan.
  • Kuasa Angkatan Graviti: Yaya menggunakan ini untuk mengangkat sesuatu objek yang besar Dan berat. Ia digunakan pada episod 23.
  • Tumbukan Bertubi-tubi: Yaya mengumpulkan kuasa graviti di tangannya lalu menumbuk musuhnya secara bertubi-tubi. Pertama kali digunakan dalam BoBoiBoy: The Movie.
Tahap 2
  • Hempasan Graviti Maksima: Setelah mendapat tingkatan kuasa daripada Ochobot, Yaya menyelubungi musuhya dengan kuasa gravitinya lalu di angkat ke atas sebelum dihempaskannya dengan kelajuan maksima ke bawah tanah.
Kuasa Kombo
  • Gerakan Kombo Y & Y: Gerakan kombo yang dilakukan bersama Ying yang dimulakan dengan Kuasa Graviti Pemberat ke atas tanah sambil Ying menggunakan Larian Laju pada pusat kuasa Yaya untuk mengumpulkan tenaga Dan megabungkan kuasa mereka, kemudian Yaya melepaskan Ying dengan Serangan Kombo Laju dan Padu kemudian diakhiri dengan Ying menerjah musuh berulang-ulang kali.
    • Graviti Pemberat: Yaya menggunakan kuasa ini untuk memberatkan musuh.
    • Serangan Kombo Laju dan Padu: Yaya melepaskan graviti pemberat yang laju dan padu kepada Ying, yang akan menambahkan kepantasan larian Ying.
  • Serangan Kombo Y & Y: Serangan kombo yang dilakukan bersama Ying yang dimulakan oleh Ying yang memusingkan Yaya dengan Pusingan Laju-laju yang melancarkan Yaya ke arah musuh dengan menambah kuasa yaya dan kelajuan yang sangat laju, diikuti oleh Yaya menumbuk musuh dengan Tumbukan Super Sonik dan Ying menerjah musuh dengan Tendangan Seribu Laju.
BoBoiBoy Galaxy
  • Apungan Graviti/Kuasa Apungan Graviti: Yaya mengapungkan sesuatu di udara yang bertujuan sama ada untuk menghentikan serangan musuh ataupun menyelamatkan kawannya.
  • Hempasan Graviti: Yaya menyelubungi musuhya dengan kuasa gravitinya lalu mengangkatnya ke atas sebelum dihempaskan semula dengan kelajuan normal ke bawah. Kuasa ini hampir sama dengan kuasa lamanya, Hempasan Graviti Maksima.
  • Kenderaan - Skuter: Sebuah kenderaan istimewa yang diberikan oleh MotoBot yang menyerupai skuter.
    • Tolakan Graviti: Yaya mengumpulkan kuasa graviti pada kenderaannya, lalu menyerang musuh dengan laju.
    • Mampatan Graviti: Yaya menghasilkan bebola graviti yang akan menarik musuhnya seperti magnet lalu terbentuknya sebuah bola bagi mencegah pergerakan daripada musuhnya.
  • Apungan Kertas: Yaya mengapungkan beberapa helai kertas di sekelilingnya sewaktu menjawab ujian untuk mengelakkan rakannya meniru.
  • Tolakan Graviti: Yaya mengapungkan semua batu di sekelilingnya, lalu melepaskan kuasa graviti dengan menolak batu-batu itu secara bergilir ke arah musuh.ia digunakan pada episod 10.
  • Tumbukan Padu: Yaya mengumpulkan kuasa graviti di tangannya sebelum melepaskannya dengan satu tumbukan terhadap sasarannya dengan padu. Ia telah menjadi kuasa utama Yaya sebagai kuasa yang paling banyak digunakan, kadang-kadang diserang bersama kuasa Ying.
  • Tolakan Padu: Kuasa ini digunakan dalam BoBoiBoy Galaxy: Kemunculan Lagenda.
  • Graviti Pemberat: Yaya mengumpulkan kuasa gravitinya ke arah sasaran lalu memberatkan mereka pada pusat kuasa graviti yaya.
  • Smash Padu: Yaya mengumpulkan kuasa graviti di tangannya lalu terus melepaskannya dengan tamparan padu pada bola tampar.
  • Lantunan Graviti: Yaya membentuk piring graviti untuk melantunkan semula bola tampar ke udara.
  • Graviti Peringan: mungkin yaya menghasilkan bebola graviti dengan jisim yang ringan menyebabkan bola graviti itu terapung Dan dikawal oleh yaya untuk mengangkat sesuatu objek. Ia digunakan pada episode 23 ketika yaya ingin mengangkat gopal Dan papa Zola.
  • Serangan Graviti: mungkin yaya mengangkat sesuatu objek untuk menyerang musuh me sasarannya.

