Pergi ke kandungan

Tulisan pepaku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pepaku (Kuneiform)
Fail:Prasasti tiga bahasa oleh Xerxes, Van, 1973.JPG
Prasasti pepaku tiga bahasa oleh Xerxes di Kubu Van, Turki, ditulis dalam bahasa-bahasa Parsi Lama, Akkadia, dan Elam
Jenis tulisan dan kesukukataan
Tempoh masa
c. abad ke-31 SM ke abad pertama M
Arah tulisanLeft-to-right Sunting ini di Wikidata
Bahasa-bahasaAkkadia, Ebla, Elam, Hatti, Het, Hurri, Luwi, Sumeria, Urartu, Parsi Lama
Tulisan berkaitan
Sistem tulisan induk
(Prototulisan)
  • Pepaku (Kuneiform)
Sistem tulisan turunan
tiada;
mempengaruhi bentuk Ugarit
tampak mengilhami tulisan Parsi Lama
ISO 15924
ISO 15924Xsux (), ​Templat:ISO 15924 name
Unikod
Alias Unikod
Cuneiform
U+12000 to U+123FF (Pepaku Sumer-Akkadia)
U+12400 to U+1247F (Angka-angka)
 Laman ini mengandungi transkripsi fonetik dari Abjad Fonetik Antarabangsa (AFA). Untuk panduan pengenalan simbol-simbol AFA, sila lihat Bantuan:AFA. Untuk membezakan antara simbol [ ], / / dan ⟨ ⟩, sila lihat IPA § Tanda-tanda kurung dan pembatas-pembatas transkripsi.

Tulisan pepaku, tulisan baji atau kuneiform merupakan antara sistem tulisan terawal yang diketahui dalam sejarah. Ia dikenali dengan aksara-aksara berupa baji yang ditulis dengan gedabung tumpul di atas batu bersurat daripada tanah liat. Istilah "kuneiform" bermaksud "bentuk baji" daripada bahasa Latin iaitu cuneus "baji" dan forma "bentuk", dan mungkin dilariskan dari cunéiforme dalam bahasa Perancis Lama.

Tulisan pepaku mula-mula tercipta di Sumer pada akhir alaf keempat SM (iaitu zaman Uruk IV) sebagai suatu sistem piktograf. Pada alaf ketiga SM, aksara-aksara perlambangannya menjadi dipermudah dan lebih mujarad dengan berkurangannya bilangan aksara dari kira-kira 1,000 pada awal Zaman Gangsa ke sekitar 400 pada lewat Zaman Gangsa (pepaku Het). Tulisan pepaku terdiri daripada gabungan lambang-lambang logofonetik (perlambangan campur sebutan), huruf konsonan dan suku kata.[1]

Tulisan Sumer yang asal ini bukan hanya disesuaikan untuk penulisan bahasa-bahasa Akkadia, Ebla, Elam, Hatti, Het, Hurri, Luwi, dan Urartu, bahkan juga mengilhami abjad-abjad Ugarit dan Parsi Lama. Tulisan pepaku beransur-ansur digantikan oleh abjad Phoenicia sewaktu Empayar Neo-Assyria. Menjelang abad ke-2 M, tulisan pepaku sudah pupus, maka hilanglah segala pengetahuan tentang pembacaan dan penulisannya sehingga ia ditafsir pada abad ke-19.

Dianggarkan dari setengah juta[2] hingga dua juta keping batu bersurat pepaku telah ditemui pada zaman moden. Daripada itu, hanya kira-kira 30,000[3] ke 100,000 keping telah ditafsir atau diterbitkan. Muzium British menyimpan koleksi terbesar iaitu kira-kira 130,000 keping, diekori oleh Muzium Timur Dekat Berlin, Louvre di Paris, Muzium Arkeologi Istanbul, Muzium Kebangsaan Iraq, Koleksi Babylon Yale (kira-kira 40,000) dan Muzium Penn. Kebanyakannya telah "terbiar dalam koleksi-koleksi ini selama seabad tanpa diterjemah, dikaji atau diterbitkan,"[2] kerana di dunia ini hanya ada beberapa ratus orang pentafsir pepaku yang berkelayakan.[3]

Sistem tulisan pepaku digunakan selama tiga alaf, melalui beberapa peringkat perkembangan, dari abad ke-34 SM hingga abad ke-2 Masihi.[4] Akhirnya ia digantikan sepenuhnya oleh tulisan abjad (yang difahami umum) ketika zaman Rom, dan kini tidak terdapat sebarang sistem tulisan pepaku dalam kegunaan umum. Sistem pepaku terpaksa ditafsir sebagai sistem tulisan yang asing sekali dalam bidang "Asiriologi" abad ke-19. Kejayaan mentafsir tulisan pepaku sepenuhnya bertarikhkan tahun 1857.

