Pergi ke kandungan

Kerabat Hanover

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kerabat Hanover
Jata kerabat Hanover
Kerabat indukBonifaciObertenghiEsteWelf
Negara
EtimologiHanover
Diasaskan1635
PengasasGeorge, Duke Brunswick-Lüneburg
Ketua sekarangErnst August, Putera Hanover
Gelaran
Penurunan takhta

Kerabat Hanover (Jerman: Haus Hannover), adalah sebuah kerabat diraja Eropah yang berasal dari Jerman[1] yang pernah memerintah Hanover, Great Britain, dan Ireland dalam beberapa tempoh pada kurun ke-17 sehingga ke-20. Kerabat ini bermula pada tahun 1635 sebagai sebuah cabang kadet dari kerabat Brunswick-Lüneburg, membesar dengan prestij sehingga Hanover menjadi sebuah Electorate pada tahun 1692. George I menjadi monarki Hanover pertama dari Great Britain dan Ireland pada tahun 1714. Semasa kematian Ratu Victoria pada tahun 1901, takhta United Kingdom telah diserahkan kepada anak lelaki sulung baginda, Edward VII, seorang anggota dalam kerabat Saxe-Coburg dan Gotha. Anggota memerintah terakhir dari kerabat ini terlepas kepada Duchy Brunswick pada tahun 1918 apabila Jerman menjadi sebuah republik.

Nama rasmi kerabat ini adalah Kerabat Brunswick-Lüneburg, keturunan Hanover.[2] Keturunan kanan dalam Brunswick-Lüneburg, yang memerintah Brunswick-Wolfenbüttel, telah pupus pada tahun 1884. Kerabat Hanover yang masih tinggal kini adalah kerabat Welf, yang mana merupakan cabang kanan dalam kerabat Este. Ketua kerabat Hanover sekarang adalah Ernst August, Putera Hanover.

Duke dan Elektor dari Brunswick-Lüneburg

[sunting | sunting sumber]

George, Duke dari Brunswick-Lüneburg adalah anggota pertama dalam Kerabat Hanover.[3] Apabila Duchy Brunswick-Lüneburg dibahagikan pada tahun 1635, George mewarisi Prinsipaliti Calenberg dan memindahkan kediaman baginda ke Hanover. Anak lelaki baginda, Christian Louis, mewarisi Prinsipaliti Lüneburg daripada abang George. Calenberg dan Lüneburg kemudian dikongsi antara anak-anak lelaki George sehingga disatukan pada tahun 1705 oleh cucu lelaki baginda, yang juga dikenali sebagai George, yang mana kemudian naik takhta sebagai George I dari Great Britain. Semuanya memegang gelaran Duke Brunswick-Lüneburg. George meninggal dunia pada 1641 dan digantikan oleh:

  • Christian Louis, anak lelaki sulung Duke George, Putera Calenberg (1641–1648) dan Putera Lüneburg (1648–1665). Beliau melepaskan Calenburg apabila menjadi Putera Lüneburg.
  • George William, anak lelaki kedua Duke George, Putera Calenberg (1648–1665) dan Putera Lüneburg (1665–1705). Beliau melepaskan Calenburg apabila menjadi Putera Lüneburg selepas kematian abang beliau, Christian Louis.
  • John Frederick, anak lelaki ketiga Duke George, Putera Calenberg (1665–1679).
  • Ernest Augustus, anak lelaki ke-4 Duke George, Putera Calenberg (1679–1698). Beliau menjadi Putera Calenberg selepas kematian abang beliau John Frederick. Beliau diangkat sebagai prince-elector dari Empayar Suci Rom pada tahun 1692. Isteri Ernest Augustus, Sophia dari Palatinate, telah diistiharkan sebagai pewaris perempuan ke atas takhta England oleh Akta Penyelesaian 1701, yang mana mengdekrikan bahawa Katolik Rom tidak boleh menaiki takhta. Sophia pada masa itu adalah Protestant kanan berketurunan James I dari England yang layak.
  • George Louis, anak lelaki Duke Ernest Augustus dan Sophia, menjadi Elektor dan Putera Calenberg pada 1698 dan Putera Lüneburg apabila pakcik beliau, George William mati pada tahun 1705. Beliau mewarisi tuntutan ibu beliau ke atas takhta Great Britain apabila beliau mati pada 1714.

