Pergi ke kandungan

Penggulingan Kerajaan Hawaii

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kerajaan Hawaii digulingkan pada 17 Januari 1893 melalui suatu kudeta pimpinan warga asing (kebanyakannya dari Amerika Syarikat) dalam kota Honolulu, Oahu menentang Ratu Liliʻuokalani dan rakyat jelata baginda.[1] Para pemimpin kudeta ini menubuhkan suatu pemerintahan republik mengambil alih kekuasaan dalam kepulauan ini dengan tujuan memberi peluang kepada pihak Amerika Syarikat mengilhak negara tersebut. Pengilhakan ini berlangsung tidak lama selepas itu pada 1898.

Faktor utama

[sunting | sunting sumber]

Pengaruh peladang dan pedagang

[sunting | sunting sumber]

Konflik pemerintahan

[sunting | sunting sumber]

Tindakan penggulingan

[sunting | sunting sumber]

Committee of Safety

[sunting | sunting sumber]

Pihak penentang kerajaan ini terdiri daripada Jawatankuasa Keselamatan Hawaii (Committee of Safety) dipimpin Henry E. Cooper, seorang peguam warga Amerika Syarikat, serta Lorrin Thurston, seorang ketua penerbit akhbar warga Hawaii dan bekas Menteri Dalam Negeri kerajaan Hawaii;[2] pihak ini turut mendapat sokongan daripada kelas pedagang di kepulauan Hawaii yang berasal dari Amerika Syarikat dan Eropah.[3][4][5] Jawatankuasa ini pula membentuk suatu sayap paramiliter sendiri iaitu Honolulu Rifles yang dianggotai sebanyak 1,500 orang.

Pergelutan

[sunting | sunting sumber]

Kegentingan mula tercetus apabila seorang revolusioner bernama John Good menembak Leialoha, seorang polis yang cuba menghentikan sebuah kereta kuda yang mengangkut bekalan senjata Honolulu Rifles.[6] Pihak Jawatankuasa Keselamatan risau akan kejadian ini yang akan menyebabkan pihak kerajaan bertindak menahan mereka, Maka dengan itu, pihak Rifles menyerbu bangunan kerajaan Aliʻiōlani Hale di mana mereka menunggu angkatan tindak balas Ratu yang bersemayam di Istana ʻIolani di raha bertentangan mereka.[7] Tindakan pengepungan ini turut diiktiraf Duta Amerika Syarikat kepada Hawaii John L. Stevens di mana beliau mengarahkan segerombolan Marin mendarat di Oahu atas permintaan pihak pengguling.[8]

Ratu Liliʻuokalani dikepung dalam persemayaman di Istana tersebut. Kehadiran anggota Marin dan kelasi Amerika di pekarangan istana itu sangat menggerunkan pihak Istana walaupun mereka tidak sekalipun menyerang kawasan tersebut atau melepaskan sebarang tembakan. Pihak baginda merasa tidak mampu melindugi diri sendiri, serta merasakan tidak mahu memanjangkan pergaduhan atau menyebabkan kehilangan nyawa; oleh itu baginda mengarahkan angkatannya menyerah diri.[9]

Pihak Honolulu Rifles memasuki pekarangan istana lalu suatu pemerintah sementara turut diisytiharkan dengan Sanford Dole sebagai Presiden pada 17 Januari 1893 sekaligus mengusir Ratu dan kabinet diraja baginda.[10]:581–587 Republik Hawaii disiytiharkan pada 4 Julai 1894.

Pemberontakan balas

[sunting | sunting sumber]

Suatu pemberontakan meletus selepas kejadian ini dengan suatu percubaan rampasan kuasa pada Januari 1895 oleh golongan yang taat setia kepada Ratu Liliʻuokalani untuk memulihkan takhta baginda. Baginda ratu dituduh menyembunyikan rancangan sebegitu (misprision of treason) dan ditahan atas dakwaan tersebut di persemayamannya. Baginda mengisytiharkan pelepasan takhta baginda pada 24 Januari menamatkan pemerintahan beraja ke atas Kepulauan Hawaii.[11]

  1. ^ Congressional Record: Proceedings and Debates of the Congress (dalam bahasa Inggeris). U.S. Government Printing Office. 1894. WHO WERE THE PARTIES THAT ASKED FOR AMERICAN AID. Six of them were Hawaiians, one English, and one German; five were Americans, but residents of Honolulu; a majority alien to us.
  2. ^ Roark, James L.; Johnson, Michael P.; Cohen, Patricia Cline; Stage, Sarah; Hartmann, Susan M. (9 Januari 2012). The American Promise, Combined Volume: A History of the United States. Bedford/St. Martin's. m/s. 660. ISBN 978-0-312-66312-4.
  3. ^ Vernon M. Briggs (1 Januari 2003). Mass Immigration and the National Interest: Policy Directions for the New Century. M.E. Sharpe. m/s. 72. ISBN 978-0-7656-0934-2.
  4. ^ Vernon M. Briggs (2001). Immigration and American Unionism. Cornell University Press. m/s. 58. ISBN 0-8014-8710-2.
  5. ^ Tom Ginsburg; Rosalind Dixon (1 Januari 2011). Comparative Constitutional Law. Edward Elgar Publishing. m/s. 181. ISBN 978-0-85793-121-4.
  6. ^ "An Officer Shot – He Suspected There Was Ammunition on the Wagon". The Daily Bulletin. V (626). Honolulu: J. W. Robertson. 17 Januari 1893. m/s. 3. Dicapai pada 27 Julai 2016.
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama autogenerated1
  8. ^ Jack Utter (2001). American Indians: Answers to Today's Questions. University of Oklahoma Press. m/s. 414. ISBN 978-0-8061-3309-6.
  9. ^ Russ, William Adam (1992). The Hawaiian Revolution (1893–94). Associated University Presses. m/s. 350. ISBN 0-945636-43-1.
  10. ^ Ralph Simpson Kuykendall (1967). Hawaiian Kingdom 1874–1893, the Kalakaua Dynasty. 3. University of Hawaii Press. ISBN 978-0-87022-433-1.
  11. ^ "Abdication of Queen Liliuokalani: Safety at the Price of a Kingdom, of Little Moment Now for the Cause of the Royalists is a Lost Cause". The Morning Call. San Francisco. 7 Februari 1895. Dicapai pada 19 Julai 2010.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]