Kebebasan berfikir
Kebebasan berfikir (juga disebut kebebasan hati nurani / idea) adalah kebebasan seseorang individu itu mempunyai atau mempertimbangkan fakta, pandangan atau buah fikiran, bebas daripada pengaruh atau pandangan orang lain. Konsep ini berbeza dan tidak dikelirukan daripada konsep kebebasan bersuara.
Gambaran
[sunting | sunting sumber]Kebebasan ini merupakan pelopor dan duluan yang turut berhubung rapat dengan kebebasan lain seperti kebebasan beragama. Keebasan ini wujud berdiri dengan sendirinya dan bersifat tidak dapat disangkal, malah ia tidak dijamin kemasukan, pengesahan mahupun perlindungan melalui suatu kaveat falsafah (philosophical caveat). Konsep ini begitu penting dalam fahaman dunia Barat dan diterapkan dalam hampir kesemua perlembagaan demokratik untuk melindungi kebebeasan tersebut.
Idea-idea sebegini juga berperananpenting dalam undang-undang hak asasi manusia antarabangsa (international human rights law). "Kebebasan berfikir" termaktub dalam Perkara 18 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat yang dijamin bersama negara anggota Waad Antarabangsa mengenai Hak-hak Awam dan Politik, di mana:
Setiap orang mempunyai hak berfikir, berhati nurani dan beragama dengan bebas; hak ini termasuk hak menukar agama atau fahaman, dan kebebasan menzahirkan agama atau fahamannya melalui ajaran, amalan, sembahan atau perbuatan, sama ada secara sendirinya atau bermasyarakat atau secara awammya mahupun bersendiri.[1]
Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan bahawa penyataan ini "membezakan kebebasan berfikir, berhati nurani, beragama atau berfahaman daripada kebebasan menzahirkan agama atau fahaman [yang wujud]. Ia tidak membenarkan sebarang batasan langsungpun kepada kebebasan berfikir atau berhati nurani mahupun mempunyai atau memeluk agama atau fahaman yang dipilih sendiri. Kesemua kebebasan ini dilindungi tanpa apa-apapun syarat".[2] Similarly, Article 19 daripada Perisytiharan ini menjamin "setiap orang mempunyai hak kepada kebebasan berprendapat dan bersuara; hak ini termauk kebebasan menyuarakan pandangan tanpa diganggu".
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Teks asal: "Everyone has the right to freedom of thought, conscience and religion; this right includes freedom to change his religion or belief, and freedom, either alone or in community with others and in public or private, to manifest his religion or belief in teaching, practice, worship and observance"
- ^ "General Comment No. 22: The right to freedom of thought, conscience and religion (Art. 18) : . 30/07/93. CCPR/C/21/Rev.1/Add.4, General Comment No. 22. (General Comments)". United Nations Human Rights Website – Treaty Bodies Database. Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian. 30 Julai 1993. Dicapai pada 21 Oktober 2007.
...distinguishes the freedom of thought, conscience, religion or belief from the freedom to manifest religion or belief. It does not permit any limitations whatsoever on the freedom of thought and conscience or on the freedom to have or adopt a religion or belief of one's choice. These freedoms are protected unconditionally.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Dictionary of the History of Ideas: Academic Freedom
- The Center for Cognitive Liberty & Ethics – rangkaian bahan-bahan yang memperincikan undang-undang, dasar dan etika berkaitan kebebasan berfikir
- John Bagnell Bury (1861–1927) A History of Freedom of Thought – buku elektronik dalam talian