Pergi ke kandungan

Chiang Kai-shek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Chiang Kai-shek
蔣中正 / 蔣介石
Pengerusi Pemerintahan Nationalis China Ke-1 dan Ke-3
Dalam jawatan
10 Oktober 1928 – 15 Disember 1931
PremierTan Yankai
Soong Tse-ven
Didahului olehGu Weijun (pemangku)
Digantikan olehLin Sen
Dalam jawatan
1 Ogos 1943 – 20 Mei 1948
Pemangku sehingga 10 Oktober 1943
PremierSoong Tse-ven
Didahului olehLin Sen
Digantikan olehSendiri (sebagai Presiden Republik China)
1st Presiden Republik China
Dalam jawatan
20 Mei 1948 – 21 Januari 1949
PremierChang Chun
Wong Wen-hao
Sun Fo
Naib PresidenLi Zongren
Didahului olehSendiri (sebagai Pengerusi Pemerintahan Nasionalis China)
Digantikan olehLi Zongren (pemangku)
Dalam jawatan
1 Mac 1950 – 5 April 1975
PremierYen Hsi-shan
Chen Cheng
Yu Hung-Chun
Chen Cheng
Yen Chia-kan
Chiang Ching-kuo
Naib PresidenLi Zongren
Chen Cheng
Yen Chia-kan
Didahului olehLi Zongren (pemangku)
Digantikan olehYen Chia-kan
Perdana Menteri Republik China Ke-3, Ke-7, Ke-9, dan Ke-11
Dalam jawatan
4 Disember 1930 – 15 Disember 1931
Didahului olehSoong Tse-ven
Digantikan olehChen Mingshu
Dalam jawatan
7 Disember 1935 – 1 Januari 1938
PresidenLin Sen
Didahului olehWang Jingwei
Digantikan olehHsiang-hsi Kung
Dalam jawatan
20 November 1939 – 31 Mei 1945
PresidenLin Sen
Didahului olehHsiang-hsi Kung
Digantikan olehSoong Tse-ven
Dalam jawatan
1 Mac 1947 – 18 April 1947
Didahului olehSoong Tse-ven
Digantikan olehChang Chun
Ketua Pengarah Kuomintang Ke-1 dan Ke-3
Dalam jawatan
29 Mac 1938 – 5 April 1975
Didahului olehHu Hanmin
Digantikan olehChiang Ching-kuo (as Pengerusi Kuomintang)
Maklumat peribadi
Lahir(1887-10-31)31 Oktober 1887
Fenghua, Dinasti Qing
Mati5 April 1975(1975-04-05) (umur 87)
Taipei, Republik China (Taiwan)
KewarganegaraanChina
Parti politikKuomintang
PasanganSoong May-ling
AnakChiang Ching-kuo
Chiang Wei-kuo
Tempat belajarAkademi Tentera Jepun Empayar
PekerjaanAskar (pegawai kanan tentera), ahli politik

Chiang Kai-shek (31 Oktober 18875 April 1975) ialah pemimpin politik dan pemimpin tentera di China abad ke-20. Beliau juga anggota berpengaruh Kuomintang (KMT) serta sekutu rapat Sun Yat-sen. Chiang kemudian menjadi komandan Akademi Tentera Whampoa Kuomintang lalu mengambil alih jawatan Sun di dalam parti apabila Sun meninggal dunia pada 1925. Beliau menjadi pengerusi Majlis Tentera Negara kepada Pemerintahan Nasionalis Republik China (ROC) antara 1928 hingga 1948 lalu mengetuai Ekspedisi Utara pada 1928 bagi menyatukan negara dan justera, menjadi ketua seluruh China.[2] Chiang juga mengetuai China dalam Perang China-Jepun Kedua tetapi dalam tempoh itu, kuasa Pemerintahan Nasionalis merosot dengan amat ketara, meskipun kemasyhurannya semakin meningkat.

Pada April 1927, tentera Nasionalis Chiang terlibat dalam perang saudara yang berpanjangan dengan Parti Komunis China (CCP). Selepas Jepun menyerah pada 1945, Chiang mencuba menghapuskan Parti Komunis China. Malangnya, disokong oleh Rusia Soviet, pihak komunis menewaskan Chiang yang terpaksa mengundurkan pemerintahannya ke Taiwan, dengan pemerintahan tentera diteruskan di sana sementara mencuba mengembalikan tanah besar China. Sebagai Presiden Republik China dan Ketua Pengarah Kuomintang, Chiang memerintahkan pulau Taiwan dengan kuku besi sehingga kematiannya pada 1975.

Perasaan terhadap Chiang bercampur baur di Taiwan. Sedangkan sesetengah orang masih memperlihatkannya sebagai wira, yang lain mempunyai perasaan yang buruk terhadapnya dan hendak mengasingkan zamannya. Ini terbukti daripada penghilangan beratus-ratus arca Chiang di seluruh pulau.[3]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ 蒋介石宋美龄结婚照入《上海大辞典》
  2. ^ Zarrow, Peter Gue (2005). China in War and Revolution, 1895-1949. m/s. 230–231.
  3. ^ Leavey, Helen (2003-03-11). "Taiwan divided over Chiang's memory". BBC News. Dicapai pada 2009-10-29.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Didahului oleh
T.V. Soong
Perdana Menteri Republik Cina
19301931
Diikuti oleh:
Chen Mingshu
Didahului oleh
Wang Jingwei
Perdana Menteri Republik Cina
19351938
Diikuti oleh:
H. H. Kung
Didahului oleh
H. H. Kung
Perdana Menteri Republik Cina
1939–1945
Diikuti oleh:
Song Ziwen
Didahului oleh
Song Ziwen
Perdana Menteri Republik Cina
1947
Diikuti oleh:
Zhang Qun
Didahului oleh
-
Presiden Republik Cina
19481949
Diikuti oleh:
Li Tsung-jen
Didahului oleh
Li Tsung-jen
Presiden Republik Cina
19501975
Diikuti oleh:
Yen Chia-kan
Didahului oleh
Sun Yat-sen
Ketua Partai Kuomintang
19261927
Diikuti oleh:
Hu Han-min
Didahului oleh
Hu Han-min
Ketua Partai Kuomintang
19381975
Diikuti oleh:
Chiang Ching-kuo