Lapulapu
Lapulapu داتو لاڤو٢ | |
---|---|
Kelahiran | 1491 |
Meninggal dunia | 1542 (berumur 50–51) |
Monumen | |
Terkenal kerana | Memerintah pasukan Visayan yang membunuh Ferdinand Magellan |
Pangkat | Datu Mactan |
Lapulapu (1491–1542) atau dikenali dengan panggilan Datu Lapulapu ialah pemerintah Islam di wilayah Mactan, sebuah pulau di Visayas, Filipina. Beliau juga dikenali sebagai pahlawan Islam dan bumiputera pertama dari kepulauan terbabit yang bangun menentang penjajahan Empayar Sepanyol dengan menggunakan senjata. Dalam pertempuran yang dinamakan Pertempuran Mactan, Lapulapu bersama bala tenteranya seramai 1,500 orang dengan bersenjatakan tombak dan parang telah menyerang tentera Ferdinand Magellan; pertempuran ini telah mengakibatkan kematian penjelajah tersebut.[1]
Peperangan Mactan tercetus selepas Raja Humabon yang murtad dari agama Islam dan berpakat dengan Ferdinand Magellan untuk menghancurkan kerajaan Islam di wilayah Mactan. Pada peringkat awal, Ferdinand Magellan menggunakan cara yang licik dengan cara memujuk Lapu-Lapu supaya memeluk agama Kristian. Namun, Lapu-lapu menolak pujukan Ferdinand Magellan. Dengan angkuhnya Ferdinand Magellan berkata," Aku dengan nama Al-Masih meminta kalian menyerah. Kami adalah bangsa kulit putih pemilik tamadun. Dan kami lebih berhak keatas negeri ini" Sebagai membalas pujukan tersebut, Labu-Labu telah menghantar surat kepada Ferdinand Magellan. Isi kandungan tersebut berbunyi:
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Daripada Pemerintah Orang Islam di Mactan, Lapulapu kepada Pendeta Portugis Magellan. Beta menerima surat amaran dengan nama Kristus di atas tanah air kami supaya menerima tuntutan bangsa kulit putih yang mengatakan bahawa mereka lebih layak dan lebih utama keatas tanah ini daripada kami. Adapun beta berkata kepada kamu dengan nama Allah. Sesungguhnya (sebenar-benar) agama hanyalah kepada Allah. Dan Sesungguhnya Dia-lah Tuhan yang kami sembah, Allah Tuhan seluruh manusia tanpa mengira warna kulit dan bangsa mereka. Keluarlah wahai anjing-anjing salib".
Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan Lapulapu, kerajaan Filipina telah berkenan untuk mengangkat Lapulapu menjadi simbol kepahlawanan dan perwira kebangsaan Filipina. Sebagai penghormatan keatas keberaniannya, rakyat Cebuano mendirikan patung Lapulapu dan mengganti nama kota Opon di Cebu menjadi Kota Lapu-Lapu. Selain itu juga, wajah Lapulapu tertera pada duit syiling Filipina.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Briney, Amanda. "Ferdinand Magellan". Dicapai pada 6 February 2013.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.