Pergi ke kandungan

Republik China di Taiwan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Republik China)
Jangan terkeliru dengan Republik Rakyat China

"Taiwan" serta "Wilayah Taiwan" dilencong ke rencana ini. Rencana ini berkaitan dengan kerajaan yang memerintah Pulau Taiwan. Untuk istilah lain di bawah nama yang sama, sila lihat Taiwan (nyahkekaburan)

"Republik China" dilencong ke rencana ini selaras dengan persetujuan untuk membahagikan rencana itu kepada dua iaitu satu adalah rencana ini dan satu lagi adalah Republik China (1911-1949). Ini adalah kewujudan Republik China pada satu masa bukanlah di Taiwan tetapi di tanah besar China sebelum tahun 1949

Republik China
ريڤوبليقك چينا - تايوان
中華民國
Zhōnghuá Mínguó
Bendera Taiwan
Jata Taiwan
Bendera Jata
Lagu kebangsaanSan Min Chu-i (Lagu Kebangsaan Negara)


Guoqi ge (Lagu Bendera Kebangsaan Negara)
Mohor negara:
Peta menunjukan kawasan bebas Republik China di Taiwan.Republik China pada asalnya meliputi seluruh tanah besar China.
Peta menunjukan kawasan bebas Republik China di Taiwan.Republik China pada asalnya meliputi seluruh tanah besar China.
Ibu negaraTaipei
Bandar terbesarBandar Taipei Baru
Bahasa rasmiBahasa Cina, Mandarin
DemonimOrang Taiwan
KerajaanRepublik Semi-presiden
• Presiden
Lai Ching-te (賴清德)
Hsiao Bi-khim (蕭美琴)
• Premier
Cho Jung-tai (卓榮泰)
• Naib Premier
Cheng Li-chun (鄭麗君)
Penubuhan 
• Pengisytiharan kemerdekaan
10 Oktober 1911
• Pengisytiharan Republik
1 Januari 1912
• Pemindahan ke Taiwan
7 Disember 1949
Keluasan
• Jumlah
36,197 km2 (13,976 bt2) (ke-137)
• Perairan (%)
10.34
Populasi
• Perkiraan 2022
23,264,640[1] (ke-47)
• Bancian Penduduk 2010
23,123,866
KDNK (PPP)2023
• Jumlah
USD1.685 trilion [2] (ke-20)
USD72,485[2] (15th)
KDNK (nominal)2023
•  Jumlah
USD751.930 bilion[2] (ke-21)
$32,339[2] (ke-30)
Gini (2017)negative increase 34.1[3]
sederhana
HDI (2021) 0.926[a][4]
sangat tinggi · ke-19
Mata wangDolar Taiwan Baru
(TWD)
Zon waktuUTC+1 (CST)
• Musim panas (DST)
tiada
Kod panggilan+886
Kod ISO 3166TW
DPT internet.tw

Republik China[b] atau dikenali ringkas sebagai Taiwan[c] merupakan entiti negara pemerintah Pulau Taiwan, Kepulauan Penghu (Pescadores), Kimmui, dan Kepulauan Macu (Matsu) terletak di tenggara tanah besar Cina benua Asia.

Pulau utama negara ini pernah diduduki bangsa-bangsa Austronesia sejak tahun 6000 Sebelum Kini.[5][6] Pertembungan dengan orang Cina sudah lama ada dari tinggalan barang dagangan zaman kerajaan Tang.[7][8] Walau bagaimanapun penghijrahan besar-besaran orang Cina bermula pada petempatan penjajah Belanda.[9] Kerajaan China mula merangkumkan Taiwan dalam pengaruh alamnya melalui kepengiranan Tungning perintahan Zheng Chenggong yang taat setia kepada Maharaja Yongli.

Republik China yang terbentuk selepas penggulingan pemerintahan Dinasti Qing pada tahun 1912 di bawah Parti Bangsa (Kuomintang) menerus ke pencerobohan Jepun bertapak utama di sini beribukota Taipei selepas berundur dari tanah besar Cina hampir habis dikalahkan Parti Komunis pada tahun 1949 semasa Perang Saudara China meletus, Parti Kuomintang terus menggangap diri sebagai satu-satunya pemerintah keseluruhan China termasuk tanah besar yang sah. Pada masa yang sama, komunis di tanah besar mengishtiharkan kewujudan Republik Rakyat China dan mendakwa menjadi negara pewaris kepada ROC di seluruh negara China (termasuk Taiwan) dan kerajaan Nationalis di Taiwan tidak sah. Daripada pengasasannya sehinggalah pemindahannya ke pulau Taiwan, Republik China telah dikatakan sebagai satu produk Kuomintang (KMT)—sebuah parti politik yang wujud hasil revolusi yang telah mengasaskan Republik, sekalipun parti itu tidak lagi memerintah di Taiwan.

