Nama ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Hu.
Hu Jintao (lahir 21 Disember 1942) merupakan Presiden Republik Rakyat China ke-6. Beliau memegang jawatan itu dari 2003 hingga 2013, menggantikan Jiang Zemin. Beliau merupakan Setiausaha Agung Majlis Tertinggi Parti Komunis China, Presiden Majlis Tertinggi Ketenteraan Parti Komunis China, dan Presiden Majlis Tertinggi Ketenteraan Republik Rakyat China. Beliau berasal dari Daerah Jixi, Wilayah Anhwei.