Monarki Great Britain, Ireland, dan Hanover

[sunting | sunting sumber]
Monarki Great Britain, Ireland, dan Hanover
George I (1714–1727)
George II (1727–1760)
George III (1760–1820)
George IV (1820–1830)
William IV (1830–1837)
Victoria (1837–1901)

Pada tahun 1714, George Louis menjadi monarki Bitain pertama dari Kerabat Hanover dan dikenali dengan nama George I.[4]:13 Dinasti ini memberikan enam monarki dari Britain:

Dari Kerajaan beraja Great Britain dan Ireland (diubah pada tahun 1801 kepada United Kingdom Great Britain dan Ireland):[nota 1]

  1. George I (r. 1714–1727) (Georg Ludwig = George Louis)
  2. George II (r. 1727–1760) (Georg August = George Augustus)
  3. George III (r. 1760–1820)
  4. George IV (r. 1820–1830)
  5. William IV (r. 1830–1837)
  6. Victoria (r. 1837–1901).

George I, George II, dan George III juga berkhidmat sebagai elector dan duke di Brunswick-Lüneburg, secara tak rasmi, Elector dari Hanover (cf. kesatuan peribadi).

Bermula pada tahun 1814, apabila Hanover menjadi sebuah kerajaan beraja, monarki Britain juga adalah Raja Hanover.

Selepas kematian William IV pada tahun 1837, kesatuan peribadi ke takhta United Kingdom dan Hanover berakhir. Pewarisan ke atas takhta Hanover dikawal oleh separa-undang-undang Salic (agnatic-cognatic), yang mana memberi keutamaan kepada semua pewaris lelaki berbanding perempuan, oleh itu ia tidak diserahkan kepada Ratu Victoria tetapi pakcik baginda, Duke Cumberland.[4]:13,14 Pada tahun 1901, apabila Ratu Victoria, monarki Britain terakhir dari Kerabat Hanover meninggal dunia, anak lelaki dan pewaris beliau Edward VII menjadi monarki Britain pertama dari kerabat Saxe-Coburg dan Gotha, Edward menggunakan nama keluarga baginda dari ayah baginda, Putera Albert dari Saxe-Coburg-Gotha.[4]:14

Raja Hanover selepas perpecahan kesatuan peribadi

[sunting | sunting sumber]
Raja-raja Hanover selepas perpecahan kesatuan peribadi

Selepas kematian William IV pada tahun 1837, berikut adalaj raja-raja Hanover yang meneruskan dinasti:

Istana-istana
Istana Leine di Hanover (bekas kediaman diraja di kerajaan beraja Hanover)
Istana dan taman Herrenhausen di Hanover (sekitar 1708)
Istana Marienburg (Hanover), kediaman sekarang bagi Putera Hanover

Templat:House of Hanover (UK)

Kerajaan beraja Hanover berkahir pada tahun 1866 apabila ia diilhak oleh Kerajaan beraja Prusia dan raja Hanover (dan duke Cumberland) terpaksa melarikan diri dan berada dalam buangan di Austria. Pada tahun 1866, pergolakkan antara kerabat Hanover dan Hohenzollern diselesaikan melalui sebuah perkahwinan antara Puteri Viktoria Luise dari Prusia dengan Ernest Augustus, Duke Brunswick, cucu lelaki raja yang terakhir.

Putera-bishop dari Osnabrück

[sunting | sunting sumber]

Pada penghujung Perang Tiga Puluh Tahun, Perdamaian Westphalia (1648) menganugerahkan Putera-Bishop Osnabrück untuk digilirkan dengan seorang bishop Katolik dan sebuah cabang kadet dalam Brunswick-Lüneburg.[5] Oleh kerana perjanjian ini mengutamakan kadet berbanding pewaris dan putera memerintah, Osnabrück menjadi satu bentuk appanage (dengan penggiliran) dari Kerabat Hanover.