Kerajaan Republik China kini telah mengukuhkan kedudukannya di Taiwan dan menjadi sebati dengan Taiwan. Oleh sebab ini, ia tidak lagi menuntut hak pemerintahan di tanah besar China dan Mongolia. Dewan Undangan Nasional (yang tidak lagi wujud) juga telah meluluskan pindaan perlembagaan memberi penduduk Taiwan, Pescadores, Quemoy, dan Matsu satu-satunya hak memerintah republik melalui pilihanraya melantik Presiden dan keseluruhan Legislatur bersama dengan pilihanraya meluluskan pindaan pada perlembagaan Republik China. Ini menandakan bahawa kerajaan Republik mengakui bahawa hak pemerintahannya terbatas kepada kawasan tahlukannya sahaja. Reformasi yang dimulai oleh Republik di Taiwan pada tahun 1980-an dan tahun 1990-an telah mengubah Taiwan dari satu diktatorship pemerintahan satu parti ke suatu demokrasi.

Meskipun Perang Dingin telah tamat, status politik Taiwan terus menjadi suatu isu hangat pada kedua-dua belah selat Taiwan. Kerajaan Republik adalah salah satu daripada pengasas utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan salah satu daripada anggota Majlis Keselamatan yang berstatus tetap yang asal. Akan tetapi, pada tahun 1971, kerajaan ini yang hanya memeritah Taiwan sahaja ditendang keluar daripada PBB dan digantikan oleh Republik Rakyat China. Meskipun begitu, kerajaan Republik kini tidak mahu kembali status anggota tetap yang terpaksa dilepaskan pada masa itu. Kini, ia hanya mahu menganggotai PBB sebagai negara yang asing daripada Republik Rakyat China. Ia telah cuba menanggotai PBB dari masa ke semasa akan tetapi gagal setiap kali mencuba kerana penuntutan kerajaan Republik Rakyat keatas Taiwan, pengiktirafan kerajaan Republik di Taiwan oleh kerajaan dunia yang lain terjejas teruk disebabkan Dasar Satu China yang dipromosi oleh kerajaan Republik Rakyat di tanah besar China disamping tekanan ekonomi dan diplomatik negara itu. Kebayakan negara dunia mengubah pengiktirafan mereka ke kerajaan Republik Rakyat di tanah besar pada tahun 1970-an dan kini, Republik China di Taiwan hanya diiktiraf 25 negara sahaja.

Sejarah سجاره

[sunting | sunting sumber]

Walaupun penempatan di Taiwan telah wujud sejak Zaman Paleolitik, rekod sejarah rasmi Taiwan bermula sekitar abad ke-17. Abad ke-15 dan ke-16 adalah tempat kuasa Eropah memulakan kempen penjajahan melalui laluan perdagangan laut baharu. Orang Portugis mula menemui Taiwan pada abad ke-16 tetapi tidak menjajahnya. Pada tahun 1600, Belanda mencuba nasib menjajah Pulau Penghu berdekatan tetapi dihalau tentera Ming dari China. Akhirnya pada tahun 1621, pihak Belanda berjaya menjajah Penghu dalam percubaan kali kedua dan bertahan sehingga tahun 1624 setelah diusir bala tentera Ming. Belanda terpaksa berundur ke Tainan dan membina pangkalan Zeelandia bagi menetapkan penjajahan secara rasmi di Taiwan. Pada tahun 1626 pula, Sepanyol membuka pangkalan di bahagian utara Taiwan berhampiran Keelung tetapi berundur pada tahun 1642.

Selepas kejatuhan Dinasti Ming ke tangan Manchu, Zheng Chenggong iaitu orang kuat Dinasti Ming cuba membina pangkalan di Taiwan untuk membantu mendapatkan semula pemerintahan Dinasti Ming di seluruh negeri China. Dengan lebih 300 kapal dan 25,000 tentera, beliau berjaya menamatkan era penjajahan Belanda di Taiwan dalam masa sembilan bulan. Beliau mengasaskan Kerajaan Tungning, menggubal semula sistem pemerintahan Belanda kepada sistem pentadbiran Dinasti Ming. Selepas kematiannya, pewaris Zheng Chenggong meneruskan legasi pemerintahan di Taiwan selama 22 tahun.

