Pergi ke kandungan

Syria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Republik Arab Syria)
Syria
سُورِيَا (Arab)
Sūriyā
Lagu kebangsaanحُمَاةَ الدِّيَارِ
Ḥumāt ad-Diyār
"Homat el Diyar"

Syria ditunjukkan dalam warna hijau gelap; Tuntutan wilayah Syria ke atas Turki Wilayah Hatay dan Golan Heights yang diduduki Israel ditunjukkan dalam warna hijau muda
Ibu negara
dan bandar terbesar
Damascus
33°30′N 36°18′E / 33.500°N 36.300°E / 33.500; 36.300
Bahasa utamaBahasa Arab
Bahasa sampinganLihat: Bahasa di Syria
Kumpulan etnik 80–90% Arab
9–10% Kurdi
1–10% lain-lain
Agama
(2024)[1]
DemonimSyrian
KerajaanKerajaan peralihan
• Presiden
Kosong
Kosong
Mohammed al-Bashir
Pendirian
8 Mac 1920
1 Disember 1924
14 Mei 1930
• Tamat mandat Perancis
17 April 1946
• Meninggalkan Republik Arab Bersatu
28 September 1961
8 Mac 1963
8 Disember 2024
Keluasan
• Jumlah
185,180[6] km2 (71,500 bt2) (ke-87)
• Perairan (%)
1.1
Penduduk
• Perkiraan 2024
25,000,753[7] (ke-57)
118.3/km2 (306.4/sq mi) (ke-70)
KDNK (PPP)2015
• Jumlah
$50.28 bilion[8]
$2,900[8]
KDNK (nominal)2020
•  Jumlah
$11.08 bilion[8]
$533
Gini (2022)positive decrease 26.6[9]
rendah
HDI (2022) 0.557[10]
sederhana · ke-157
Mata wangPaun Syria
(SYP)
Zon waktuUTC+3 (Waktu Piawai Arab)
Kod panggilan+963
Kod ISO 3166SY
DPT internet.sy
سوريا.

Syria (Arab: سوريا Sūriyā atau سورية Sūriyah) ialah sebuah negara di Asia Barat yang terletak di Mediterranean Timur dan Masyrik. Ia bersempadanan dengan Laut Mediterranean di barat, Turki di utara, Iraq di timur dan tenggara, Jordan di selatan, serta Israel dan Lubnan di barat daya. Ia sebuah republik yang mengandungi 14 kegabenoran. Damsyik ialah ibu negara dan bandar terbesar. Dengan penduduk sehingga 25 juta merentasi kawasan 185,180 kilometer persegi (71,500 bt2), ia menjadi negara ke-57 paling ramai penduduk dan ke-87 terbesar.

Nama "Syria" secara sejarahnya merujuk kepada kawasan yang lebih luas, luas yang sama dengan Masyrik dan dikenali dalam bahasa Arab sebagai al-Sham. Negara moden ini merangkumi kawasan beberapa kerajaan dan empayar purba, termasuk Tamadun Ebla pada era milenium ke-3 SM. Damsyik dan Aleppo (Halab) ialah bandar yang mempunyai kepentingan budaya yang besar. Damsyik menjadi pusat pentadbiran Khilafah Umaiyah dan ibu kota Kesultanan Mamluk di Mesir. Negara Syria moden ditubuhkan pada pertengahan abad ke-20 selepas berabad berada di bawah pemerintahan Usmaniyah, sebagai Mandat Perancis. Negara ini mewakili negara Arab terbesar yang berpisah dari kawasan Syria yang diperintah Usmaniyah. Ia memperoleh kemerdekaan secara undang-undang (de jure) sebagai sebuah republik berparlimen pada 1945 apabila Republik Syria Pertama menjadi anggota pengasas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, suatu tindakan yang secara undang-undangnya mengakhiri Mandat Perancis. Tentera Perancis berundur pada April 1946, menyerahkan kemerdekaan mutlak (de facto) kepada negara ini.