Osnabrück adalah dimediatisasikan kepada Hanover pada tahun 1803.

Duke Brunswick

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1884, cabang senior dalam Kerabat Welf menjadi pupus. Mengikut undang-undang Salic separa, Kerabat Hanover akan dinaikkan kepada Duchy Brunswick, tetapi tekanan kuat dari Prusia menentang akan George V dari Hanover atau anak lelaki beliau, Duke Cumberland, diangkat ke sebuah negeri anggota dalam empayar Jerman, sekurang-kurangnya tanpa syarat-syarat yang ketat, termasuk mengangkut sumpah ke atas perlembagaan Jerman. Mengikut undang-undang pada tahun 1879, Duchy Brunswick mewujudkan sebuah majlis kemahkotaan sementara untuk mengambil alih selepas kematian Duke, dan jika perlu melantik seorang pemerintah.

Duke Cumberland membuat pengistiharan sendiri bahawa beliau adalah Duke Brunswick semasa kematian Duke, dan rundingan yang panjang berlangsung, tapi tidak pernah diselesaikan. Putera Albrecht dari Prusia telah dilantik sebagai pemerintah; selepas kematian beliau pada tahun 1906, Duke John Albert dari Mecklenburg telah mengantikan beliau. Anak lelaki sulung bagi Duke Cumberland meninggal dunia dalam satu kemalangan kereta pada tahun 1912; si ayah kemudian melepaskan Brunswick bagi memberi laluan kepada anak lelaki beliau yang lebih muda, Ernest Augustus, yang telah mengahwini anak perempuan Kaiser, Victoria Louise pada tahun yang sama, bersumpah taat setia kepada empayar Jerman, dan dibenarkan untuk menaiki takhta Duchy pada bulan November 1913. Beliau adalah seorang mejar-jeneral semasa Perang Dunia I; tetapi telah diturunkan takhta sebagai Duke Brunswick pada tahun 1918. Bapa beliau juga dilucutkan dari gelaran-gelaran British pada tahun 1919, kerana "mengangkat senjata menentang Great Britain".

Setelah meninggalkan Istana Brunswick, duke dan keluarga beliau telah kembali dalam buangan di Istana Cumberland, Gmunden, Austria, akan tetapi pada tahun 1924; beliau telah menerima Istana Blankenburg dan beberapa estet dalam satu penyelesaian dengan Negeri Bebas Brunswick, dan berpindah ke sana pada tahun 1930. Beberapa hari sebelum Blankenburg diserahkan kepada Tentera Merah oleh pasukan tentera Britain dan A.S pada akhir tahun 1945, untuk dijadikan sebahagian daripada Jerman Timur, keluarga ini dengan pantas berpindah ke Istana Marienburg (Hanover) bersama-sama dengan seluruh perabut mereka, diangkut menggunakan trak-trak milik oleh tentera darat Britain, atas perintah dari Raja George VI.[6] Duke Ernest Augustus meninggal dunia di Istana Marienburg pada tahun 1953. Istana Herrenhausen milik beliau di Hanover musnah sepenuhnya semasa Perang Dunia II. Anak lelaki sulung beliau, Putera Ernest Augustus, menjual hartanah selebihnya di Herrenhausen Gardens pada tahun 1961, tetapi menyimpan "Princely House" yang terletak berhampiran, sebuah istana kecil yang telah dibina pada tahun 1720 oleh George I untuk anak perempuan beliau Anna Louise. Ia kini merupakan rumah persendirian cucu lelaki beliau, Ernest Augustus, bersama-sama dengan Istana Marienburg.

