Pergi ke kandungan

Kereta kebal Stridsvagn 103

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Stridsvagn 103)
Stridsvagn 103
Stridsvagn 103C
JenisKereta kebal utama
Tempat asalSweden
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1960s - 1997
Digunakan olehTentera Sweden
Sejarah pengeluaran
PerekaSven Berge
Direka1956
PengeluarBofors AB
Dihasilkan1967 - 1971
Jumlah dibina290
AnekaA, B, C, D
Spesifikasi
Berat103 B: 39.7 t (43.8 short ton; 39.1 long ton)
103 C: 42.5 t (46.8 short ton; 41.8 long ton)
Panjang9 m (29 ka 6 in) (incl. gun)
Lebar103 B: 3.60 m (11 ka 10 in)
103 C: 3.80 m (12 ka 6 in)
Tinggi2.14 m (7 ka 0 in)
Krew3 (Komander, juru meriam/pemandu, pemandu belakang)[1]

Armor90-100 mm
Senjata
pertama
Bofors 105 mm L/62 rifled gun
with 50 rounds
Senjata
kedua
dua mesingan 7.62 mm KSP 58 kekal
satu bagi anti pesawat mesingan 7.62 mm KSP 58
Enjin103 A: Rolls-Royce K60 diesel, 240 hp (179 kW) dan Boeing GT502 gas turbine, 300 hp (223 kW)

103 B: Rolls-Royce K60 diesel, 240 hp (179 kW) dan Caterpillar 553 gas turbine, 490 hp (365 kW)

103 C: Detroit diesel 6V53T, 290 hp (216 kW) dan Caterpillar 553 turbin petrol, 490 hp (365 kW)
Kuasa/berat18.3 hp/tonne (B and C)
Transmisi2 hadapan dan 2 kelajuan mengundur
Sistem ampaianGas-hidrolik sistem gantungan hidropneumatik
Jarak
operasi
390 km (240 bt)
Kelajuan50 km/j (31 mph) maximum road[1]

Kereta kebal Stridsvagn 103 adalah kereta kebal keluaran Bofors dari Sweden.

Pembangunan

[sunting | sunting sumber]

Kereta kebal Stridsvagn 103, atau biasanya juga dikenali sebagai kereta kebal-S-tank, telah dibangunkan pada lewat 1950-an oleh Bofors bagi memenuhi keperluan Tentera Sweden. Prototaip pertama disiapkan pada tahun 1961 dan pengeluaran dimulakan dari tahun 1966 sehingga 1971, sehingga mana 300 buah telah dihasilkan. Model pertama adalah Stridsvagn 103s. Model berikutnya, dengan tabir apungan dan bilah jentolak, adalah 103Bs; kesemua kenderaan akhirnya ditingkatkan pada piwaian ini.

Kereta kebal Stridsvagn 103 adalah unik kerana meriam 105mm nya dilekatkan pada kepingan glacis dan dibidik lurus dengan mengerakkan kenderaannya pada atas treknya, dan dongakan melalui penyesuaian sistem gantungan hidropneumatik dari -10° hingga +12°, dengan pemandu bertindak sebagai jurumeriam. Meriam 105mm memiliki pemuat automatik dan melepaskan tembakan peluru APDS, APFSDS, HE dan asap, kelongsong katrij kosong dilantun secara automatik di belakang. Dai mesingan 7.62mm dipasang disebelah hadapan kiri badan, sejajar dengan meriam 105mm. Ruang enjin di hadapan kenderaan, pemandu duduk di hadapan kiri, komander di sebelah kanan, pengendali radio di belakang pemandu, ruang peluru di belakang.

Bagi pemanduan di atas jalan enjin diesel Rolls-Royce biasanya digunakan sementara semasa pertempuran enjin turbin petrol Boeing digunakan atau bergerak merentas desa. Tabir apungan dibawa (kempis sekeliling atas badan) dan apabila ditegakkan kenderaan digerakkan dalam air oleh treknya. Bilah jentolak dipasang di bawah hadapan kenderaan.

Pada tahun 1986 Tentera Sweden menerima penghantaran kenderaan dimodenkan yang dikenali sebagai Strv 103C, yang memasukkan banyak peningkatan termasuk penggantian enjin diesel Rolls-Royce dengan 6V-53T Diesel Detroit yang menghasilkan 290hp pada 2,800 rpm, transmisi diubah suai, penetap jarak laser dan tangki bahan api diletak sepanjang sisi badan.

Penetap jarak laser telah dipasang bagi meningkatkan kebarangkalian hentaman pertama dan pelancar Lyran yang melancarkan roket pecahaya turut dipasang. Kereta kebal-S kini digantikan dengan kereta kebal Leopard 2.

Tidak terdapat variasi lain selain Strv 103C. Strv 103C boleh dipasang dengan penggolek pembersih periuk api di hadapan badan dan komponen kenderaan digunakan dalam meriam gerak sendiri Bandkanon 1A 155mm Sweden.

Pengeluaran ditamatkan. Dalam perkhidmatan dengan Tentera Sweden sahaja.

Pengilang

[sunting | sunting sumber]

Sistem Senjata Bofors, Bofors, Sweden

  1. ^ a b Bovington Tank Museum