Manhua
Manhua (Cina ringkas: 漫画 ; Cina tradisional: 漫畫 ; Pinyin Mandarin: Mànhuà; Jyutping: maan6 waa2) adalah komik berbahasa Cina yang dikeluarkan di Tanah Besar China, Hong Kong, dan Taiwan.
Asal Kata
[sunting | sunting sumber]Kata "manhua", dari segi bahasanya bermaksud "lakaran-lakaran spontan", adalah istilah asal kurun ke-18 yang digunakan di dalam seni lukisan dakwat hitam Cina. Ianya dikenali di Jepun sebagai manga pada awal kurun ke-19. Feng Zikai, memperkenalkan semula istilah ini dalam bentuk moden dalam kartun-kartun bersirinya pada tahun 1925 yang bertajuk Zikai Manhua.[1]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Contoh-contoh lukisan tertua Cina yang masih ada ialah ukiran batu dari kurun ke-11 SM dan pasu dari 5000 hingga 3000 SM. Contoh-contoh yang lain termasuklah lukisan-lukisan berus dari Dinasti Ming, satu lukisan satira berjudul "Peacocks" di awal Dinasti Qing oleh pelukis Zhu Da, dan satu hasil kerja yang dipanggil "Ghosts' Farce Pictures" dari sekitar 1771 oleh Luo Liang-feng. Manhua Cina dilahirkan lewat kurun ke-19 dan ke-20, kira-kira antara tahun 1867 hingga 1927.[2]
Istilah
[sunting | sunting sumber]Jenis
[sunting | sunting sumber]Sebelum istilah asal diwujudkan, seni ini dikenali dengan beberapa nama.[2]
English | Pinyin | Chinese (tradisional/ringkas) |
---|---|---|
Gambar-gambar kiasan | Rúyì Huà | 如意畫 / 如意画 |
Gambar-gambar Sindiran | Fĕngcì Huà | 諷刺畫 / 讽刺画 |
Gambar-gambar Politik | Zhèngzhì Huà | 政治畫 / 政治画 |
Gambar-gambar Semasa | Shíshì Huà | 時事畫 / 时事画 |
Gambar-gambar Pelaporan | Bàodǎo Huà | 報導畫 / 报导画 |
Gambar-gambar Perakaman | Jìlù Huà | 紀錄畫 / 纪录画 |
Gambar-gambar Hiburan | Huáji Huà | 滑稽畫 / 滑稽画 |
Gambar-gambar Komedi | Xiào Huà | 笑畫 / 笑画 |
Manhua hari ini hanya dikelaskan kepada 4 jenis sahaja.
English |
---|
Manhua satira dan politik |
Manhua lucu |
Manhua Aksi |
Manhua Kanak-Kanak |
Ciri-Ciri
[sunting | sunting sumber]Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]Rujukan dalaman
[sunting | sunting sumber]- ^ Petersen, Robert S. (2011). Comics, Manga, and Graphic Novels: A History of Graphic Narratives. ABC-CLIO. ISBN 9780313363306.
- ^ a b Wong, Wendy Siuyi. [2002] (2001) Hong Kong Comics: A History of Manhua. Princeton Architectural Press, New York. ISBN 1-56898-269-0
Pautan Luar
[sunting | sunting sumber]Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.