Lain-lain

[sunting | sunting sumber]
  • Sut Lanun: Yaya memakai pakaian pencuci kapal angkasa lanun untuk menyertai operasi penyamaran Kapten Kaizo di Koloni Lanun Angkasa.
Fail:Yayayah.png
Yaya dalam BoBoiBoy: The Movie.

Yaya sering berpakaian serba merah jambu. Bajunya berlengan merah jambu yang panjang, berjalur putih dan merah jambu yang menegak. Di atas bajunya, dia memakai anak baju yang berwarna kuning dan berlukisan bunga merah tersenyum. Yaya memakai tudung merah jambu yang berbunga kuning, mempunyai tanda berbentuk mulut di bahagian tepi atas kepalanya, dan beralaskan sepasang gogel. Dia juga berseluar merah pulasan.

Dalam musim kedua, gayanya tidak banyak berubah tetapi dia memakai pin tudung berbentuk bunga di tepi tudungnya. Dia memakai tali pinggang berkepit, tudungnya telah diubah suai sedikit. Poligon Yaya semakin banyak dan menjadikan wataknya semakin lembut. Kasutnya juga telah diubah suai sedikit.

Dalam musim ketiga pula, dia tidak lagi memakai pin tudungnya di tepi tetapi sebaliknya di tepi gogelnya dan memakai gogel merah jambu. Tudung Yaya pula berada di luar bajunya seperti selendang pendek dan lengan bajunya semakin singkat. Yaya juga memakai kasut merah jambu dan sedikit kelabu. Poligon Yaya juga semakin bertambah sejak musim kedua.

Dalam BoBoiBoy Galaxy, Yaya mempunyai lengan panjang berwarna merah jambu pada blaus putih dan bertali pinggang kuning dengan beg kecil yang dihiasi dengan bunga yang tergantung di pinggang kanannya, berseluar merah jambu yang gelap dan berkasut putih dan merah jambu gelap. Gaya tudungnya juga berubah dan gogelnya kini berwarna kuning.

Mengikut konsep asal, Yaya tidak bertudung penuh, sebaliknya memakai skarf kepala (yang juga bergogel) dan terdedah rambut jambul pepat di hadapan dan ekor kuda di belakang. Bajunya berwarna merah terang dan kuning tetapi kasutnya tetap sama seperti kasutnya pada musim pertama.

Perwatakan

[sunting | sunting sumber]

Yaya adalah seorang gadis yang manis, mesra dan ceria, tetapi mudah kecil hati. Dia juga seorang budak perempuan yang prihatin dan selalu memberi nasihat kepada kawan-kawannya dan orang lain tidak kira dalam apa-apa situasi pun. Dia juga suka menolong orang dan tidak suka apabila kawan-kawannya menolak pertolongannya. Yang paling kurang menyenangkan orang, Yaya suka membuat biskut tetapi biskut-biskut yang dibuatnya tidak sedap dimakan. Walaupun begitu, kawan-kawannya tidak wajar membidas ketidaksedapan biskut Yaya supaya Yaya tidak naik berang, tambahan lagi selepas dia mendapat kuasa yang kuat daripada Ochobot.

