Pergi ke kandungan

Chen Shui-bian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Chen Shui-bian
Tân Chúi-píⁿ
陳水扁
Presiden Republik China
Dalam jawatan
20 Mei, 2000 – 20 Mei, 2008
Naib PresidenAnnette Lu
Didahului olehLee Teng-hui
Digantikan olehMa Ying-jeou
Datuk Bandar Taipei
Dalam jawatan
25 Disember, 1994 – 25 Disember, 1998
Didahului olehHuang Ta-chou
Digantikan olehTsai Ing-wen
Maklumat peribadi
Lahir (1950-10-12) 12 Oktober 1950 (umur 74)
Guantian, Tainan, Taiwan
Kewarganegaraan Republik China
Parti politik Parti Progresif Demokratik
PasanganWu Shu-chen

Chen Shui-bian (Cina Tradisional: 陳水扁; pinyin: Chén Shuǐbiǎn, POJ: Tân Chúi-píⁿ), lahir 12 Oktober 1950) ialah ahli politik Taiwan yang merupakan mantan Presiden Republik China dari tahun 2000 hingga ke 2008. Beliau dikenali dengan nama gelaran Ah-Bian (阿扁; Ābiǎn; bahasa Taiwan: 阿扁仔 A-píⁿkiáⁿ).

Chen, yang Parti Progresif Demokratiknya (DPP) kuat menyokong kemerdekaan Taiwan, menyandang jawatan pada tahun 2000, lalu menamatkan lima puluh tahun perintah Kuomintang di Taiwan. Sungguhpun mengawal pendiriannya dan menunjukkan gamatan perdamaian, Chen masih amat berbelah-bagi bagi pendiriannya untuk kemerdekaan Taiwan.


Pada 11 September 2009, Chen dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan didenda TW$200 juta[1] atas kesalahan menggelapkan wang, menerima rasuah, dan pelaburan wang haram, sebanyak $15 juta ketika memegang jawatan Presiden dari tahun 2000 hingga 2008.[2]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]