Pergi ke kandungan

Kucing tiga warna

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
  1. Kucing-kucing lahir dengan tiga warna atau belang tiga (hitam, putih & oren) secara normal adalah betina. Jika terdapat kucing jantan tiga warna, bermakna kucing jantan itu cacat & mandul. Kecacatan ini terjadi akibat lebihnya kromosom X pada kucing jantan.
  2. Genetik kucing yang menyalin bulu berwarna oren atau hitam, terkandung dalam kromosom X. Setiap kucing betina normal mempunyai dua kromosom X. Bermakna kromosom kucing betina adalah XX & kerana kucing betina mempunyai dua kromosom X (XX), kucing betina boleh mempunyai kedua-dua warna sekaligus, oren dan hitam.
  3. Manakala, kucing jantan normal mempunyai kromosom XY & hanyalah mempunyai satu kromosom X. Kerana itu, kucing jantan memiliki warna oren ATAU hitam sahaja, dan bukanlah kedua-dua warna sekali.
  4. Bulu berwarna putih tidak mewakili sebarang kromosom dan boleh ada pada setiap jantina , dan kromosom Y juga tidak mewakili sebarang warna.

Kesimpulan:

[sunting | sunting sumber]

Ini bermaksud, seekor kucing jantan normal memiliki kromosom XY, mustahil untuk memiliki tiga warna kerana memiliki satu kromosom X sahaja. Jika terdapat kucing jantan memiliki tiga warna, itu adalah kerana kucing jantan tersebut mempunyai kromosom X yang lebih, iaitu (XXY).

Kucing jantan (mahupun manusia) yang mempunyai kromosom XXY adalah cacat dan mandul. Keadaan ini adalah sama dengan Sindrom Klinefelter

Info mengenai Kromosom:

[sunting | sunting sumber]
  • Kromosom Y mewakili: Lelaki/Jantan
  • Kromosom X mewakili: Perempuan/Betina
  • Kromosom normal bagi lelaki/jantan: XY
  • Kromosom normal bagi perempuan/betina: XX