Perang Saudara Rusia
Perang Saudara Rusia | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Arah jam dari atas: Askar Tentera Don pada 1919; Divisyen infantri Rusia Putih pada Mac 1920; askar Tentera Berkuda Pertama; Leon Trotsky pada 1918; penggantungan Bolshevik oleh Kor Czechoslovak. | ||||||||
| ||||||||
Pihak yang terlibat | ||||||||
Angkatan Komunis: Parti Bolshevik (tidak berkuasa sehingga 7 November 1917) Republik Sosialis Persekutuan Soviet Rusia dan Tentera Merah (dari 7 November 1917) RSS Ukraine Kesatuan Soviet (dari 30 Disember 1922) Tentera Hitam (bersekutu dengan Bolshevik sehingga 1920) |
Republik Rusia (hingga 7 November 1917) Estonia |
Kuasa Tengah (1917 – 1918): Republik Rakyat Ukraine Tentera Hijau Kediktatoran Centrocaspiy Gerakan nasionalis, negeri nasionalis dan gerakan terpencar | ||||||
Kekuatan | ||||||||
3,000,000[1] | 2,400,000 Rusia Putih, 155,000 Pihak Berikat. | Beberapa ratus ribu | ||||||
Kerugian dan korban | ||||||||
1,212,824 terkorban | Sekurang-kurangnya 300,000 | ? | ||||||
Korban orang awam barangkali lebih 13 juta. Sekurang-kurangnya 1 juta pelarian meninggalkan Rusia selamanya. |
Perang Saudara Rusia merupakan antara satu peperangan saudara yang berlaku mulai dari 1917 hingga 1921 antara beberapa kumpulan di Rusia. Persengketaan utama adalah di antara dua kumpulan: iaitu Tentera Merah dan Tentera Putih. Tentera Merah berfahaman komunisme, manakala Tentera Putih merupakan penentang komunis. Tentera Merah telah memenangi peperangan ini. Selepas perang tersebut, golongan yang berfahaman komunis tersebut telah menubuhkan Kesatuan Soviet pada 1922. Pertempuran yang terganas berlaku pada 1918 sehingga 1920. Operasi-operasi ketenteraan utama berakhir pada 25 Oktober 1922 apabila Tentera Merah menakluk kota Vladivostok di Rusia Timur.
Pengenalan
[sunting | sunting sumber]Selepas kemunduran Maharaja Rusia Nicholas II dari takhta, Pemerintah Sementara Rusia ditubuhkan semasa Revolusi Februari pada tahun 1917. Pada Revolusi Oktober yang berikutnya pula, askar-askar Parti Bolshevik mengambil kuasa di kota Saint Petersburg (dikenali pada masa itu sebagai Petrograd) dan menakluk bandar-bandar bekas Empayar Rusia yang lain satu-persatu. Pada Januari 1918, Parti Bolshevik membubarkan Majlis Konstituen Rusia dan mengisytiharkan bahawa pihak mereka akan menjadi permerintah baru Rusia.
Dengan segera, pihak Bolshevik meminta Empayar Jerman supaya menghentikan serangannya terhadap Rusia seperti apa yang ketua Parti Bolshevik ,Vladimir Lenin, telah menjanjikan kepada rakyatnya dan pada 18 Februari 1918 Perjanjian Brest-Litovsk ditandatangani yang mengakibatkan banyak wilayah-wilayah Rusia dirampasi oleh Empayar Jerman dan Uthmaniyyah. Ini mencetuskan kemarahan di antara golongan-golongan nasionalis dan konservatif terhadap pihak Bolshevik pada masa itu.
Sebuah persekutuan Anti-Bolshevik yang terdiri daripada pemilik-pemilik tanah, jeneral-jeneral tentera, golongan nasionalis dan konservatif, penyokong-penyokong maharaja Rusia pun ditubuhkan untuk menentang pihak Bolshevik. Persekutuan ini dipimpini oleh Laksamana Kolchak, Jeneral Yudenich, Jeneral Denikin dan dinamakan Gerakan Putih atau lebih dikenali sebagai Tentera Putih.