Pergi ke kandungan

Syed Muhammad Naquib al-Attas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Profesor Diraja Tan Sri Dr.

Syed Muhammad Naquib al-Attas
Syed Muhammad Naquib al-Attas in his Library
Kelahiran (1931-09-05) 5 September 1931 (umur 93)
Pusat pendidikanUniversity of Malaya (BA)
McGill University (MA)
SOAS University of London (PhD)
University of Khartoum (D. Litt)
Karya terkenal
[1] Islam and Secularism, Historical Fact and fiction, The Concept of Education in Islam: A Framework for an Islamic Philosophy of Education, Prolegomena to the Metaphysics of Islam, Islam: The Covenants Fulfilled
PasanganLatifah al-Attas
AnugerahIqbal Centenary Commemorative Medal (Pakistan)
EraModern
Sekolah
Kepentingan utama
Idea cemerlang
Islamisation of knowledge

Yang Berbahagia Profesor Diraja Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib bin Syed Ali bin Syed Abdullah bin Syed Muhsin Al Attas (Bogor, 5 September 1931) ialah seorang cendekiawan, ahli falsafah Muslim dan Tokoh Melayu Terbilang 2011. Kini, beliau menetap di Malaysia. Beliau menguasai ilmu teologi, falsafah, metafizik, sejarah, dan kesusasteraan. Beliau juga menulis pelbagai buku dalam bidang pemikiran dan peradaban Islam, khususnya tentang sufisme, kosmologi, falsafah, dan Kesusasteraan Melayu Malaysia [1].

Pendidikan dan masa kecil

[sunting | sunting sumber]

Syed Muhammad Naquib al-Attas lahir di Bogor, Hindia Timur Belanda. Beliau telah menempuhi pendidikan awal pada usia 5 tahun di Johor, namun ketika saat pendudukan Jepun beliau telah pergi belajar ke Jawa untuk belajar bahasa Arab di Madrasah Al-`Urwatu’l-Wuthqa.

Setelah tamat Perang Dunia II pada tahun 1946, beliau kembali ke Johor semula untuk menyelesaikan pendidikan menengahnya. Beliau amat tertarik dan mempelajari sastera Melayu, sejarah, dan kebudayaan Barat. Ketika kuliah di Universiti Malaya, Al-Attas menulis Rangkaian Ruba`iyat, sebuah karya kesusasteraan, dan Some Aspects of Sufism as Understood and Practised among the Malays. Dari sini beliau melanjutkan pengajian ke the Institute of Islamic Studies di Universiti McGill, Montreal, Kanada. Pada tahun 1962, Al-Attas menyelesaikan pengajian pasca siswazah/sarjana di sini dengan tesis Raniri and the Wujudiyyah of 17th Century Acheh. Al-Attas kemudian melanjutkan pengajian ke School of Oriental and African Studies, University of London di bawah bimbingan Professor A. J. Arberry dari Cambridge dan Dr. Martin Lings. Tesis doktornya (1962) ialah kajian tentang dunia mistik Hamzah Fansuri.

Pada tahun 1987, Al-Attas mendirikan sebuah institusi pendidikan tinggi bernama International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) di Kuala Lumpur. Melalui institusi ini, Al-Attas bersama sejumlah pelajar kolej dan mahasiswanya melakukan kajian dan penelitian mengenai Pemikiran dan Peradaban Islam, serta memberikan respons yang kritikal terhadap Peradaban Barat.

Tokoh Melayu Terbilang 2011

[sunting | sunting sumber]

Beliau menerima anugerah Tokoh Melayu Terbilang yang disampaikan pada majlis sambutan ulang tahun ke-65 UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra. Anugerah disampaikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.[2]

Pada 21 Jun 2012, Syed Muhammad Naquib al-Attas dilantik sebagai profesor pelawat terhormat di Pusat Kajian Lanjutan mengenai Islam, Sains dan Tamadun (CASIS) Universiti Teknologi Malaysia (UTM). CASIS ialah sebuah pusat kecemerlangan yang baru ditubuhkan di tahap pasca siswazah di UTM Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Beliau amat menekankan pendidikan dalam konsep Islam dan Islamisasi pengetahuan kontemporari yang membawa kepada penubuhan Universiti Islam di beberapa negara Islam. Dua buah institut berjaya diasaskannya iaitu Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu di UKM dan Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) di UIAM, yang bermatlamat mempertingkatkan ketajaman pemikiran intelektual Muslim.

Perpustakaan Syed Naquib al-Attas di ISTAC mengandungi karya berwibawa mengatasi mana-mana koleksi lain seumpamanya di Asia Tenggara.[3]

Tulisan Al-Attas

[sunting | sunting sumber]
  • (1970) The Correct Date of the Terengganu Inscription, Kuala Lumpur Museum Department.
  • (1972) Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu.
  • (1975) Comments on the Re-Examination of Al-Raniri’s Hujjat au’l Siddiq: A Refutation, Kuala Lumpur Museum Department.
  • (1978) Islam and Secularism ISBN 983-99628-6-8
  • (1980) The Concept of Education in Islam
  • (1988) The Oldest Known Malay Manuscript: A 16th Century Malay Translation of the `Aqa’id of al-Nasafi
  • (1989) Islam and the Philosophy of Science, Kuala Lumpur: ISTAC, 2001)
  • (1990) The Nature of Man and the Psychology of the Human Soul
  • (1990) On Quiddity and Essence
  • (1990) The Intuition of Existence
  • (1992) The Concept of Religion and the Foundation of Ethics and Morality
  • (1993) The Meaning and Experience of Happiness in Islam, Kuala Lumpur: ISTAC, 1998)
  • (1994) The Degrees of Existence
  • (1995) Prolegomena to the Metaphysics of Islam: An Exposition of the Fundamental Elements of the Worldview of Islam
  • (2011) Historical Fact and Fiction
  1. ^ The Origin of the Malay Shair
  2. ^ "Naquib, Mazlan Dipilih Tokoh Melayu Terbilang 2011". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-26. Dicapai pada 2021-09-06.
  3. ^ UTM Lantik Naquib Al-Attas Sebagai Profesor Pelawat