Para penuntut

[sunting | sunting sumber]
Jata raja-raja Hanover dari United Kingdom (1816–1837)
Jata kerajaan beraja Hanover 1837
Panji kerabat Hanover

Ketua-ketua kerabat Hanover selepasnya adalah:

Keluarga ini telah tinggal di Austria sejak tahun 1866, oleh itu menjadi warganegara Austria selain Jerman dan Britain. Sejak Raja Ernest Augustus mengasaskan Duke Cumberland dan Teviotdale dan Earl Armagh oleh bapa baginda George III pada tahun 1799, golongan bangsawan Britain diwarisi oleh keturunan baginda. Pada tahun 1914, gelaran tambahan Putera dari Great Britain dan Ireland telah diberikan kepada anggota-anggota kerabat oleh Raja George V. Golongan dan gelaran bangsawan ini bagaimanapun dihentikan di bawah Akta Perlucutan Hak Gelaran 1917.[nota 2] Bagaimanapun, gelaran Putera Diraja dari Great Britain dan Ireland telah dimasukkan ke dalam passport keluarga Jerman, bersama-sama gelaran-gelaran Jerman, pada tahun 1914. Selepas Revolusi Jerman 1918–19, dengan pembubaran keistimewaan golongan bangsawan,[nota 3] gelaran secara rasminya menjadi sebahagian daripada nama akhir. Oleh itu, gelaran putera Britain masih lagi menjadi daripada sebahagian nama akhir keluarga dalam passport Jerman milik mereka, sementara ia tidak lagi digunakan dalam dokumen Britain.[7]

Pada 29 Ogos 1931, Ernest Augustus, Duke Brunswick, sebagai ketua Kerabat Hanover, mengistiharkan secara rasmi ia disambung semula, untuk diri beliau sendiri dan keturunan beliau, menggunakan bekas gelaran kehormat Britain sebagai gelaran penuntut sekunder, yang mana, "Putera Diraja dari Great Britain dan Ireland", cucu lelaki beliau, yang mana merupakan ketua kerabat sekarang juga dipanggil Ernest Augustus, terus menggunakannyacontinues to claim.[8] Beliau mempunyai hak di bawah Akta Pelucutan Hak 1917 untuk memulihkan semula gelaran kebangsawan Britain lelulur beliau Duke Cumberland dan Teviotdale dan Earl Armagh, akan tetapi beliau tidak melakukan demikian. Bapa beliau, Ernest Augustus, melakukannya, dan berjaya menuntut kewarganegaraan Britain selepas Perang Dunia II melalui ketetapan Akta Naturalisasi Sophia 1705.[9] Berdasarkan keputusan yang dibuat oleh House of Lords, kesemua anggota keluarga yang menggunakan nama akhir Guelph di UK menggunakan gelaran Baginda di dalam dokumen mereka.

Senarai anggota

[sunting | sunting sumber]

Garis keturunan daripada bapa

[sunting | sunting sumber]
  1. Oberto I, 912–975
  2. Oberto Obizzo, 940–1017
  3. Albert Azzo I, Margrave dari Milan, 970–1029
  4. Albert Azzo II, Margrave dari Milan, meninggal dunia 997 atau 1009
  5. Welf I, Duke Bavaria, 1037–1101
  6. Henry IX, Duke Bavaria, 1074–1126
  7. Henry X, Duke Bavaria, 1108–1139
  8. Henry si Singa, 1129–1195
  9. William dari Winchester, Lord Lunenburg, 1184–1213
  10. Otto I, Duke Brunswick-Lüneburg, 1204–1252
  11. Albert I, Duke Brunswick-Lüneburg, 1236–1279
  12. Albert II, Duke Brunswick-Lüneburg, 1268–1318
  13. Magnus si Alim, Duke Brunswick-Lüneburg, 1304–1369
  14. Magnus II, Duke Brunswick-Lüneburg, 1328–1373
  15. Bernard I, Duke Brunswick-Lüneburg, 1362–1434
  16. Frederick II, Duke Brunswick-Lüneburg, 1408–1478
  17. Otto V, Duke Brunswick-Lüneburg, 1439–1471
  18. Heinrich, Duke Brunswick-Lüneburg, 1468–1532
  19. Ernest I, Duke Brunswick-Lüneburg, 1497–1546
  20. William, Duke Brunswick-Lüneburg, 1535–1592
  21. George, Duke Brunswick-Lüneburg, 1582–1641
  22. Ernest Augustus, Elektor dari Hanover, 1629–1698
  23. George I dari Great Britain, 1660–1727
  24. George II dari Great Britain, 1683–1760
  25. Frederick, Putera Wales, 1707–1751
  26. George III dari United Kingdom, 1738–1820
  27. Ernest Augustus, Raja Hanover, 1771–1851
  28. George V dari Hanover, 1819–1878
  29. Ernest Augustus, Putera Mahkota Hanover, 1845–1923
  30. Ernest Augustus, Duke Brunswick, 1887–1953
  31. Ernest Augustus, Putera Hanover, 1914–1987
  32. Ernst August, Putera Hanover, b. 1954
  33. Putera Ernest Augustus dari Hanover, b. 1983