Sistem tulisan pepaku telah melalui perubahan-perubahan ketara sepanjang dua alaf lebih. Gambarajah di bawah memaparkan perkembangan aksara SAG "kepala" (Borger nr. 184, U+12295 𒊕).

Peringkat:

  1. rupa asal piktogram yangdilukis sekitar tahun 3000 SM
  2. piktogram yang 'diputarkan' sekitar tahun 2800 SM
  3. aksara yang dimujaradkan pada prasasti tugu sekitar tahun 2600 SM
  4. aksara yang sama terlakar pada tanah liat, sezaman dengan peringkat 3
  5. mewakili lewat alaf ke-3 SM
  6. mewakili duktus Assyria Lama awal alaf ke-2, seperti yang diterima guna dalam tulisan Het
  7. bentuk dipermudah yang digunakan oleh katib-katib Assyrian pada awal alaf pertama SM hingga kepupusan sistem tulisan ini.

Zaman proto-celik huruf

[sunting | sunting sumber]
Prasasti Sumeria bercorak tugu, sekitar abad ke-26 SM

Tulisan pepaku yang sebenar-benarnya berkembang daripada prototulisan yang berupra piktograf pada lewat alaf ke-4 SM. Zaman "proto-celik huruf" Mesopotamia lebih kurang dari abad ke-35 ke ke-32 SM. Catatan-catatan terawalnya sudah pasti tertulis dalam bahasa Sumeria yang bertarikhkan sekitar abad ke-31 SM, ditemui di Jemdet Nasr.

Asalnya, piktograf dilukis pada batu bersurat daripada tanah liat di atas tiang mencancang dengan alat tulis buatan gedabung, ataupun terpahat pada batu. Rupa bentuk terpurba ini belum ada coret-coret seakan baji.

Lambang-lambang tertentu yang menyatakan nama-nama dewa, negara, kota, kapal, burung, pokok dan sebagainya dikenali sebagai penentu, malah merupakan lambang-lambang dalam tulisan Sumeria mengenai istilah-istilah berkenaan yang ditambah sebagai panduan untuk pembacanya. Kata nama khas masih ditulis secara "logograf" semata-mata.

Raja Sumer terawal diketahui yang namanya terdapat pada batu-batu bersurat pepaku sezaman adalah Enmebaragesi dari Kish. Catatan-catatan yang masih wujud hanya beransur-ansur kurang berpecah-pecah dan lebih lengkap dalam pemerintahan-pemerintahan berikutnya, tetapi menjelang akhir zaman pra-Sargon (lewat alaf ke-3), adalah amalan kebiasaan bagi setiap negara kota utama untuk mentarikhkan catatan-catatan dengan nama-nama tahun yang memperingati bakti-bakti rajanya.

Mulai sekitar 2900 SM, kebanyakan piktografnya mula kehilangan fungsi asalnya, maka sesuatu aksara mungkin pelbagai maknanya bergantung pada konteks. Peraksaraan berkurangan dari 1,500 ke sekitar 600 aksara, malah penulisan menjadi semakin berasaskan sebutan. Aksara-aksara penentu diperkenalkan semula untuk mencegah kekaburan makna. Maka penulisan pepaku yang sebenar-benarnya timbul daripada sistem piktograf yang lebih primitif sekitar zaman berkenaan (Awal Zaman Gangsa II).

Pepaku terpurba

[sunting | sunting sumber]
Surat yang dihantar oleh pendeta luhur Lu'enna kepada raja Lagash (barangkali Urukagina) untuk mengkhabarkan kematian putera baginda dalam perang, sekitar 2400 SM, ditemui di Telloh (Girsu purba).

Pada pertengahan alaf ke-3 SM, arah penulisan berubah kepada kiri-ke-kanan dalam baris-baris mendatar (maka kesemua piktograf dipusingkan 90° ke arah lawan jam), bahkan alat tulis bermata baji digunakan untuk menekan tanah liat untuk menghasilkan huruf-huruf berbentuk baji (kuneiform); kedua-dua perkembangan ini mempercepat dan mempermudah penulisan. Dengan melaraskan kedudukan relatif batu bersurat kepada alat tulis, si penulis boleh menggunakan hanya satu alat untuk menjadikan banyak gambaran.

Batu-batu bersurat pepaku boleh dibakar dalam tanur untuk mengawet catatan berkekalan, ataupun dikitar semula jika kekekalan tidak diperlukan. Kebanyakan batu bersurat pepaku yang ditemui oleh pengkaji purba adalah diawet kerana dibakar ketika tentera penceroboh membakar bangunan yang menyimpannya.

Tulisan pepaku juga laris digunakan pada prasasti-prasasti peringatan dan ukiran-ukiran cetak timbul untuk mengabadikan pencapaian pemerintah yang ditahbisi tugunya.

