Pergi ke kandungan

Gunung Serudum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Gunung Serundum)
Gunung Serudum
Gunung Serudum yang terletak di Pahang
Gunung Serudum
Gunung Serudum
Lokasi bagi Gunung Serudum
Gunung Serudum yang terletak di Malaysia
Gunung Serudum
Gunung Serudum
Gunung Serudum (Malaysia)
Titik tertinggi
Ketinggian1,048 m (3,438 ka)
Koordinat3°48′07″N 102°59′35″E / 3.802°N 102.993°E / 3.802; 102.993
Geografi
LokasiDaerah Kuantan, Pahang
Induk banjaranBanjaran Pantai Timur
Peta topoJUPEM Gambang (MY502A)

Gunung Serudum merupakan sebuah gunung yang terletak di Mukim Hulu Lepar, Daerah Kuantan, Pahang, Malaysia.[1][2] Titik ketinggian bagi Gunung Serudum ialah 1,048 m (3,438 ka).[3] Ia terletak kira-kira 160 km (99 bt) timur laut ke barat ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Gunung Serudum mempunyai hutan dipterokarpa bukit, hutan dipterokarpa atas, hutan montane dan hutan gunung. Gunung ini terletak di dalam Hutan Simpan Berkelah dan mampu dilihat dari Lebuhraya Pantai Timur 1.[1][3][4] Gunung Serudum juga merupakan kawasan punca anak sungai yang bernama iaitu Sungai Berkelah serta terdapat juga anak sungai yang tidak bernama dengan dikenali sebagai lembangan.[1][2]

Berdasarkan maklumat peta topografi terbitan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Gunung Serudum terletak dalam kawasan yang berbukit-bukau, berdekatan dengan Bukit Berkelah serta kedudukannya terletak dalam Banjaran Pantai Timur. Ia ditumbuhi dengan hutan dara dan hutan belukar serta riung.[1]

  1. ^ a b c d Pengarah Pemetaan Negara Malaysia (PPNM); Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) (2015). Gambang (Pahang). Peta Topografi, Cetakan Tidak Terhad. Edisi 1. Nombor Lembar BV21, MY502A (Semenanjung Malaysia) Berskala 1:50 000.
  2. ^ a b Pusat Geospatial Negara (PGN). "Aplikasi Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Pusat Geospatial Negara, dengan bantuan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia serta jabatan-jabatan lain. Dicapai pada 2025-02-23.
  3. ^ a b "Gunung Serudum, Malaysia". www.geonames.org (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. Dicapai pada 2025-02-23.
  4. ^ "Peninsular Malaysia". hutanwatch (dalam bahasa Inggeris). Hutanwatch. Dicapai pada 2025-02-23.