Pada tahun 1683, cucu Zheng Chenggong menyerah kalah kepada Dinasti Qing. Dinasti Qing memerintah hampir 200 thuan. bagaimanapn, fasa pemodenan Taiwan hanya bertahan sehingga penghujung pemerintahan Dinasti Qing. Selepas Perang China-Jepun Pertama tahun 1895, Taiwan diserahkan kepada pihak Jepun. Jepun menaungi Taiwan selama 50 tahun hingga Perang Dunia Kedua. Kebangitan beberapa gerakan anti-Jepun yang dilakukan sepanjang tempoh penjajahan gagal. Walaupun begitu, pihak Jepun dilihat turut memajukan industri pertanian, ekonomi dan infrastruktur Taiwan.

Selepas Perang Dunia Kedua, Chiang Kai-shek dan parti Nasionalis Kuomintang (KMT) mengambil alih pentadbiran Taiwan. Tetapi kegiatan rasuah pihak KMT membangkitkan kemarahan dan kehilangan sokongan penduduk Taiwan sehingga tercetusnya Peristiwa 28 Februari. Insiden ini adalah bantahan terbuka dan penntangan terhadap kekerasan KMT yang mengakiiatkan kematian pluhan ribu orang awam. Taiwan diletakkan di bawah kuasa darurat pada tahun 1949 sehingga ia dimansuhkan pada tahun 1987. Demokrasi di Taiwan bermula pada penghujung 1980-an. Ekoran itu, Taiwan mengadakan pilihan raya presiden yang pertama pada tahun 1996. Hakikatnya Taiwan berjaya membangunkan eknomi industri eksport yang sangat kukuh di bawah kuasa jajahan selama 50 tahun. Kemajuan pesat dan pertumbuhan ekonomi Taiwan pada penghujung abad ke-20 dikenali ebagai Keajaiban Ekonomi Taiwan (Taiwan Economic Miracle).

Politik ڤوليتيك

[sunting | sunting sumber]

Kawasan pentadbiran كاوسن ڤينتادبيران

[sunting | sunting sumber]
Kawasan Pentadbiran yang dituntut oleh Republik China

Organisasi politik Republik China pada asalnya didasarkan perlembagaan yang ditulis pada tahun 1947 di tanah besar China sebelum tumpasnya Republik di sana ke tangan Komunis. Dengan itu, divisi utama dawah kerajaan adalah dengan wilayah Taiwan dan sesetengah cebisan wilayah Fujian yang diperintah dalam realiti dengan peruntukkan terhadap wilayah-wilayah lain di negara China yang tidak dapat diguna pakai. Walau bagaimanapun, status bandar Taipei dan Kaohsiung telah diangkat status mereka menjadi wilayah Republik China sentral yang mempunyai status sama seperti wilayah di bawah pemerintahan terus ke kerajaan pusat dan fungsi kerajaan wilayah Taiwan dan Fujian diagihkan diantara kerajaan pusat di Taiwan dan kerajaan jajahan Taiwan.

  • Wilayah Taiwan (semua): pulau Taiwan sendiri tidak termasuk wilayah Republik sentral, dengan jajahan Penghu (Kepulauan Pescadores)
    • 11 jajahan
    • 3 bandar raya tadbiran wilayah
Kepulauan wilayah Fujian yang diperintah ROC diwarnai merah

Republik China juga memerintah Kepulauan Dongsha dan Pulau Taiping yang terdiri daripada Kepulauan Laut China Selatan yang hak milik dipertikai. Di bawah sempadan rasmi ROC, mereka merupakan sebahagian daripada wilayah pulau Hainan.

Tambahan pula, walaupun ROC tidak membatalkan tuntutannya terhadap tanah besar China (termasuk Tibet), Mongolia dan Tuva pada tahun 1991 pemerintahan kerajaan PRC di kawasan-kawasan tersebut diakui, dan ini telah menimbulkan kebimbangan bahawa ROC bercadang untuk tidak lagi menuntut wilayah-wilayah berkenaan. Satu sebab kenapa ROC tidak pernah secara rasmi membubarkan tuntutan mereka terhadap wilayah-wilayah ini adalah kerana rasa takut kepada ancaman kerajaan PRC untuk menyerang Taiwan atas sebarang persediaan untuk merdeka.