Bahasa lisannya terdiri daripada banyak bunyi sebutan yang saling mirip, malah pada mulanya kata-kata yang mirip sebutannya seperti "kehidupan" [til] dana "anak panah" [ti] dihuraikan dengan menulis aksara yang sama. Setelah Mesopotamia Selatan ditawan oleh bangsa Semit, sesetengah aksara beransur-ansur berubah rupa dari piktogram kepada silabogram (huruf suku kata), barangkalinya untuk memperjelas tulisan. Oleh demikianlah aksara "anak panah" menjadi lambang untuk sebutan "ti". Jika sesebuah bunyi sebutan memaksudkan pelbagai perkataan, maka kesemua makna itu diberi aksara yang berbeza-beza. Contohnya, sebutan "gu" ada 14 aksara berbeza. Perkataan yang serupa makna tetapi sangat berbeza sebutannya ditulis dengan lambang yang sama. Contohnya, "gigi" [zu], "mulut" [ka] dan "suara" [gu] ketiga-tiganya dieja dengan lambang "suara". Demi lebih kejituan, orang mula membubuh atau menggabungkan aksara untuk memperhalusi maknanya, dengan corak-corak geometri mahupun satu lagi aksara pepaku.[5]

Lama-kelamaan tulisan pepaku bertambah rumit dan perbezaan antara piktogram dan silabogram menjadi kabur. Sesetengah lambang terlalu banyak maknanya hingga sukar untuk memperjelas maksud. Oleh itu, aksara-aksara dicantumkan untuk menandakan kedua-dua sebutan dan erti kata jamaknya. Contohnya, "burung gagak" [UGA] sama logogramnya dengan "sabun" [NAGA] "nama bandar" [ERESH] dan "dewi penaung Eresh" [NISABA]. Dua pelengkap sebutan digunakan untuk menentukan sebutan [u] sebelum logogram berkenaan dan [ga] selepasnya. Akhirnya lambang "burung" [MUSHEN] dibubuhkan untuk memastikan ketepatan makna. Bahasa Sumeria bertulis digunakan sebagai bahasa tulisan yang terpelajar hingga abad pertama Masihi. Bahasa lisannya pupus sekitar abad ke-18 SM.[5]

Pepaku Akkadia

[sunting | sunting sumber]

Tulisan pepaku kuno diterima pakai oleh masyarakat Akkadia mulai sekitar tahun 2500 SM, dan menjelang tahun 2000 SM ianya telah berevolusi kepada pepaku Assyria Lama dengan banyak pengubahsuaian kepada ortografi Sumeria. Padanan-padanan Semitik untuk kebanyakan aksara terherot atau dipendekkan untuk membentuk nilai-nilai "fonetik" baru kerana sifat pepaku kesukukataan yang ditentukan oleh bangsa Sumer tidak intuitif untuk penutur bahasa Semitik. Pada peringkat ini, bekas-bekas piktogram ini berubah menjadi sangat mujarad dan terdiri daripada hanya lima bentuk coret asas, iaitu mengufuk, tegak, dua pepenjuru dan Winkelhaken yang ditekankan secara menegak oleh hujung alat tulis. Aksara-aksara yang mencontohkan coret-coret asas ini adalah:

  • AŠ (B001, U+12038) 𒀸: mengufuk;
  • DIŠ (B748, U+12079) 𒁹: tegak;
  • GE23, DIŠ tenû (B575, U+12039) 𒀹: pepenjuru menurun;
  • GE22 (B647, U+1203A) 𒀺: pepenjuru menaik;
  • U (B661, U+1230B) 𒌋: Winkelhaken.

Kecuali Winkelhaken yang tidak berekor, kepanjangan ekor coret mungkin berbeza-beza seperti yang dikehendaki untuk membentuk aksara.

Aksara yang serong sekitar 45 darjah dipanggil tenû dalam bahasa Akkad, maka DIŠ adalah coret tegak dan DIŠ tenû pula pepenjuru. Jika aksara diubah suai dengan ditambah coret, maka dipanggilnya gunû atau "gunifikasi;" jika aksara disilangi dengan ditambah Winkelhaken, maka namanya šešig; jika aksara diubah suai dengan gugurnya coret sebanyak mana pun, maka namanya nutillu.

Sepucuk surat Amarna, abad ke-14 SM
Huruf kembar Neo-Assyria KAxGUR7 (𒅬); aksara KA (𒅗) merupakan penanda jamak Sumeria yang sering terdapat dalam huruf kembar yang memagari aksara lain. GUR7 sendiri pun adalah huruf kembar SÍG.AḪ.ME.U yang bererti "menimbunkan; timbunan bijian" (kamāru; karû dalam bahasa Akkadia).

