Templat:Lang
Templat ini menggunakan Lua: |
Tujuan templat ini adalah untuk menunjukkan bahawa rentang teks tergolong dalam bahasa tertentu. Ia selalunya tidak membuat perubahan ketara pada teks, tetapi boleh meminta pelayar sesawang untuk menggunakan font yang lebih sesuai, atau pembaca skrin untuk menggunakan sebutan tertentu, dan sebagainya.
Sintaks dan penggunaan
{{lang|tag bahasa|teks}}
Tag bahasa perlu terdiri dari senarai kod bahasa ISO 639, namun boleh dipanjangkan untuk menyatakan skrip atau rantau bahasa. Kod bahasa biasanya singkatan dua atau tiga huruf, dalam huruf kecil, bagi nama bahasa. Bahasa Perancis, contohnya, mempunya kod fr
:
Dia berkata: "''{{lang|fr|Je suis française.}}''"
- Dia berkata: "Je suis française. "
Disebabkan semua bahasa diwakili dengan kod dua huruf dalam ISO 639-1 juga boleh diwakili dengan kod tiga huruf lebih baru dalam ISO 639-2 dan seterusnya, adalah disyorkan untuk menggunakan tag bahasa terpendek yang dapat menerangkan bahasa sasaran.[1] Jadinya, sementara bahasa Perancis boleh diwakili dengan code 639-2 fra
, kod 639-1 fr
sepatutnya didahulukan. Begitu juga, maklumat skrip dan rantau sepatutnya dimasukkan hanya apabila ianya memberikan perbezaan yang diperlukan. Bagi senarai terbaru bahasa, skrip, dan kod rantau, sila rujuk IANA di language subtag registry.
Secara tersedia, templat ini akan menempatkan artikel ke dalam subkategori Cat:Artikel mengandungi teks bukan bahasa Melayu. Untuk mengatasinya - e.g. apabila menggunakan {{lang}} dalam wikipautan atau tajuk parameter petikan – tambah parameter |nocat=true
.
Pemformatan
Terdapat versi khusus bahasa templat ini, seperti {{lang-fr}} dan {{lang-ru}}, yang bertujuan untuk digunakan kali pertama bahasa muncul dalam artikel. Templat ini akan mencetak nama bahasa dan, apabila sesuai, mencetak kandungannya dalam italik:
'''Kremlin''' ({{lang-ru|кремль}}, 'istana') merupakan sebuah kompleks pusat berkubu utama ...
- Kremlin (Rusia: кремль , 'istana') merupakan sebuah kompleks pusat berkubu utama ...
Sementara templat {{lang-xx}}
mengeluarkan teks dalam bentuk italik bagi bahasa yang menggunakan skrip Latin, jika teks biasa diperlukan, seperti nama khas, {{tiadaitalik}} boleh digunakan:
... pekan sempadan Ventimiglia ({{lang-fr|{{tiadaitalik|Vintimille}}}}) ...
- ... pekan sempadan Ventimiglia (Perancis: Vintimille ) ...
Apabila memformat teks bahasa asing bagi memadankan garis panduan gaya, adalah terbaik untuk tidak memasukkan penanda penggayaan dari templat, supaya apa sahaja penanda luaran yang bukan dari bahasa asing tidak menerima metadata yang tidak betul bagi bahasa tersebut:
- Gunakan
''{{lang|it|[[goriziana]]}}''
- Bukan
{{lang|it|''[[goriziana]]''}}
Ini termasuk membuat perkataan asing dalam bentuk italik; tanda petikan bahasa Inggeris sekitar tajuk kerja dalam bahasa yang menggunakan glif karakter petikan; membuat dalam bentuk italik tajuk bahasa yang tidak menggunakan kelaziman tersebut; dan penekanan yang tidak dijumpai (dalam satu gaya atau yang lain) dalam teks asing asal; antara lain. Jika terdapat keraguan, letakkan penanda tersebut di luar templat.
Bahasa kanan-ke-kiri
Untuk memasukkan teks kanan-ke-kiri (seperti bahasa Arab atau Ibrani) dalam konteks kiri ke kanan yang biasa, |rtl=ya
perlu ditambah untuk menyampaikan arah penulisan dengan betul. Bagi kemudahan, templat {{rtl-lang}} dapat menghasilkan hasil yang sama dengan memasukkan secara automatik |rtl=ya
. Untuk menandakan keseluruhan perenggan teks kanan ke kiri, {{rtl-para}} sebaliknya digunakan.
Mana-mana pendekatan ini akan membungkus teks dalam bekas dengan atribut dir="rtl"
. Untuk memastikan persembahan yang betul dalam pelayar yang tidak menyokong sepenuhnya pengasingan dua arah HTML 5, tanda kiri ke kanan juga ditambah pada akhir teks (lihat W3C untuk maklumat lanjut).
Ambil perhatian bahawa arah teks tidak semestinya diperincikan apabila menggunakan templat {{lang-xx}}
, kerana ianya disiratkan oleh bahasa templat. Oleh itu, tiada {{rtl-lang-ar}}, cuma {{lang-ar}}.
Parameter
TemplateData
TemplateData untuk Lang
Menunjukkan bahawa rentang teks yang diberikan adalah dalam bahasa tertentu. Membenarkan pelayar menyampaikan dan mengucapkan bahasa asing dengan betul.
Parameter | Keterangan | Jenis | Status | |
---|---|---|---|---|
Tag bahasa | 1 | Tag bahasa, atau kod bahasa ISO 639.
| Rentetan | diperlukan |
Teks | 2 | Teks dalam bahasa yang ditentukan.
| Rentetan | diperlukan |
Kanan ke kiri | rtl | Menunjukkan bahawa bahasa perlu dipaparkan dari kanan ke kiri.
| Rentetan | pilihan |