Dinasti Chalukya
Dinasti Chalukya ಚಾಲುಕ್ಯ ರಾಜವಂಶ | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
543–753 | |||||||||||
Status | Empayar (Di bawah kuasa Dinasti Kadamba sehingga 543) | ||||||||||
Ibu negara | Badami | ||||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Kannada, Sanskrit | ||||||||||
Agama | Agama Hindu, Jainisme | ||||||||||
Kerajaan | Pemerintahan beraja | ||||||||||
Raja | |||||||||||
• 543–566 | Pulakesi I | ||||||||||
• 746–753 | Kirtivarman II | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
• Rekod terawal | 543 | ||||||||||
• Didirikan | 543 | ||||||||||
• Dibubarkan | 753 | ||||||||||
|
Dinasti Chalukya (Bahasa Kannada: ಚಾಲುಕ್ಯರು tʃaːɭukjə) ialah dinasti diraja India yang memerintah sebahagian besar India selatan dan India tengah antara abad ke-6 hingga abad ke-12. Sewaktu itu, Dinasti Chalukya memerintah sebagai tiga dinasti yang berkait tetapi berasingan. Dinasti terawal yang dikenali sebagai "Empayar Chalukya Badami" memerintah dari Vatapi (Badami moden) mulai pertengahan abad ke-6. Mereka mula menuntut kemerdekaan mereka apabila kerajaan Kadamba di Banavasi merosot dan dengan cepatnya, meningkat menjadi masyhur sewaktu pemerintahan Pulakesi II. Selepas kemangkatan Pulakesi II, Empayar Chalukya Timur menjadi sebuah kerajaan yang merdeka di timur kawasan penara Dakkan. Mereka memerintah dari Vengi sehingga sekitar abad ke-11. Di Deccan barat, kebangkitan Dinasti Rashtrakuta pada pertengahan abad ke-8 membayangi Dinasti Chalukya dari Badami sebelum dihidupkan semula oleh keturunannya, Empayar Chalukya Barat, pada akhir abad ke-10. Empayar Chalukya Barat memerintah dari Kalyani (Basavakalyan moden) sehingga akhir abad ke-12.
Pemerintahan Dinasti Chalukya menandai detik penting dalam sejarah India Selatan serta juga zaman kegemilangan dalam sejarah Karnataka. Suasana politik di India Selatan beralih daripada bentuk kerajaan kecil kepada empayar yang besar dengan kebangkitan Empayar Chalukya Badami. Buat pertama kali, kerajaan India Selatan mengambil alih kuasa dan menggabungkan seluruh wilayah di antara Sungai Kaveri dan Sungai Narmada. Kebangkitan empayar ini memperlihatkan kewujudan pentadbiran yang cekap, serta pengembangan perdagangan luar negeri dan gaya seni bina yang dikenali sebagai "seni bina Chalukya". Kesusasteraan Kannada yang dahulu menerima naungan diraja daripada istana Rashtrakuta pada abad ke-9 kini mendapat naungan yang ghairah daripada Empayar Chalukya Barat dalam tradisi Jain dan Veerashaiva. Abad ke-11 memperlihatkan kewujudan kesusasteraan Telugu di bawah naungan Empayar Chalukya Timur.