Pergi ke kandungan

Mira Bai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mirabai
Lukisan Mirabai
Peribadi
Kelahiranc. 1498 (1498-11-22UTC23:48:04)[1]
Kudki, Kerajaan Marwar]] (kini Rajasthan, India)
Kematianc. 1547(1547-00-00) (umur 48–49)
Dwarka, Kesultanan Gujarat (present-day Gujarat, India)
AgamaHinduisme
Nama lain
  • Meera
  • Meera Bai
  • Mira

Meera, lebih dikenali sebagai Mirabai[2] merupakan seorang penyair yang alim pada abad ke-16 yang menyanyikan banyak lagu-lagu suci agama Hindu. Beliau merupakan tokoh yang paling hebat pada zaman Gerakan Bhakti di India - suatu gerakan agama Hindu untuk membangkitkan, membangunkan dan menyatukan orang biasa dan golongan kerabat diraja dengan kuasa kesaktian cinta ketuhanan.[3][4][5]

Mira Bai adalah puteri Ratan Singh[6] dari Kudki, sebuah kampung di Rajasthan. Ketika masih berumur tiga tahun, beliau telah amat tertarik dengan arca Giridhar (Sri Krishna) yang diberikan kepadanya oleh seorang Sadhu (orang alim). Ketika Mira berumur lima tahun, beliau menyaksikan suatu perarakan perkahwinan di hadapan rumahnya. Dengan penuh beria-ia, Mira menyoal ibunya, "Siapakah bakal pengantin lelaki saya, ibu?" Dengan bersenyum, ibunya menjawab bahawa Giridhar akan menjadi pengantin lelakinya. Kata-kata ini terpahat dalam hati Mira. Ketika Mira berusia lapan tahun, ibunya meninggal dunia.

Karya-karya

[sunting | sunting sumber]

Beberapa lagu-lagu Mira Bai masih popular di India sebagai llagu-lagu suci atau Bhajan. Lagu-lagu Mira mempunyai maksud falsafah yang mendalam. Antara puisi terkenal Mira ialah "Paayoji maine Ram Ratan dhan paayo" (पायो जी मैंने राम रतन धन पायो।, "Aku telah diberkati dengan restu kekayaan Rama". Puisi-puisi Mira adalah dalam bahasa Rajasthani.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Robert Bly dan Jane Hirshfield (2004), Mirabai: Ecstatic Poems, Beacon Press, ISBN 978-0807063866
  • Chaturvedī, Ācārya Parashurām(a), Mīrāʼnbāī kī padāvalī, (edisi 16)
  • Goetz, Hermann, Mira Bai: Her Life and Times, Bombay 1966
  • Levi, Louise Landes. Sweet on My Lips. The Love Poems of Mira Bai. Cool Grove PrBrooklyn NY,1997,2003,2016
  • Mirabai: Liebesnärrin. Die Verse der indischen Dichterin und Mystikerin, 2006 (ISBN 3-935727-09-7)
  • Hawley, John Stratton. The Bhakti Voices: Mirabai, Surdas, and Kabir in Their Times and Ours, Oxford 2005.
  • Sethi, V.K.: Mira—The Divine Lover; Radha Soami Satsang Beas, Punjab, India; 1988
  • Bankey Behari (1935). The Story of Mira Bai. Gorakhpur: Gita Press. OCLC 798221814.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Usha Nilsson (1997), Mira bai, Sahitya Akademi, ISBN 978-8126004119, pages 1-15
  2. ^ "Mira Bai". Encyclopædia Britannica. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 December 2018. Dicapai pada 30 July 2015.
  3. ^ http://eoh.rkmathbangalore.org/describe/word/M%C4%ABr%C4%81b%C4%81%C4%AB
  4. ^ Karen Pechelis (2004), The Graceful Guru, Oxford University Press, ISBN 978-0195145373, muka surat 21-23, 29-30
  5. ^ Neeti Sadarangani (2004), Bhakti Poetry in Medieval India: Its Inception, Cultural Encounter and Impact, Sarup & Sons, ISBN 978-8176254366, muka surat 76-80
  6. ^ https://www.britannica.com/biography/Mira-Bai