Mikrobiologi
Mikrobiologi (Jawi: ميکروبيولوݢي ) (daripada bahasa Greek Kuno μῑκρος , mīkros, "kecil"; βίος , bios, "hidupan"; dan -λογία , -logia) ialah kajian mengenai mikroorganisma termasuk virus, kulat, bakteria dan lain-lain.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Bidang mikrobiologi bermula pada tahun 1676. Seorang individu bernama Anton van Leeuwenhoek telah menemui kewujudan bakteria dan mikroorganisma lain dengan menggunakan mikroskop buatan sendiri yang terdiri daripada kanta tunggal. Lelaki ini merupakan ahli mikrobiologi yang pertama di dunia yang berjaya melihat mikroorganisma dengan menggunakan mikroskop ciptaan sendiri. Robert Hooke telah mencipta sejarah apabila berjaya menemui kulat pada buah pada tahun 1665. Pada abad ke-19, Ferdinand Cohn merupakan seorang ahli botani yang telah membuat kajian mengenai alga dan bakteria fotosintetik dan dapat mengenal pasti jenis bakteria seperti Bacillus. Individu ini turut berjaya membuat pengelasan mengenai jenis bakteria dan spora. Mikroskop yang digunakan Leeuwenhoek ketika itu berbentuk kanta pembesar tunggal berbentuk dwicembung dengan spesimen yang diletakkan di antara sudut apertura kecil pada penahan logam. Alat itu dipegang dekat dengan mata dan objek yang ada di sisi lain lensa disesuaikan untuk mendapatkan fokus.
Senarai bidang Mikrobiologi
[sunting | sunting sumber]Parasitologi (Kajian parasit)
Virologi (Kajian Virus)
Bakteriologi (Kajian Bakteria)
Mikologi (Kajian Kulat)
Mikrobiologi Makanan (Kajian mikroorganisma dalam makanan)
Imunologi (berkaitan dengan pelalian atau daya tahan terhadap penyakit)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Syarahan dalam talian mengenai mikrobiologi Diarkibkan 2008-05-09 di Wayback Machine University of South Carolina (Universiti Carolina Selatan)
- Microbiology Dalam Talian Diarkibkan 2010-04-17 di Wayback Machine
- Madigan M, Martinko J (penyunting) (2006). Brock Biology of Microorganisms (ed. ke-13). Pearson Education. hlmn. 1096. ISBN 0-321-73551-X.
- Penn M & Dworkin M, "Robert Koch and two visions of microbiology", Bacteriol Rev, 1976 Jun;40(2):276-83