Kerajaan DPP di bawah Chen Shui-bian bertindak tidak menghiraukan tuntutan-tuntutan lama ini dengan mewujudkan pejabat perwakilan Taiwan di ibu negara Mongolia, Ulan Bator. Peta-peta rasmi ROC masih menampakkan 35 wilayah di tanah besar dan bukannya 23 seperti mana ditunjukkan oleh peta PRC yang merupakan realiti masa kini. Parti pemerintah DPP telah memansuhkan syarat yang mewajubkan pembuat peta Taiwan untuk menunjukkan sempadan rasmi ROC.

Ketenteraan كتنترأن

[sunting | sunting sumber]
Tentera Republik China

Pada hari ini, Republik China di Taiwan mempunyai kerahan tentera yang besar bagi tujuan menentang Republik Rakyat China di tanah besar yang masih nekad berperang dengan Taiwan. Daripada pengunduran ROC di tanah besar pada tahun 1949 sehingga tahun 1970-an, misi utama ketenteraan adalah untuk 'mengambil semula tanah air besar'. Dengan keadaannya sekarang sebagai pertahanan kepada pencerobohan yang bakal dilaksanakan tanah besar China, tentera ROC telah menekankan lagi Tentera Udara dan Tentera Laut daripada Tentera Darat. Kawalan tentera republik juga telah diserahkan kepada rakyat sejagat.

Ahli tentera ROC berjumlah lebih kurang 300,000 dengan simpanan berjumlah 3,870,000. Republik ini telah melaksanakan program bagi mengurangkan ahlinya daripada 430, 000 pada tahun 1990-an berikutan kemajuan alatan perangnya. Umur minima menyertai tentera republik ini adalah 18 tahun, akan tetapi sebahagian daripada program pengurangan ahli ini menampakkan sesetengah ahli ditukar ke agensi kerajaan lain atau industri kerajaan yang relevan kepada ketenteraan. Antara rancangan pada masa kini adalah untuk memodenkan tentera menjadi tentera professional pada dekad yang akan datang dan menghadkan konscripsi kepada 3 bulan.

Perihal utama tentera Taiwan pada ketika ini adalah kemunkinan serangan daripada tanah besar China. Kemungkinan diserang ini adalah realiti yang berkemungkinan besar berlaku. Maka, republik telah bersedia dengan benteng pertahanan yang mantap, latihan serangan udara dan persediaan menghadapi serangan hendap. Kementerian Pertahanan telah bercadang memesan submarin diesel dan batteri anti-peluru dari Amerika Syarikat untuk pertahanan, tetapi telah dihalang pihak Pan-Biru (pembangkang dalam Yuan Perwakilan) baru-baru ini (tahun 2005). Terdapat banyak alatan perang yang telah dibeli oleh ROC dari Amerika Syarikat dibawah Akta Perhubungan Taiwannya. Pada masa lalu, ROC juga telah membeli alatan pertahanan daripada negara Perancis dan Belanda.

Ekonomi ايكونومي

[sunting | sunting sumber]
Taipei 101, bangunan pencakar langit di Taiwan yang merupakan ke-lapan tertinggi di dunia

Ekonomi Taiwan sebelum abad ke-20 hampir keseluruhannya berbentuk pertanian. Semasa penjajahan Jepun (1895-1945) pula industrinya mula membangun, dengan orang Jepun membina kebanyakan infrustruktur yang menolong membangunkan ekonomi Taiwan dengan pesat, contohnya landasan keretapi yang menghubungkan utara dan selatan Taiwan.

Republik China yang moden mempunyai ekonomi kapitalis yang dinamik dengan kurang pembabitan kerajaan dalam pelaburan dan perdagangan asing. Di samping ini, beberapa bank dan syarikat awam milik republik juga telah diswastakan. Pertumbuhan GDP adalah sekitar lapan peratus dalam tiga dekad yang telah berlalu dengan eksport yang banyak membantu. Jurang surplus perdagangan juga agak banyak, dan simpanan mata wang asing adalah yang ketiga terbesar di dunia.

Pertanian menyumbang hanya dua peratus daripada GDP, kurang daripada 35 peratus pada tahun 1952. Industri-industri yang dahulunya dijanakan buruh kini diambil-alih oleh kewangan dan teknologi yang intensif. Taiwan telah menjadi pelabur dalam beberapa buah negara seperti Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Vietnam termasuk negara sendirinya di tanah besar China. Kini terdapat 50,000 perniagaan Taiwan di negara China.

