Pergi ke kandungan

Strelitzia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Strelitzia
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Monokot
Klad: Komelinid
Order: Zingiberales
Keluarga: Strelitziaceae
Genus: Strelitzia
Banks[1][2]
Spesies jenis
Strelitzia reginae
Spesies

Lihat teks

Kapsul dan benih buah S. reginaeMHNT

Strelitzia ialah genus lima spesies pokok berbunga yang berasal dari Afrika Selatan. Ia tergolong dalam keluarga tumbuhan Strelitziaceae.[3] Nama umum genus ini ialah bunga cenderawasih,[4] lantaran kemiripan bunganya dengan burung cenderawasih. Ia turut dikenali sebagai bunga bangau.[4]

Dua spesiesnya, iaitu S. nicolai dan S. reginae, sering ditanam sebagai pokok hiasan.[5] Ia lambang bunga rasmi Bandar Los Angeles dan turut terpapar di belakang syiling 50 sen Afrika Selatan.

Spesies dan kacukan

[sunting | sunting sumber]

Lima spesies telah diakui, sungguhpun satu daripadanya—S. juncea—terbukti secara genetik terletak dalam spesies lain, S. reginae. Ia mungkin merupakan mutasi yang sedang dalam proses penspesiesan.[6]

Imej Nama saintifik Taburan setempat
Strelitzia alba (sin. S. augusta) Garden Route di sepanjang wilayah pesisir paling selatan Tanjung Timur dan Barat di Afrika Selatan
Strelitzia caudata Pergunungan Chimanimani di Zimbabwe ke selatan hingga Mozambique, Provinsi Utara di Afrika Selatan dan Eswatini
Strelitzia nicolai Mozambique, Botswana, Zimbabwe dan timur Afrika Selatan dari Sungai Ikan Besar ke utara hingga Richards Bay
Strelitzia reginae (sin. S. parvifolia) Afrika Selatan (Provinsi Tanjung dan KwaZulu-Natal)
Strelitzia juncea (Ker Gawl.) Afrika Selatan berdekatan Uitenhage, Patensie, dan sedikit di utara Port Elizabeth
  1. ^ "Strelitzia Banks". Plants of the World Online. The Trustees of the Royal Botanic Gardens, Kew. n.d. Dicapai pada 15 Julai 2022.
  2. ^ "Strelitzia Banks". Catalogue of Life. Species 2000. n.d. Dicapai pada 15 Julai 2022.
  3. ^ "Tropical Flower Guide". Dicapai pada 30 November 2012.
  4. ^ a b "Bunga cenderawasih penyeri taman". Harian Metro. 6 Oktober 2018.
  5. ^ "Our House Plants - Bird of Paradise". Dicapai pada 18 Julai 2014.
  6. ^ Cron, Glynis V.; Pirone, Cary; Bartlett, Madelaine; Kress, W. John; Specht, Chelsea (2012). "Phylogenetic Relationships and Evolution in the Strelitziaceae (Zingiberales)". Systematic Botany. 37 (3): 606–619. doi:10.1600/036364412X648562. S2CID 17046806.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Kategori berkenaan Strelitzia di Wikimedia Commons