Era pascakemerdekaan menjadi kecoh, dengan pelbagai cubaan rampasan kuasa menggegarkan negara antara 1949 hingga 1971. Pada 1958, Syria menyertai kesatuan seketika dengan Mesir, yang ditamatkan dengan rampasan kuasa pada 1961 dan dinamakan sebagai Republik Arab Syria melalui pungutan suara perlembagaan. Rampasan kuasa 1963 dilakukan oleh sayap tentera Parti Baath menubuhkan negara satu parti dan memerintah Syria di bawah undang-undang darurat dari 1963 hingga 2011, dan telah menggantung perlindungan perlembagaan untuk rakyat. Pergelutan kuasa dalaman dalam kalangan kumpulan Baath menyebabkan rampasan kuasa seterusnya pada 1966 dan 1970, yang mana akhirnya menyebabkan rampasan kuasa oleh Hafiz al-Assad. Dia akhirnya menubuhkan sebuah pemerintahan minoriti Alawiyah untuk menyatukan kuasa dalam keluarganya. Selepas kematian Hafiz, anaknya Bashar al-Assad mewarisi kepresidenan pada 2000.

Sejak revolusi musim bunga Arab pada 2011, Syria telah terlibat dalam perang saudara pelbagai pihak dengan penglibatan pelbagai negara, membawa kepada krisis pelarian dimana lebih 6 juta pelarian meninggalkan negara ini.[a] Kumpulan pengganas Daesh menawan banyak bandar Syria pada 2014–15, sebagai tindak balas yang mana Amerika Syarikat telah melancarkan sebuah gabungan antarabangsa untuk menewaskan IS di Syria. Selepas itu, tiga pertubuhan politik – Pemerintahan Syria Sementara, Pemerintahan Penyelamatan Syria, dan Rojava – muncul di wilayah Syria untuk mencabar pemerintahan Bashar. Pada akhir 2024, sebuah serangan pemberontak daripada gabungan pasukan pembangkang membawa kepada penawanan beberapa bandar utama, termasuk Damsyik, dan kejatuhan pemerintahan Assad.[12]

Sebuah negara dengan dataran yang subur, gunung yang tinggi dan gurun, Syria ialah rumah bagi kumpulan etnik dan agama yang pelbagai. Orang Arab ialah kumpulan etnik terbesar, dan Muslim Sunni ialah kumpulan agama terbesar.

Pentadbiran dan politik

[sunting | sunting sumber]

Bahagian pentadbiran

[sunting | sunting sumber]
Kegabenoran Syria

Syria dibahagikan kepada 14 kegabenoran, yang mana ia dibahagikan kepada 61 buah daerah. Pentadbiran Autonomi Syria Utara dan Timur atau Rojava pula ialah kawasan autonomi secara hakikatnya, tetapi tidak diiktiraf oleh negara.

No. Kegabenoran Ibu kota
1 Latakia Latakia
2 Idlib Idlib
3 Aleppo Aleppo
4 Raqqa Raqqa
5 Al-Hasakah Al-Hasakah
6 Tartus Tartus
7 Hama Hama
8 Deir ez-Zor Deir ez-Zor
9 Homs Homs
10 Damsyik Damsyik
11 Desa Damsyik Douma
12 Quneitra Quneitra
13 Daraa Daraa
14 Al-Suwayda Al-Suwayda

Industri petroleum

[sunting | sunting sumber]
Loji penapis minyak di Homs
Lebuhraya M5 berhampiran Al-Rastan

Industri petroleum Syria telah menunjukan kejatuhan ketara. Pada September 2014, ISIS telah mengeluarkan minyak lebih banyak iaitu 80,000 bbl/d (13,000 m3/d) berbanding 17,000 bbl/d (2,700 m3/d) rejim Syria. Menteri Minyak Syria mengatakan bahawa pada penghujung tahun 2014, pengeluaran minyak menjunam kepada 9,329 bbl/d (1,483.2 m3/d); ISIS sejak itu telah menawan lebih banyak medan minyak, dan meningkatkan anggaran pengeluaran minyak kepada 6,829 bbl/d (1,085.7 m3/d).[13] Pada tahun ketiga Perang Saudara Syria, timbalan menteri ekonomi, Salman Hayan mengatakan bahawa dua loji penapisan minyak utama Syria beroperasi dengan kurang daripada 10% kapasiti.[14]

