Theresa May
Theresa May | |
---|---|
Perdana Menteri United Kingdom | |
Dalam jawatan 13 Julai 2016 – 24 Julai 2019 | |
Raja | Elizabeth II |
Didahului oleh | David Cameron |
Digantikan oleh | Boris Johnson |
Ketua Parti Konservatif | |
Dalam jawatan 11 Julai 2016 – 7 Jun 2019 | |
Pengerusi | Sir Patrick McLoughlin Brandon Lewis |
Didahului oleh | David Cameron |
Digantikan oleh | Boris Johnson |
Setiausaha Dalam Negeri | |
Dalam jawatan 12 Mei 2010 – 13 Julai 2016 | |
Perdana Menteri | David Cameron |
Didahului oleh | Alan Johnson |
Digantikan oleh | Amber Rudd |
Menteri Wanita dan Kesaksamaan | |
Dalam jawatan 12 Mei 2010 – 4 September 2012 | |
Perdana Menteri | David Cameron |
Didahului oleh | Harriet Harman |
Digantikan oleh | Maria Miller |
Pengerusi Parti Konservatif | |
Dalam jawatan 23 Julai 2002 – 6 November 2003 | |
Ketua | Iain Duncan Smith |
Didahului oleh | David Davis |
Digantikan oleh | Liam Fox The Lord Saatchi |
Ahli Parlimen Maidenhead | |
Dalam jawatan 1 Mei 1997 – 30 Mei 2024 | |
Didahului oleh | Kawasan parlimen ditubuhkan |
Digantikan oleh | TBC |
Setiausaha Negeri Bayangan untuk Kerja dan Pencen | |
Dalam jawatan 19 Januari 2009 – 11 Mei 2010 | |
Ketua | David Cameron |
Didahului oleh | Chris Grayling |
Digantikan oleh | Yvette Cooper |
Setiausaha Negeri Bayangan untuk Wanita dan Kesaksamaan | |
Dalam jawatan 2 Julai 2007 – 11 Mei 2010 | |
Ketua | David Cameron |
Didahului oleh | Eleanor Laing |
Digantikan oleh | Yvette Cooper |
Dalam jawatan 15 Jun 1999 – 18 September 2001 Menteri Wanita Bayangan | |
Ketua | William Hague |
Didahului oleh | Gillian Shephard |
Digantikan oleh | Caroline Spelman |
Ketua Bayangan House of Commons | |
Dalam jawatan 6 Disember 2005 – 19 Januari 2009 | |
Ketua | David Cameron |
Didahului oleh | Chris Grayling |
Digantikan oleh | Alan Duncan |
Setiausaha Negeri Bayangan untuk Kebudayaan, Media dan Sukan | |
Dalam jawatan 6 Mei 2005 – 8 Disember 2005 | |
Ketua | Michael Howard |
Didahului oleh | John Whittingdale |
Digantikan oleh | Hugo Swire |
Setiausaha Negeri Bayangan untuk Kekeluargaan | |
Dalam jawatan 15 Jun 2004 – 8 Disember 2005 | |
Ketua | Michael Howard |
Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
Digantikan oleh | Jawatan mansuh |
Setiausaha Negeri Bayangan untuk Alam Sekitar dan Pengangkutan | |
Dalam jawatan 6 November 2003 – 14 Jun 2004 | |
Ketua | Michael Howard |
Didahului oleh | David Lidington (Alam Sekitar, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar) Tim Collins (Pengangkutan) |
Digantikan oleh | Tim Yeo |
Setiausaha Negeri Bayangan untuk Pengangkutan | |
Dalam jawatan 6 June 2002 – 23 Julai 2002 | |
Ketua | Iain Duncan Smith |
Didahului oleh | Diri beliau (Pengangkutan, Kerajaan Tempatan dan Wilayah) |
Digantikan oleh | Tim Collins |
Setiausaha Negeri Bayangan untuk Pengangkutan, Kerajaan Tempatan dan Wilayah | |
Dalam jawatan 18 September 2001 – 6 Jun 2002 | |
Ketua | Iain Duncan Smith |
Didahului oleh | Archie Norman (Alam Sekitar, Pengangkutan dan Wilayah) |
Digantikan oleh | Diri beliau (Pengangkutan) Eric Pickles (Kerajaan Tempatan dan Wilayah) |
Setiausaha Negeri Bayangan untuk Pendidikan dan Tenaga Kerja | |
Dalam jawatan 15 Jun 1999 – 18 September 2001 | |
Ketua | William Hague |
Didahului oleh | David Willetts |
Digantikan oleh | Damian Green (Pendidikan dan Kemahiran) David Willetts Kerja dan Pencen) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Theresa Mary Brasier 1 Oktober 1956 Eastbourne, England, UK |
Parti politik | Konservatif |
Pasangan | Philip May (k. 1980) |
Kediaman | 10 Downing Street |
Tempat belajar | St Hugh's College, Oxford |
Tandatangan | |
Laman web | Laman web kerajaan |
Theresa Mary May, Lady May (Brasier; lahir 1 Oktober 1956) merupakan Perdana Menteri United Kingdom dan Ketua Parti Konservatif dari tahun 2016 hingga tahun 2019. Beliau juga merupakan Ahli Parlimen (MP) untuk Maidenhead dari 1997 hingga persaraannya pada 2024.