Aksara-aksara "biasa" mempunyai dalam lima ke sepuluh coret, sementara huruf-huruf kembar yang rumit boleh terdiri daripada 20 coret ke atas (namun tidak semestinya jelas sama ada huruf kembar seharusnya dianggap sebagai satu aksara ataupun dua aksara yang terkolasi tetapi tetap berasingan); contohnya huruf kembar KAxGUR7 ada 31 coret.

Kebanyakan adaptasi pepaku lewat zaman mengekalkan beberapa ciri-ciri tulisan Sumeria. Tulisan bahasa Akkadia menyertakan aksara-aksara fonetik dari kesukukataan Sumeria, termasuklah logogram yang dilafaz sebagai perkataan penuh. Kebanyakan aksara dalam tulisan itu adalah "polivalen", iaitu menandakan silabik dan logografik. Kerumitan sistem ini menyerupai Bahasa Jepun Lama yang ditulis dengan aksara Cina, yang mana sesetengah aksara Cina digunakan sebagai logogram dan sesetengah lagi sebagai aksara fonetik.

Pepaku Assyria

[sunting | sunting sumber]

Kaedah penulisan "campur" ini diteruskan hinggalah berakhirnya empayar-empayar Babylonia dan Assyria, walaupun terdapat beberapa ketika apabila "keaslian" menjadi ikutan dan orang cenderung mengeja kata-kata dengan seolah-olah dipaksa-paksa daripada menggunakan aksara-aksara dengan pelengkap fonetik. Namun begitu pada zaman itu, abjad suku kata Babylon tetap merupakan campuran tulisan logografik dan fonemik.

Tulisan pepaku Het diadaptasikan daripada pepaku Assyria Lama sekitar 1800 SM kepada bahasa Het. Ketika tulisan pepaku diadaptasikan untuk menulis bahasa Het, ditambahnya selapis ejaan logografik Akkadia kepada tulisan berkenaan, maka banyak perkataan Het yang sering dieja dengan logogram kini tidak diketahui sebutannya.

Pada Zaman Besi (sekitar abad ke-10 ke ke-6 SM), pepaku Assyria dipermudah lagi. Sejak abad ke-6 SM, bahasa Assyria dipinggirkan oleh bahasa Aramia yang ditulis dalam abjad Aramia, namun pepaku Neo-Assyria kekal digunakan dalam tradisi sastera hinggalah zaman Parthia (250 SM - 226 M). Catatan pepaku terakhir yang diketahui, iaitu sastera ilmu falak dikarang pada tahun 75 M.[6]

Keturunan

[sunting | sunting sumber]

Kerumitan sistem tulisan pepaku mencetuskan penciptaan beberapa versi dipermudahnya. Bahasa Parsi Lama ditulis dalam subset aksara pepaku dipermudah yang kini bergelar tulisan pepaku Parsi Lama. Terbentuknya abjad suku kata separa alfabetik yang menggunakan jauh kurang coret daripada bahasa Assyria, di samping sebilangan kecil logogram untuk kata-kata yang kerap digunakan seperti "dewa" dan "raja". Bahasa Ugarit ditulis dengan abjad Ugarit yang berupa abjad ala Semitik yang ditulis dengan pepaku.

Pentafsiran

[sunting | sunting sumber]

Selama berabad-abad, para kelana ke Persepolis (di Iran masa kini) telah menemui dan mengagumi catatan-catatan ukiran pepaku.[7] Usaha-usaha untuk mentafsir tulisan Parsi Lama bermula daripada para sejarawan Arab/Parsi di dunia Islam Zaman Pertengahan, namun rata-rata tidak berhasil.[8]

Pada awal abad ke-15, Barbero dari Venezia menjelajahi tinggalan kuno di Timur Tengah lalu kembali dengan khabar mengenai tulisan-tulisan aneh yang ditemuinya terukir pada batu-batu kuil Shiraz dan banyak batu bersurat.

Pada 1625, Pietro Della Valle si kelama dari Rom pulang dari Mesopotamia dan Parsi dengan batu bersurat yang bertulisan huruf-huruf pepaku yang ditemuinya di Ur, dan juga salinan lima aksara yang ditemuinya di Persepolis. Della Valle memahami bahawa tulisan itu harus dibaca dari kiri dan kanan mengikut arah coret-cotenya. Bagaimanapun beliau tidak cuba mentafsirkan tulisan-tulisan tersebut.

