Pergi ke kandungan

Gempa bumi Yogyakarta Mei 2006

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gempa bumi Yogyakarta
Mei 2006
Tarikh 27 Mei 2006
Kekuatan 5.9 SR
Lokasi Yogyakarta, Indonesia
Korban
(maut)

Sumber: Depsos, 1 Jun 2006

Gempa bumi Yogyakarta Mei 2006 adalah sebuah gempa bumi tektonik yang kuat yang menggoncang Daerah Istimewa Yogyakarta dan Jawa Tengah pada 27 Mei 2006 pada sekitar pukul 05.55 WIB selama 57 saat. Gempa bumi tersebut berkekuatan 5.9 pada skala Richter. Survei Geologi Amerika Syarikat melaporkan 6.2 pada skala Richter. [1]


Menurut laporan terakhir daripada Jabatan Sosial Republik Indonesia pada 1 Jun 2006, bilangan korban yang maut berjumlah 6,234 orang [2] dengan perincian seperti yang berikut:

Di samping itu, jumlah korban yang mengalami kecederaan parah adalah 33,231 orang, dengan lagi 12,917 orang yang menderita kecederaan yang ringan. Kabupaten Bantul merupakan daerah yang mengalami pengorbanan yang paling teruk, dengan sebanyak 7,057 buah rumah di daerah ini roboh.

Lokasi dan kerosakan yang diakibatkan

[sunting | sunting sumber]

Lokasi gempa bumi

[sunting | sunting sumber]

Menurut Badan Geologi Jabatan Tenaga dan Sumber Daya Galian Republik Indonesia, lokasi gempa bumi berada pada latitud 8.007° S dan longitud 110.286° T, dengan kedalamannya 17.1 kilometer. Sebaliknya, BMG memberikan kedudukan pusat gempar pada koordinat 110.31° S dan 8.26° T dengan kedalamannya 33 kilometer, manakala USGS memberikan koordinat 7.977° S dan 110.318 T pada kedalaman sebanyak 35 kilometer. Hasil tersebut yang berbeza diakibatkan oleh kaedah dan peralatan yang berlainan. Secara umum, kedudukan gempa bumi berada pada sekitar 25 kilometer di selatan-barat daya Yogyakarta, 115 kilometer di selatan Semarang, 145 kilometer di selatan-tenggara Pekalongan dan 440 kilometer di timur-tenggara Jakarta. Walaupun hipopusat gempa bumi berada di laut, ia tidak mengakibatkan tsunami. Gempa bumi tersebut juga dapat dirasakan di Solo, Semarang, Purworejo, Kebumen, dan Banyumas. Getaran juga dapat dirasakan di sebilangan bandar di provinsi Jawa Timur, seperti Ngawi, Madiun, Kediri, Trenggalek, Magetan, Pacitan, Blitar, dan Surabaya.

Gempa bumi susulan

[sunting | sunting sumber]
70% daripada jumlah rumah di kecamatan Jetis rata dengan tanah
Fail:DSC03163.JPG
Seorang lelaki di antara puing-puing rumahnya.

Gempa bumi susulan terjadi beberapa kali, umpamanya pada pukul 06:10 WIB, 08:15 WIB, dan 11:22 WIB. Gempa bumi tersebut mengakibatkan kemusnahan banyak rumah dan bangunan pejabat serta infrastruktur eletrik dan komunikasi bahkan sehingga tujuh jam selepas gempa bumi, banyak tempat di Bantul masih tidak mendapat bekalan eletrik.

Gempa bumi juga mengakibatkan Lapangan Terbang Adi Sutjipto ditutup, akibat gangguan komunikasi serta juga kerosakan bangunan dan landasan kapal terbang sehingga buat sementara, pengangkutan udara dialihkan ke Lapangan Terbang Achmad Yani di Semarang dan Lapangan Terbang Adisumarmo di Solo.

Tapak kuno yang dimusnahkan

[sunting | sunting sumber]

Bangunan-bangunan yang mengalami kerosakan yang agak teruk termasuk:

Bagaimanapun, Candi Borobudur yang terletak tidak jauh dari tempat gempa bumi tidak mengalami banyak kerosakan.

Punca dan peristiwa berkait

[sunting | sunting sumber]

Lokasi Indonesia yang terletak di antara tiga plat tektonik yang utama di dunia, iaitu plat Australia, plat Eurasia dan plat Pasifik serta juga di dalam Lingkaran Api telah mengakibatkan Indonesia kerap kali dilanda oleh bencana gempa bumi dan letupan gunung berapi. Sebelum gempa bumi ini, gempa bumi di Sumatera pada 28 Mac 2005 mengorbankan 361 orang, manakala gempa bumi dan tsunami di Aceh pada 26 Disember 2004 mengorbankan 129,498 orang, dengan sebanyak 37,606 orang hilang.

Walaupun semasa gempa bumi ini berlaku, Gunung Merapi yang juga berada di sekitar daerah tersebut sedang meletup, para pakar telah menyatakan bahawa kedua-dua peristiwa ini tidak saling berkait sebagai suatu sebab-akibat. Hal ini ditunjukkan oleh ketiadaan anomali aktiviti yang mencolok selepas gempa bumi.

Penanganan dan bantuan

[sunting | sunting sumber]

Selepas peristiwa tersebut, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dengan segeranya memerintah Panglima TNI Djoko Soeyanto supaya mengerahkan sebuah pasukan di Yogyakarta dan di sekitarnya untuk melaksanakan tugas-tugas kecemasan. Rombongan presiden sendiri terus terbang pada petang yang sama dan menginap malam itu juga di Yogyakarta.

Naib Presiden Jusuf Kalla mengatakan bahawa beberapa negara sudah memberikan komitmen bantuan, antaranya:

Persatuan Palang Merah Antarabangsa, Persatuan Bulan Sabit Merah, OXFAM dan UNICEF memberikan sejumlah khemah dan bekalan kecemasan kepada para korban, dengan Jepun, Singapura dan Malaysia menurunkan pasukan-pasukan kecemasan ke wilayah bencana.

Sementara itu pada 27 Mei, Paus Benediktus XVI yang sedang melawat Poland menyampaikan dukacita mendalam kepada korban gempa bumi di Yogyakarta dan berharap bahawa pasukan-pasukan penyelamat akan terus berusaha untuk melakukan tugas-tugas pertolongan. Kenyataan dukacita Paus itu disampaikan melalui telegram kepada setiausahanya, Kardinal Angelo Sodano.

Tidak kalah pentingnya adalah kedinamikan dan empati masyarakat Yogyakarta yang membantu di wilayah bencana. Bantuan ini terus berlangsung sehingga tahap pemulihan dan pembinaan semula diumumkan. Sebahagian besar kakitangan akademik daripada berbagai-bagai universiti juga mendirikan pos bantuan kemanusiaan. Pusat-pusat pengajian daripada berbagai-bagai universiti juga terlibat dalam penanggulangan bencana ini, antaranya Pusat Pengajian Pengurangan Bencana ITB Bandung, Pusat Pengajian Pengurusan Bencana UPN Veteran Yogyakarta, Pusat Pengajian Bencana Alam UGM, dan CEEDED Universiti Islam Indonesia.

  1. ^ "Laman web Earthquake.usgs.gov". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-05-29. Dicapai pada 2007-04-06.
  2. ^ Laman web Detiknews

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Awan gempa

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]