Templat:House of Hanover family tree

Banyak bandar dan wilayah di seluruh empayar Britain telah dinamakan bersempena dengan nama Kerabat Hanover dan para anggotanya yang memerintah, seperti negeri A.S Georgia, bandar-bandar A.S. Hanover, Massachusetts, Hanover, New Hampshire, Hanover, Pennsylvania, Hanover Township, Kaunti Jo Daviess, Illinois, kaunti Kaunti Hanover, Virginia, Kaunti Caroline, Virginia, Kaunti Brunswick, Virginia, Kaunti New Hanover, North Carolina, Kaunti Brunswick, North Carolina, Kaunti King George, Virginia, tempat-tempat seperti Georgia di New Jersey (seperti New Brunswick, NJ), Vermont, Arkansas dan South Dakota, tujuh bandar di A.S. dan Kanada dinamakan bersempena dengan nama Ratu Charlotte, selain wilayah-wilayah Kanada seperti New Brunswick dan bandar-bandar Hanover, Ontario, Guelph, Ontario, dan Victoria, British Columbia, di bandar-bandar di Afrika Selatan seperti Hanover, Northern Cape, negeri di Australia seperti Victoria (Australia) dan bandar Adelaide, enam bandar di UK dan 13 di A.S dinamakan Brunswick, selain setiap satu di Australia dan New Zealand, dan 50 buah bandar dinamakan Victoria di seluruh dunia. Terdapat juga pelbagai nama jalan dan dataran seperti Hanover Square, Westminster, Hanover Square (Manhattan), Hanover Square, Syracuse atau Queen Street, Brisbane di mana persimpangannya juga dinamakan bersempena dengan nama anggota dalam kerabat ini.

Senibina Georgia juga memberi perbezaan gaya senibina antara tahun 1714 hingga 1830 di negara-negara berbahasa Inggeris.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "house of Hanover | Facts, History, & Monarchs | Britannica". www.britannica.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-02-09.
  2. ^ "Royal Arms of Britain". Heraldica. Dicapai pada 10 May 2016. The House of Brunswick Luneburg being one of the most illustrious and most ancient in Europe, the Hanoverian branch having filled for more than a century one of the most distinguished thrones, its possessions being among the most considerable in Germany;
  3. ^ Orr, Clarissa Campbell, penyunting (2002). Queenship in Britain 1660–1837: Royal Patronage, Court Culture and Dynastic Politics (ed. 1st). Manchester: Manchester University Press. ISBN 9780719057694.:195
  4. ^ a b c Picknett, Lynn; Prince, Clive; Prior, Stephen; Brydon, Robert (2002). War of the Windsors: A Century of Unconstitutional Monarchy. Mainstream Publishing. ISBN 1-84018-631-3..
  5. ^ Duggan, J. N. (2011). Sophia of Hanover: From Winter Princess to Heiress of Great Britain, 1630–1714. London: Peter Owen Publishers. ISBN 9780720614237. Berdasarkan Perdamaian Westphalia, "See of Osnabrück" akan dipegang secara bergilir-gilir antara seorang calon Katolik dan Protestant; bishop Protestant mestilah seorang anak lelaki yang lebih muda dari keluarga Brunswick-Lüneburg.
  6. ^ Viktoria Luise (Herzogin zu Braunschweig und Lüneburg) (1977). The Kaiser's Daughter: Memoirs of H. R. H. Viktoria Luise, Duchess of Brunswick and Lüneburg, Princess of Prussia. Prenticse-Hall. ISBN 978-0-13-514653-8.
  7. ^ "In der Prinzenrolle". HAZ – Hannoversche Allgemeine.
  8. ^ Ernst August (geb.1954) Prinz von Hannover at welfen.de (dalam bahasa Jerman)
  9. ^ Attorney-General v HRH Prince Ernest Augustus of Hanover [1957] 1 All ER 49