Sir Thomas Herbert dari Inggeris dalam edisi 1634 buku melancongnya A relation of some yeares travaile (Kisah bertahun-tahun berkelana) mengkhabarkan di Persepolis terdapat ukiran dinding yang berbentuk “berbelas-belas baris huruf-huruf aneh…terdiri daripada bentuk-bentuk miring, segi tiga dan piramid” dan menyangka ia menyerupai huruf-huruf Yunani. Dalam edisi 1664 buku berkenaan, Herbert menyiarkan sesetengah tulisan berkenaan dan berpendapat bahawa ianya ‘boleh dibaca dan difahami’ dan oleh itu boleh ditafsir. Beliau juga meneka betul bahawa tulisan itu bukanlah huruf mahupun hieroglif, sebaliknya kata-kata dan suku-suku kata, malah perlu dibaca dari kiri ke kanan.[7]

Carsten Niebuhr membawakan salinan-salinan terawal yang cukup lengkap dan tepat daripada prasasti-prasasti Persepolis ke Eropah.[7] Biskop Friedrich Münter dari Copenhagen mendapati bahawa kata-kata dalam prasasti Parsi itu saling dibahagikan oleh suatu pepaku miring, bahkan tugu-tugunya pasti tergolong dalam zaman pemerintahan Cyrus dan waris-warisnya. Sepatah kata yang terdapat tanpa sebarang kelainan bentuk kepada pembukaan setiap prasasti tepat disimpulkan oleh Münter dengan maksud "raja".[7] Menjelang 1802, Georg Friedrich Grotefend telah menentukan bahawa dua nama raja yang tertulis adalah Darius dan Xerxes (tetapi dalam ejaan Parsi Lama asalnya yang belum diketahui ketika dan dan oleh itu terpaksa diduga), malah dapat menentukan nilai-nilai huruf yang betul pada aksara-aksara pepaku yang membentuk dua nama tersebut.[9] Walaupun Memoir Grotefend disampaikan kepada Akademi Göttingen pada 4 September 1802, namun pihak Akademi enggan menerbitkannya. Akhirnya ia diterbitkan dalam kerja-kerja Heeren pada tahun 1815, tetapi terabai oleh kebanyakan penyelidik ketika itu.[10]

Pada 1836, ilmuwan Perancis tersohor Eugène Burnouf mendapati bahawa prasasti pepaku yang pertama diterbitkan oleh Niebuhr mengandungi senarai wilayah-wilayah kekuasaan satrap-satrap Darius. Dengan pembayang ini dalam tangannya, beliau mengenal pasti dan menerbitkan abjad 30 huruf pepaku yang rata-rata ditafsirnya dengan betul.[7][11][12]

Sebulan sebelum itu, sabahat dan anak didik Burnouf iaitu Profesor Christian Lassen dari Bonn juga telah menerbitkan karya mengenai Die altpersischen keil-inschriften von Persepolis (Prasasti-Prasasti Bebaji Parsi Lama dari Persepolis).[12][13] Lassen dan Burnouf sering saling berhubungan, malah hujah Lassen bahawa dirinya sendiri telah mengesan nama-nama wilayah kekuasaan satrap tersebut dan oleh itu memperbetul nilai-nilai aksara Parsi berkenaan menerima kecaman hebat. Menurut Sayce, walau apa pun kewajipannya kepada Burnouf, sumbangan-sumbangan Lassen kepada pentafsiran prasasti tersebut adalah banyak dan penting. Beliau berjaya memperbetul nilai-nilai sebenar kesemua huruf dalam abjad Parsi, menterjemahkan catatan-catatannya, dan membuktikan bahawa bahasanya bukanlah Zend, tetapi umpama saudara kepada Zend dan Sanskrit.[7]

Sementara itu, pada tahun 1835, seorang pegawai tentera Syarikat Hindia Timur Inggeris bernama Henry Rawlinson melawat Prasasti Behistun di Parsi. Terukir pada zaman pemerintahan Raja Darius (522–486 SM), ianya terdiri daripada tulisan-tulisan serupa dalam tiga bahasa rasmi empayar purba berkenaan, iaitu bahasa Parsi Lama, bahasa Babylonia, dan bahasa Elam. Prasasti Behistun kepada pentafsiran tulisan pepaku umpama Batu Rosetta kepada pentafsiran hieroglif Mesir.[14]

Rawlinson membuat kesimpulan tepat bahawa bahasa Parsi Lama merupakan tulisan fonetik, malah berjaya mentafsirnya. Pada tahun 1837, beliau menyiapkan salinannya untuk Prasasti Behistun lalu menghantar terjemahan rangkap-rangkap pembukaannya kepada Royal Asiatic Society. Bagaimanapun, sebelum rencananya hendak diterbitkan, Rawlinson menerima kerja-kerja Lassen dan Burnouf lalu terpanggil untuk menyemak rencananya dan menangguhkan penerbitannya. Kemudian datangnya punca-punca penangguhan yang lain. Pada 1847, bahagian pertama Memoir Rawlinson diterbitkan; bahagian kedua hanya keluar pada 1849.[15][nb 1] Maka usaha pentafsiran pepaku Parsi telah sedikit sebanyak mencapai kejayaan.[7]

