Pergi ke kandungan

Herotan Gitar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Herotan Gitar (bahasa Inggeris "Gitar Distortion") merujukan pada bunyi gitar yang kasar dari amp gitar juga di panggil distortion atau overdrive atau fuzz. Bunyi distortion gitar yang terhasil dari litar elektrik didalam amplifier menjadi bunyi yang disukai para pemuzik rock dan anak-anak muda kerana berbunyi garang dan agresif. Minat manusia pada bunyi kuat, bising dan bingit telah bermula sejak dari zaman purba lagi. Pada Ketika persembahan muzik di zaman purba para pemuzik sentiasa berkehendakkan muzik mereka berbunyi kuat. Gendang-gendang dan gong akan dipalu sekuat hati mereka yang mengeluarkan bunyi kuat manakala alat-alat muzik bertali akan digesek pula. Alat muzik reed akan dicipta lebih besar untuk mengeluarkan bunyi yang lebih kuat seperti saxophone dan trumpet. Pada abad ke 19 saiz sebuah orkestra barat menjadi sangat besar dimana sehingga 100 orang ahli bermain alat muzik. Alat muzik gitar akustik yang dimain bersama orkestra tidak kedengaran bunyi kerana saiz orkestra yang besar dan belum terciptanya alat amplifier / speaker untuk membesarkan alat muzik ketika itu.

Pada awal kurun ke 20 (1910-1930-an) banyak experiment telah di buat untuk "membesarkan" bunyi gitar melalui loudspeaker kerana gitar akustik tidak sesuai dimainkan dalam orchestra muzik Big band & jazz yang semakin kuat di mainkan. Luthier adalah pereka gitar elektrik pertama. Les Paul pemain gitar meng-experiment gitar dengan meletakkan microphone di gitar nya. George Beauchamp mereka gitar electric amplified (dibesarkan melalui pendawaian elektrik) pada 1931 dan bersama Adolph Rickenbacker, & Paul Barth telah menubuhkan syarikat gitar "Rickenbacker" pada 1934.

Pada awal pengeluaran Amplifier gitar (gitar punya speaker) keadaanya sangat primitif & kabur bunyi nya serta bunyi asal gitar itu juga "rosak" apabila melalui rantaian isyarat di dalam litar amplifier itu. satu masalah kepada pemain gitar pada masa itu. bunyi "rosak" atau distortion selalu terjadi apabila amp (speaker gitar) itu terlanggar atau tertendang menyebabkan Valve atau loudspeaker didalam nya rosak. Untuk pengetehuan kamu semua, pada awal penggunaan alat elektronik, segala macam bentuk alatan elektronik seperti radio, TV, & pendek kata semuanya lah menggunakan valve. Kalau kamu lihat Radio antik kamu akan dapat melihat tube valve semacam mentol lampu di dalamnya. Transisitor dicipta pada tahun 1960-an yang mana membolehkan alat-alat elektronik boleh dibina lebih kecil. Alat-alat moden seperti handphone, TV, radio & computer hari ini mengguna microchip membolehkan ia di buat lebih lagi kecil.

Bunyi "rosak" atau distortion selalu terjadi apabila amp (speaker gitar) itu terlanggar, terusik atau tertendang menyebabkan valve transistor atau loudspeaker didalam nya rosak. Bagaimana pun ada pemain gitar yang suka kepada bunyi "rosak" ini dan sengaja merosakkan amp(loudspeaker/gitar speaker) mereka. Mereka menggunakan pisau cukur, screw driver, atau pencil untuk menebuk lubang di horn/kertas speaker untuk menghasilkan bunyi distorted atau bunyi rosak. Seperti dalam rakaman lagu - You Really Got Me - oleh The Kink pada tahun 1964.


Contoh terawal ialah rakaman lagu "Rocket 88" lagu Rock&Roll terawal, Ike Turner dan raja gitar rythmn Willie Kizart menggunakan Gitar amp yang rosak menghasilkan rakaman gitar distortion (rosak) terawal. Dalam lagu The Train Kept A-Rollin (1956) oleh Johhny Burnette Trio, satu valve\tube terjatuh dari amplifier(speaker gitar) dalam satu persembahan. Apabila penonton ribut pasal bunyi baru yang gila-gila itu, Paul Burlinson pemain gitar itu telah menggunakan bunyi yang sama dalam rakaman studio. Willie Johnson yang bermain untuk Howlin' Wolf recording di Memphis 1951-1952, gunakan bunyi distortion(bunyi rosak) menghasilkan bunyi kasar & mengancam yang turut dijayakan lagi oleh suara nyanyian blues Howlin' Wolf. Pemain gitar Link Wray yang juga terkacau tube didalam amp (speaker)nya secara tidak sengaja, dan kemudian sengaja menjadi habit untuk nya mencabut/mengacau tube didalam amp nya yang menjadikan gitar nya berbunyi bising & kotor.


Chuck Berry yang mula nya menggunakan amp kecil yang rosak bunyi nya pada rakaman terawal nya (Maybelline), tetapi tidak lama kemudian guna amp besar dimana bunyi gitar lebih bersih dalam rakaman piring hitam yg terkemudian.[1] Leo Fender dari syarikat Fender & Amplifiers memerhatikan trend (style yang digemari) ini dan mengubah suai amplifier nya kepada "compress" dan\atau "overdrive" sedikit tanpa merosakkan signal bunyi gitar. Tweed & BlackFace amp Fender yg menghasilkan tone bunyi bersih. Jim Marshall menngambil idea ini dan menghasilkan amplifier dengan "marshall overdrive" yg mengeluarkan bunyi keras "Marshall" yang boleh didengar dalam banyak lagu awal kumpulan Hard Rock. 1961 gitaris Grady Martin menerbitkan bunyi fuzz (bunyi kasar) akibat kerosakan pada litar pre amp. The Ventures setelah mendengar tone itu dalam lagu "Don't Worry" meminta Red Rhodes pemain gitar steel & pencipta untuk alat bunyi itu. Hasilnya muncul satu kotak fuzz(overdrive/distortion) effect yang pertama di dunia."200 pound Bee" lagu pertama menggunakan kotak fuzz.

Hari ini terdapat banyak jenis effect distortion. ada juga kotak effect ringkas untuk lagu Metal dari syarikat Boss. tetapi banyak pemain gitar terkenal lebih suka menggunakan effect digital dalam susunan rack Joe satriani, Steve Vai & banyak lagi gitaris yang berjumlah 50 juta orang dalam dunia ini. Ada juga yang lebih suka menggunakan effect yang dibina didalam amplifier gitar seperti Kurt Cobain.

  1. ^ Robert Palmer, "Church of the Sonic Guitar", pp. 13-38 in Anthony DeCurtis, Present Tense, Duke University Press, 1992, p. 19. ISBN 0-8223-1265-4.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • History and Photos of Vintage Fuzz Pedals.
  • A Musical Distortion Primer (R.G. Keen) Article on the physics of distortion and a round-up of electronic techniques
  • Guitar Distortion 101 Article on the physics of distortion, relationship of waveforms and harmonics
  • Amptone.com Website on overdriven guitar amplifier and effects, covering: tone settings, distortion voicing, simulation and modeling, processors, speakers, power-supply modifications, switching and signal routing gear, software and recording, and DIY projects.
  • AX84 Cooperative, non-profit website offering free schematics and plans to help readers learn to build their own guitar amps.
  • Fuzz Central Lots of Schematics and Fuzz Pedals
  • Tons of Tones Technical site with information on distortion stages in Guitar Amplifier Models and Effect boxes
  • Muzik Dan Sejarah