Berdasarkan sejarah, Syria mengeluarkan minyak bergred berat daripada medan-medan yang terletak di timur laut sejak akhir 1960-an. Pada awal 1980-an, minyak bergred ringan, rendah sulfur telah ditemui berhampiran Deir ez-Zor di timur Syria. Kadar pengeluaran minyak Syria menurun secara drastik daripada puncaknya kepada 600,000 barrels per day (95,000 m3/d) (bpd) pada tahun 1995 sehingga kurang daripada 140,000 bbl/d (22,000 m3/d) pada tahun 2012.[15] Sebelum kekacauan meletus, lebih daripada 90% minyak Syria dieksport ke negara-negara Eropah, dan selebihnya dijual ke Turki.[16] Pendapatan gas dan minyak menyumbang sekitar 20% daripada keluaran negara kasar dan 25% daripada jumlah pendapatan kerajaan.[16]

Demografi

[sunting | sunting sumber]

Kebudayaan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Sources:
    • [11]
    • Alsharif, Asma (16 August 2012). "Organization of Islamic Cooperation suspends Syria". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 September 2022.
    • "Islamic bloc suspends Syria membership over crisis". DW News. 16 August 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 June 2018.
    • "Organisation of Islamic Cooperation suspends Syria". Ahram Online. 16 August 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 July 2018.
    • "OIC Suspends Syria Over Crackdown". RFE/RL. 16 August 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 February 2023.
  1. ^ a b "Syria: People and society". The World Factbook. CIA. 10 May 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 February 2021. Dicapai pada 30 December 2021.
  2. ^ "Syria (10/03)".
  3. ^ "Syria's Religious, Ethnic Groups". 20 December 2012.
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Khalifa2013
  5. ^ Shoup, John A. (2018), The History of Syria, ABC-CLIO, m/s. 6, ISBN 978-1440858352, Syria has several other ethnic groups, the Kurds... they make up an estimated 9 percent...Turkomen comprise around 4-5 percent of the total population. The rest of the ethnic mix of Syria is made of Assyrians (about 4 percent), Armenians (about 2 percent), and Circassians (about 1 percent).
  6. ^ "Syrian ministry of foreign affairs". Diarkibkan daripada yang asal pada 11 May 2012.
  7. ^ "Syria Population". World of Meters.info. Dicapai pada 6 November 2024.
  8. ^ a b c "Syria". The World Factbook. Central Intelligence Agency. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 February 2021. Dicapai pada 7 April 2021.
  9. ^ "World Bank GINI index". World Bank. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 February 2015. Dicapai pada 22 January 2013.
  10. ^ "HUMAN DEVELOPMENT REPORT 2023-24" (PDF). United Nations Development Programme (dalam bahasa Inggeris). United Nations Development Programme. 13 March 2024. m/s. 274–277. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 1 May 2024. Dicapai pada 3 May 2024.
  11. ^ "Regional group votes to suspend Syria; rebels claim downing of jet". CNN. 14 August 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 August 2012. Dicapai pada 14 August 2012.
  12. ^ Al-Khalidi, Suleiman; Azhari, Timour (8 December 2024). "Syrian rebels topple Assad, transforming Middle East". Reuters.
  13. ^ "Syria regime revenues shrink as losses mount". The Daily Star. AFP. 30 May 2015. Dicapai pada 31 May 2015.
  14. ^ Al-Khalidi, Suleiman (January 27, 2015). "Syria raises fuel prices to snuff out black market, soothe unrest". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-01-27. Dicapai pada January 28, 2015.
  15. ^ "Syria says preparing to finalize oil deal with Russia". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-24. Dicapai pada 28 August 2012.
  16. ^ a b "The Syrian Economy: Hanging by a Thread". Carnegie Endowment for International Peace. 20 June 2012.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]