Setelah menterjemahkan tulisan Parsi itu, Rawlinson mula mentafsir yang selebihnya; begitu juga dengan Edward Hincks, ahli Asiriologi dari Ireland yang bekerja berasingan dengan beliau. (Teknik-teknik sebenar yang digunakan untuk mentafsirkan bahasa Akkadia tidak pernah sesekali diterbitkan sepenuhnya; Hincks memerikan bagaimana beliau memperoleh nama-nama khas yang sudah boleh dibaca dalam bahasa Parsi yang tertafsir itu sementara Rawlinson langsung tidak berkata apa-apa, maka adalah diandaikan bahawa Rawlinson senyap-senyap menciplak kerja Hincks.[16]) Rawlinson dan Hincks banyak dibantu oleh penemuan kota Nineveh oleh Paul Émile Botta pada 1842. Antara khazanah yang ditemui oleh Botta adalah tinggalan perpustakaan Assurbanipal, iaitu arkib diraja yang mengandungi berpuluh-puluh ribu batu bersurat tanah liat bakar dengan catatan-catatan pepaku.

Sekitar 1851, Hincks dan Rawlinson dapat membaca 200 aksara Babylon. Mereka disertai oleh dua orang lagi pentafsir, iaitu ilmuwan muda kelahiran Jerman bernama Julius Oppert dan Orientalis British serba boleh William Henry Fox Talbot. Pada 1857, mereka berempat bertemu di London dan menyertai sebuah uji kaji terkenal yang menduga ketepatan tafsiran masing-masing. Edwin Norris sebagai setiausaha Royal Asiatic Society memberi mereka seorang senaskhah salinan prasasti yang baru ditemui dari zaman pemerintahan Maharaja Tiglath-Pileser I dari Assyria. Sebuah juri pakar-pakar dihimpunkan untuk memeriksa hasil terjemahan dan menilai ketepatannya. Di kesemua ciri-ciri terpenting, hasil terjemahan keempat-empat ilmuwan itu didapati saling bertepatan, namun sudah tentu ada perbezaan yang kecil-kecil. Talbot yang kurang berpengalaman telah melakukan beberapa kesilapan, manakala terjemahan Oppert mengandungi beberapa rangkap meragukan yang dianggap oleh juri sebagai berpunca daripada ketidakfasihan Oppert dalam bahasa Inggeris. Apapun, terjemahan Hincks dan Rawlinson saling amat bertepatan dari pelbagai segi. Maka juri mengumumkan rasa puas hati dan pentafsiran pepaku Akkadia diputuskan sebagai fait accompli.

Di awal-awal usaha pentafsiran pepaku, yang paling sukar adalah membaca nama khas. Namun demikian, kini lebih senang difahaminya prinsip-prinsip di sebalik pembentukan dan sebutan ribuan nama yang terdapat dalam catatan sejarah, surat-surat perniagaan, tulisan nazar, terbitan sastera dan surat-surat perundangan. Cabaran utamanya datang daripada penggunaan logogram Sumeria lama yang tidak fonetik dalam bahasa-bahasa lain yang berbeza sebutan untuk satu persatu aksara yang sama. Sehinggalah lafazan sebenar ditentukan melalui rangkap-rangkap selari atau senarai-senarai penerangan, para ilmuwan masih dibelenggui keraguan atau terpaksa menggunakan lafazan-lafazan tekaan atau sementara. Mujurlah rata-ratanya terdapat lafazan lainan, iaitu suatu nama yang sama ditulis secara fonetik (separa mahupun sepenuhnya) dalam satu contoh, dan secara logograf dalam satu lagi contoh.

Persukukataan

[sunting | sunting sumber]

Jadual-jadual yang berikut memaparkan aksara-aksara yang digunakan untuk suku-suku kata ringkas dalam bentuk KV atau VL. Seperti yang digunakan untuk bahasa Sumeria, tulisan pepaku pada dasarnya mampu membezakan sekurang-kurangnya 16 konsonan yang dialihhurufkan sebagai

b, d, g, g̃, ḫ, k, l, m, n, p, r, ř, s, š, t, z

dan empat sifat voal, a, e, i, u. Bahasa Akkadia tidak menggunakan atau ř tetapi perlu membezakan konsonan penegas, q, ṣ, ṭ dengan menggunakan aksara Sumeria lebihan (cth. qe=KIN, qu=KUM, qi=KIN, ṣa=ZA, ṣe=ZÍ, ṭur=DUR dsb.) Bahasa Het yang menerima pakai tulisan pepaku daripada bahasa Akkadia memperkenalkan aksara untuk fonem w, cth. wa=PI, wi5=GEŠTIN) dan juga huruf kembar I.A untuk ya.