May merupakan seorang anak kepada vikar yang pernah membesar di Oxfordshire. Dari 1977 hingga 1983, beliau bertugas untuk Bank of England, dan dari 1985 hingga 1997 di Association for Payment Clearing Services, dan juga berkhidmat sebagai ahli majlis Durnsford Ward, Daerah Merton, London. Setelah berkali-kali gagal dipilih untuk ke House of Commons pada 1992 dan 1994, beliau terpilih sebagai wakil rakyat untuk Maidenhead pada pilihan raya umum 1997. May pernah memegang beberapa jawatan dalam kabinet-kabinet bayangan William Hague, Iain Duncan Smith, Michael Howard, dan David Cameron, termasuk Ketua Dewan Rakyat Bayangan dan Setiausaha Kerja dan Pencen Bayangan. Beliau juga Pengerusi Parti Konservatif dari 2002 hingga 2003.
Setelah terbentuknya kerajaan campuran ekoran pilihan raya 2010, May dilantik sebagai Setiausaha Dalam Negeri, dan Menteri Wanita dan Kesaksamaan yang disandangnya hingga 2012. Dilantik semula selepas kemenangan Konservatif pada pilihan raya 2015, beliau menjadi Setiausaha Dalam Negeri paling lama berkhidmat semenjak James Chuter Ede dari lebih 60 tahun dahulu, mengusahakan pembaharuan polis, memperketat dasar kawalan dadah dan mengenakan sekatan terhadap kemasukan penghijrah.[3]
Ekoran peletakan jawatan David Cameron pada 24 Jun 2016, May mengumumkan pencalonannya untuk kepimpinan Parti Konervatif lalu tampil sebagai pendahulu. Beliau menang besar undian pertama AP Konservatif pada 5 Julai, dan dua hari kemudian memenangi undian 199 AP, lalu berentap dengan Andrea Leadsom untuk merebut sokongan ahli-ahli Parti Konservatif. Leadsom menarik diri daripada pemilihan pada 11 Julai, maka May dilantik sebagai ketua pada hari yang sama. Dua hari kemudian, beliau dilantik sebagai Perdana Menteri.
Pada pilihan raya umum 2017, Parti Konservatif pimpinannya kehilangan majoriti untuk menubuhkan kerajaan. Parti Konservatif mencatatkan kehilangan 13 kerusi kebanyakan kerusi dari para menteri. Banyak pihak terutamanya dari Parti Buruh mendesak agar Theresa May meletakkan jawatan tetapi beliau berjaya membuat pakatan baharu untuk menubuhkan kerajaan campuran bersama Parti Kesatuan Demokratik (DUP). Dengan penggabungan ini, beliau dipilih semula sebagai Perdana Menteri United Kingdom. Kekalahan Parti Konservatif ini dilihat apabila Theresa May mempercepatkan pembubaran parlimen bagi membolehkan kerajaan pimpinannya menyertai semula ke dalam Kesatuan Eropah berikutan peristiwa Brexit ketika pimpinan dari rakan sejawatnya, David Cameron.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Gimson, Andrew (20 Oktober 2012). "Theresa May: minister with a mind of her own". The Observer. London.
May said: 'I am a practising member of the Church of England, a vicar's daughter.'
- ^ Howse, Christopher (29 November 2014). "Theresa May's Desert Island hymn". The Daily Telegraph. London.
The Home Secretary declared that she was a 'regular communicant' in the Church of England
- ^ "Boring and competent Theresa May is what the nation needs after shock Brexit vote". The Independent. 1 Julai 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-07-13. Dicapai pada 11 Julai 2016. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Theresa May |
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.