Sebagai ketua kelas di sekolah, Yaya menunjukkan sikap tegasnya tanpa rasa takut atau berat sebelah dalam mendenda pelajar yang melanggar peraturan disiplin sekolah, baik pelajar biasa ataupun kawan baiknya sendiri. Dia juga tidak akan mengaku kalah dalam persaingannya terhadap Ying untuk mendapat nombor satu dalam setiap ujian dan peperiksaan.

Jenaka yang berterusan adalah ketidakmampuan Yaya untuk membuat kuki dan biskut yang boleh dimakan, di mana dia menjadi kecewa apabila rakan dan orang lain mengelak daripada memakan biskutnya. Dia seolah-olah tidak faham mengapa kue-kue itu tidak dimakan tetapi tidak terangsang apabila orang 'menikmati' penyajiannya.

Semasa dia terkena Pistol Emosi Y, dia memiliki bersifat geli hati, seperti kanak-kanak, dan dia memiliki tabiat yang sering gelak tak henti-henti.

Semasa dia dipengaruhi oleh EmotiBot, dia, bersama dengan Ying, berubah menjadi orang yang suka menari sambil memberikan saran kepada BoBoiBoy dan kawan-kawan.

  • Jenis darah Yaya ialah A.
  • Yaya suka membuat eksperimen dengan berbagai-bagai resepi biskut, tetapi dia tidak pernah merasa biskutnya sendiri.
  • Walaupun dia tidak dapat membuat biskut, dia dapat memasak makanan yang boleh dimakan selain biskut.
  • Dalam Buku Detektif Yaya 1, Suzy mendedahkan bahawa dia adalah peminat setia Yaya.
  • Menurut surat peminat BoBoiBoy, genre kegemaran Yaya adalah aksi.
  • Surat peminat mendedahkan bahawa Yaya sudah tahu rasa kuenya tetapi dia enggan menerima bahawa mereka rasa mengerikan.
  • Dalam Buku Detektif Yaya 5, apabila Yaya menangkap selesema, setiap bersin membuat gempa bumi, yang hampir menghancurkan Sekolah Rendah Pulau Rintis semasa peperiksaannya, dan Ochobot adalah orang yang mengeluarkan jam tangan sebelum keadaan semakin buruk.
  • Dia mempunyai plushie kusyen bersama BoBoiBoy, Cattus dan Ochobot[1].
  • Warna kegemarannya berwarna merah jambu tetapi ia mendedahkan bahawa dia juga suka kuning.
  • Yaya mempunyai garisan lintang yang membezakannya di antara 'keayuan comel molek' dan 'ketegasan singa garang'. Menurut cerita Gopal, sebelum Yaya melepasi garisan pagar sekolah, dia akan kelihatan lemah-lembut bagai ayu comel molek, tetapi selepas sahaja Yaya melepasi garisan pagar sekolah, sifatnya terus berubah menjadi garang dan tegas yang langsung tidak memberikan peluang bagai ketegasan singa garang.
    • Ini juga menunjukkan bahawa Yaya merupakan watak pertama yang mempunyai lebih dari satu personaliti. Yang kedua ialah Tarung.
  • Dalam versi alih suara bahasa Inggeris di YouTube (bukan Disney Channel), nama Yaya ditukar kepada "Hanna". Dalam kredit Musim 1, Episod 3, dia tidak dilihat memakai tudungnya, hanya cermin mata beliau. Rambutnya kelihatan pendek, bergelombang dan coklat (Tiada sebab yang jelas diberikan atas hal ini).
    • Walau bagaimanapun, dalam versi Disney Channel Musim 3, Episod 23, hijab Yaya hilang manakala Ying menjelaskan tentang kesan rumah hijau, ini menandakan penampilan pertama rambut Yaya dalam episod sebenar, walaupun ini adalah kesilapan.
  • Yaya mendapatkan peringkat ke-6 dalam BoBoiBoy: Watak-Watak Terkuat.
  • Yaya mempunyai akaun Instagram bersama-sama dengan BoBoiBoy dan Papa Zola.[2]
  • Dalam Jiran Terbaik!, ia ditunjukkan bahawa Yaya mempunyai telefon bimbit.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]