-a -e -i -u
a 𒀀,

á 𒀉

e 𒂊,

é 𒂍

i 𒄿,

í=IÁ 𒐊

u 𒌋,

ú 𒌑,
ù 𒅇

b- ba 𒁀,

=PA 𒉺,
=EŠ 𒂠

be=BAD 𒁁,

=BI 𒁉,
=NI 𒉌

bi 𒁉,

=NE 𒉈,
=PI 𒉿

bu 𒁍,

=KASKAL 𒆜,
=PÙ 𒅤

d- da 𒁕,

=TA 𒋫

de=DI 𒁲,

,
=NE 𒉈

di 𒁲,

=TÍ 𒄭

du 𒁺,

=TU 𒌅,
=GAG 𒆕,
du4=TUM 𒌈

g- ga 𒂵,

𒂷

ge=GI 𒄀,

=KID 𒆤,
=DIŠ 𒁹

gi 𒄀,

=KID 𒆤,
=DIŠ 𒁹,
gi4 𒄄,
gi5=KI 𒆠

gu 𒄖,

𒄘,
=KA 𒅗,
gu4 𒄞,
gu5=KU 𒆪,
gu6=NAG 𒅘,
gu7 𒅥

ḫ- ḫa 𒄩,

ḫá=ḪI.A 𒄭𒀀,
ḫà=U 𒌋,
ḫa4=ḪI 𒄭

ḫe=ḪI 𒄭,

ḫé=GAN 𒃶

ḫi 𒄭,

ḫí=GAN 𒃶

ḫu 𒄷
k- ka 𒅗,

𒆍,
=GA 𒂵

ke=KI 𒆠,

=GI 𒄀

ki 𒆠,

=GI 𒄀

ku 𒆪,

=GU7 𒅥,
𒆬,
ku4 𒆭

l- la 𒆷,

=LAL 𒇲,
=NU 𒉡

le=LI 𒇷,

=NI 𒉌

li 𒇷,

=NI 𒉌

lu 𒇻,

𒇽

m- ma 𒈠,

𒈣

me 𒈨,

=MI 𒈪,
𒀞/𒅠

mi 𒈪,

=MUNUS 𒊩,
=ME 𒈨

mu 𒈬,

=SAR 𒊬

n- na 𒈾,

𒈿,
=AG 𒀝,
na4 ("NI.UD") 𒉌𒌓

ne 𒉈,

=NI 𒉌

ni 𒉌,

=IM 𒉎

nu 𒉡,

=NÁ 𒈿

p- pa 𒉺,

=BA 𒐀

pe=PI 𒉿,

=BI 𒁉

pi 𒉿,

=BI 𒁉,
=BAD 𒁁

pu=BU 𒁍,

=TÚL 𒇥,
𒅤

r- ra 𒊏,

=DU 𒁺

re=RI 𒊑,

=URU 𒌷

ri 𒊑,

=URU 𒌷

ru 𒊒,

=GAG 𒆕,
=AŠ 𒀸

s- sa 𒊓,

=DI 𒁲,
=ZA 𒍝,
sa4 ("ḪU.NÁ") 𒄷𒈾

se=SI 𒋛,

=ZI 𒍣

si 𒋛,

=ZI 𒍣

su 𒋢,

=ZU 𒍪,
=SUD 𒋤,
su4 𒋜

š- ša 𒊭,

šá=NÍG 𒐼,
šà 𒊮

še 𒊺,

šé,
šè 𒂠

ši=IGI 𒅆,

ší=SI 𒋛

šu 𒋗,

šú 𒋙,
šù=ŠÈ 𒂠,
šu4=U 𒌋

t- ta 𒋫,

=DA 𒁕

te 𒋼,

=TÍ 𒊹

ti 𒋾,

𒊹,
=DIM 𒁴,
ti4=DI 𒁲

tu 𒌅,

=UD 𒌓,
=DU 𒁺

z- za 𒍝,

=NA4 𒉌𒌓

ze=ZI 𒍣,

=ZÌ 𒍢

zi 𒍣,

𒍢,
𒍥

zu 𒍪,

=KA 𒅗

a- e- i- u-
a 𒀀,

á 𒀉

e 𒂊,

é 𒂍

i 𒄿,

í=IÁ 𒐊

u 𒌋,

ú 𒌑,
ù 𒅇

-b ab 𒀊,

áb 𒀖

eb=IB 𒅁,

éb=TUM 𒌈

ib 𒅁,

íb=TUM 𒌈

ub 𒌒,

úb=ŠÈ 𒂠

-d ad 𒀜,

ád 𒄉

ed𒀉 id𒀉,

íd=A.ENGUR 𒀀𒇉

ud 𒌓,

úd=ÁŠ 𒀾

-g ag 𒀝,

ág 𒉘

eg=IG 𒅅,

ég=E 𒂊

ig 𒅅,

íg=E 𒂊

ug 𒊌
-ḫ aḫ 𒄴,

áḫ=ŠEŠ 𒋀

eḫ=AḪ 𒄴 iḫ=AḪ 𒄴 uḫ=AḪ 𒄴,

úḫ 𒌔

-k ak=AG 𒀝 ek=IG 𒅅 ik=IG 𒅅 uk=UG 𒊌
-l al 𒀠,

ál=ALAM 𒀩

el 𒂖,

él=IL 𒅋

il 𒅋,
íl 𒅍
ul 𒌌,
úl=NU 𒉡
-m am 𒄠/𒂔,

ám=ÁG 𒉘

em=IM 𒅎 im 𒅎,

ím=KAŠ4 𒁽

um 𒌝,

úm=UD 𒌓

-n an 𒀭 en 𒂗,

én,
èn=LI 𒇷

in 𒅔,

in4=EN 𒂗,
in5=NIN 𒊩𒌆

un 𒌦,

ún=U 𒌋

-p ap=AB 𒀊 ep=IB,

ép=TUM 𒌈

ip=IB 𒅁,

íp=TUM 𒌈

up=UB 𒌒,

úp=ŠÈ 𒂠

-r ar 𒅈,

ár=UB 𒌒

er=IR 𒅕 ir 𒅕,

íp=A.IGI 𒀀𒅆

ur 𒌨,

úr 𒌫

-s as=AZ 𒊍 es=GIŠ 𒄑,

és=EŠ 𒂠

is=GIŠ 𒄑,

ís=EŠ 𒂠

us=UZ,

ús=UŠ 𒍑

𒀸,

áš 𒀾

𒌍/𒐁,

éš=ŠÈ 𒂠

𒅖,

íš=KASKAL 𒆜

𒍑,

úš𒍗=BAD 𒁁

-t at=AD 𒀜,

át=GÍR gunû 𒄉

et𒀉 it𒀉 ut=UD 𒌓,

út=ÁŠ 𒀾

-z az 𒊍 ez=GIŠ 𒄑,

éz=EŠ 𒂠

iz= GIŠ 𒄑,

íz=IŠ 𒅖

uz ,

úz=UŠ 𒍑,
ùz 𒍚

  1. ^ Lo 2007.