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Black, Jeremy (2003). "Georges I & II: Limited monarchs". History Today. 53 (2): 11+.
  • Black, Jeremy (2004). The Hanoverians: The History of a Dynasty.
  • Fraser, Flora. (2005). Princesses: The Six Daughters of George III. Knopf.
  • Plumb, J. H. (1974). The First Four Georges (ed. Revised). Hamlyn.
  • Redman, Alvin (1960). The House of Hanover. Coward-McCann.
  • Robertson, Charles (1911). England under the Hanoverians.
  • Schweizer, Karl W.; Black, Jeremy (1989). Politics and the Press in Hanoverian Britain. E. Mellon Press.
  • Simms, Brendan; Riotte, Torsten, penyunting (2009). The Hanoverian Dimension in British History, 1714–1837. Cambridge University Press. doi:10.1017/CBO9780511496936. ISBN 9780511496936.
  • Van der Kiste, John (1992). George III's Children. Sutton Publishing.
  • Bultmann, William A. "Early Hanoverian England (1714–1760): Some Recent Writings," in Elizabeth Chapin Furber, ed. Changing views on British history: essays on historical writing since 1939 (Harvard University Press, 1966), pp 181–205
  • O’Gorman, Frank (1986). "The Recent Historiography of the Hanoverian Regime". Historical Journal. 29 (4): 1005–1020. doi:10.1017/S0018246X00019178.
  • Snyder, Henry L. "Early Georgian England," in Richard Schlatter, ed., Recent Views on British History: Essays on Historical Writing since 1966 (Rutgers UP, 1984), pp. 167–196, historiography

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Kerabat Hanover
Cabang kadet bagi Kerabat Welf
Gelaran baharu
Duchy diasaskan daripada
duchy tunjang dari Saxony
Kerabat memerintah dari Duchy Brunswick-Lüneburg
1235–1692
Duchy menaik menjadi Electorate
by Maharaja Leopold I untuk bantuan
yang telah diberikan dalam Perang Sembilan Tahun 
Gelaran baharu
Duchy menjadi Electorate
Kerabat memerintah dari Elektorat Hanover
1692–1803
Elektorat dibubarkan
 Diduduki oleh Perancis semasa Perang Napoleon 
Didahului oleh
Kerabat Stuart
Kerabat memerintah dari Kerajaan beraja Great Britain
1714–1800
Kerajaan beraja digabungkan melalui
Akta Kesatuan 1800
Kerabat memerintah dari Kerajaan beraja Ireland
1714–1800
Gelaran baharu
Kesatuan Great Britain dan Ireland
Kerabat memerintah dari United Kingdom
1801–1901
Diikuti oleh:
Kerabat Saxe-Coburg dan Gotha
Gelaran baharu
Elektorat menjadi kerajaan beraja
pada Kongres Vienna
Kerabat memerintah dari Kerajaan beraja Hanover
1814–1866
Kerajaan beraja dibubarkan
 Diilhak oleh Prusia dalam
Perang Austria-Prusia
 
Didahului oleh
Kerabat Brunswick-Wolfenbüttel-Bevern
Kerabat memerintah dari Duchy Brunswick
1913–1918
Duchy dibubarkan
 Revolusi Jerman selepas kekalahan dalam Perang Dunia I 

Templat:Royal houses of Germany


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "nota", tetapi tiada tag <references group="nota"/> yang berpadanan disertakan