Pergi ke kandungan

Stik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Stik dihidangkan dengan mentega dan cendawan.
Dua stik rusuk yang dipanggang.

Stik (disebut [sték], serapan bahasa Inggeris: steak) adalah potongan besar daging yang disiapkan untuk memasak. Lazimnya daging lembu yang menjadi pilihan, namun daging ayam atau ikan juga seringkali digunakan. Kebanyakan stik dipotong menegak lurus dengan serat otot.

Stik biasanya dimasak dengan cara dipanggang ataupun digoreng.

Kadar masakan

[sunting | sunting sumber]

Jumlah waktu masakan stik tergantung individu yang meminta; masakan yang lebih cepat menghasilkan daging yang lebih lembut, dan berair, dan masakan yang lebih lama mengurangkan kesan darah dan juga mengurangkan masalah tentang penyakit. Beberapa perkataan telah diwujudkan untuk menggambarkan bagaimana stik dimasak. Dalam urutan dari mentah hingga masak:

  • Mentah - Belum dimasak. Stik tidak dimakan atau dipesan dalam bentuk ini, kecuali dalam makanan khusus, seperti stik tartar.
  • Menyal (blue) - Dimasak sangat cepat; luarnya terbakar, namun bahagian dalam tidak dimasak, hanya dihangatkan. Stik akan berwarna merah di bahagian dalam.
  • Menyal lama (rare) - Luarnya kelabu keperangan, dan bahagian tengah berwarna merah dan bahagian antara luar dan tengah berwarna merah muda.
  • Engkah (medium rare) - Luarnya berwarna kelabu keperangan, bahagiannya berwarna merak muda yang hampir keperangan seperti luar. Jika tidak dinyatakan sesuatu, tukang masak sering memasak hingga ke tahap ini.
  • Sedang/matang (medium well) - Bahagian dalamnya merah muda yang hampir kepada kelabu keperangan. Bahagian luarnya kelabu keperangan.
  • Ranum/kempuh (well done) - Dagingnya hampir keseluruhan kelabu keperangan dengan sedikit kemerahan di tengahnya. Airnya telah dikurangkan pada tahap ini.
  • Hangus (overcooked) - Dagingnya kelabu keperangan buat keseluruhan. Kelembutan dan airnya dikurangkan dan daging agak kering dan liat.

Kemerahan yang dilihat pada potongan daging dimasak bukan darah tetapi mioglobin otot mengandungi atom ferum yang bertindak balas selepas dikenakan haba menguraikan protein dalamnya.[1][2]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Resepi Rujukan

[sunting | sunting sumber]

Cara masak steak Nasser's Kitchen

  1. ^ "The chemistry of grilling" American Chemical Society.
  2. ^ Winda Destiana Putri (26 Mei 2015). "Sering Lihat Cairan Merah pada Steak? Itu Bukan Darah". Republika

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]