  2. ^ a b "Cuneiform Tablets: Who's Got What?", Biblical Archaeology Review, 31 (2), 2005
  3. ^ a b Watkins, Lee; Snyder, Dean (2003), The Digital Hammurabi Project (PDF), The Johns Hopkins University, Since the decipherment of Babylonian cuneiform some 150 years ago museums have accumulated perhaps 300,000 tablets written in most of the major languages of the Ancient Near East - Sumerian, Akkadian (Babylonian and Assyrian), Eblaite, Hittite, Persian, Hurrian, Elamite, and Ugaritic. These texts include genres as variegated as mythology and mathematics, law codes and beer recipes. In most cases these documents are the earliest exemplars of their genres, and cuneiformists have made unique and valuable contributions to the study of such moderns disciplines as history, law, religion, linguistics, mathematics, and science. In spite of continued great interest in mankind’s earliest documents it has been estimated that only about 1/10 of the extant cuneiform texts have been read even once in modern times. There are various reasons for this: the complex Sumero/Akkadian script system is inherently difficult to learn; there is, as yet, no standard computer encoding for cuneiform; there are only a few hundred qualified cuneiformists in the world; the pedagogical tools are, in many cases, non-optimal; and access to the widely distributed tablets is expensive, time-consuming, and, due to the vagaries of politics, becoming increasingly difficult.
  4. ^ Adkins 2003, p. 47.
  5. ^ a b Lo 2007.
  6. ^ Marckham Geller, "The Last Wedge," Zeitschrift für Assyriologie und vorderasitische Archäologie 86 (1997): 43–95.
  7. ^ a b c d e f g Sayce 1908.
  8. ^ El Daly, Okasha (2004). Egyptology: The Missing Millennium : Ancient Egypt in Medieval Arabic Writings. Routledge. m/s. 39–40 & 65. ISBN 1-84472-063-2.
  9. ^ Heeren 1815.
  10. ^ Ceram, C.W., Gods, Graves and Scholars, 1954
  11. ^ Burnouf 1836
  12. ^ a b Pritchard 1844, p. 30–31
  13. ^ Lassen.
  14. ^ Adkins 2003.[petikan lengkap diperlukan]
  15. ^ Rawlinson 1847.
  16. ^ Daniels 1996.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "nb", tetapi tiada tag <references group="nb"/> yang berpadanan disertakan