Disebabkan pendekatannya yang konservatif kepada kewangan dan semangat entrepreneurialnya yang tinggi, ekonomi Taiwan tidak banyak terjejas berbanding negara-negara jirannya pada krisis kewangan 1997 di Asia. Akan tetapi, ekonomi dunia yang perlahan dan polisi yang tidak cekap telah memungkinkan ekonomi Taiwan terjejas pada tahun 2001 yang lalu, iaitu pertama semenjak tahun 1947. Disebabkan sumber tenaga buruh didatangkan dari tanah besar China, pengangguran juga bertambah buruk dan dijadikan isu semasa pilihanraya presiden ROC tahun 2004 yang lalu.

Disebabkan kerajaan PRC membantah ROC mempunyai perhubugan rasmi dengan negara-negara lain, ROC seringkali menyertai badan ekonomi dunia dibawah nama yang agak pelik seperti Wilayah Kastam Berasingan Taiwan, Penghu, Kinmen dan Matsu (台灣、澎湖、金門及馬祖個別關稅領域) dibawah Pertubuhan Perdagangan Dunia dan China Taipei dibawah APEC.

Budaya بوديا

[sunting | sunting sumber]

Artikel utama: Kebudayaan Republik China

Lain-lain لاين۲

[sunting | sunting sumber]

Lihat juga ليهت جوڬ

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama HDI-1
  2. ^ Cina Tradisional: 中華民國, Cina Ringkas: 中华民国, pinyin: Zhōnghuá Mínguó Wade-Giles: Chung¹-hua² Min²-kuo², Tongyong Pinyin: JhongHuá MínGuó, Dialek Taiwan: Tiong-hoâ Bîn-kok
  3. ^ Nama 台灣 "Taiwan" digunakan untuk merujuk kepada Taiwan dan orangnya biasanya dipanggil orang Taiwan (台灣人 Táiwān rén). Walaupun "Republik China Taiwan" adalah nama formal, perkataan "China" itu sendiri sekarang biasanya merujuk kepada tanah besar China yang pemerintahannya diambil-alih oleh Republik Rakyat China selepas berakhirnya pemerintahan kerajaan Republik China pada tahun 1949. Lihat Republik China (1911-1949) dan Perang Saudara Cina untuk keterangan lanjut.

Rujukan رجوكن

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ [1]
  2. ^ a b c d "World Economic Outlook Database, October 2023 Edition. (Taiwan)". Tabung Kewangan Antarabangsa. 10 October 2023.
  3. ^ "Percentage share of disposable income by quintile groups of income recipients and measures of income distribution". stat.gov.tw. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 July 2022. Dicapai pada 26 June 2019.
  4. ^ "國情統計通報(第 195 號)" (PDF). Directorate General of Budget, Accounting and Statistics, Executive Yuan, Taiwan (ROC). 14 October 2021.
  5. ^ Gray RD, Drummond AJ, Greenhill SJ (January 2009). "Language phylogenies reveal expansion pulses and pauses in Pacific settlement". Science. 323 (5913): 479–83. Bibcode:2009Sci...323..479G. doi:10.1126/science.1166858. PMID 19164742. S2CID 29838345.
  6. ^ Blust, Robert A. (1999). "Subgrouping, circularity and extinction: some issues in Austronesian comparative linguistics". Dalam Zeitoun, Elizabeth; Li, Paul Jen-kuei (penyunting). Selected Papers from the Eighth International Conference on Austronesian Linguistics. Institute of Linguistics (Preparatory Office), Academia Sinica. m/s. 31–94.
  7. ^ Tsang, Cheng-hwa (2000). "Recent advances in the Iron Age archaeology of Taiwan". Bulletin of the Indo-Pacific Prehistory Association. 20: 153–158. doi:10.7152/bippa.v20i0.11751.
  8. ^ Chen, Kwangtzuu (2009). "Iron Artifact". Encyclopedia of Taiwan.
  9. ^ Andrade, Tonio (2008f), "Chapter 6: The Birth of Co-colonization", How Taiwan Became Chinese: Dutch, Spanish, and Han Colonization in the Seventeenth Century, Columbia University Press

Pautan luar ڤاوتن لوار

[sunting | sunting sumber]