Pergi ke kandungan

Candi Prambanan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Candi Prambanan
ꦕꦤ꧀ꦝꦶ​ꦥꦿꦩ꧀ꦧꦤꦤ꧀
Candi Prambanan, candi Hindu terindah di Asia Tenggara
Candi Prambanan yang terletak di Jawa
Candi Prambanan
Lokasi di Jawa
Candi Prambanan yang terletak di Indonesia
Candi Prambanan
Candi Prambanan (Indonesia)
Maklumat umum
JenisKuil HinduCandi Sunting nilai ini di Wikidata
Gaya seni binaCandi
LokasiDesa Bokoharjo, Kecamatan Prambanan, Kabupaten Sleman, Daerah Istimewa Yogyakarta
Bandar/pekanKabupaten Sleman
Negara Indonesia
Koordinat7°45′07″S 110°29′21″E / 7.7520153°S 110.4892787°E / -7.7520153; 110.4892787
Pembinaan bermulasekitar 850
Pelanggan/klienWangsa Sanjaya
Maklumat ketinggian
Tinggi47 m Sunting nilai ini di Wikidata
Tapak web
http://www.borobudurpark.com/prambanan.php Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Candi Prambanan atau Candi Rara Jonggrang, monumen yang terletak di Desa Bokoharjo, Kecamatan Prambanan, Sleman, Yogyakarta ialah kompleks kuil Hindu yang terbesar bukan sahaja di Indonesia, tetapi juga di Asia Tenggara, dan merupakan candi Hindu terindah di Asia Tenggara. Ia terletak di pulau Jawa, lebih kurang 20 kilometer di timur Yogyakarta, 40 kilometer di barat Surakarta dan 120 kilometer di selatan Semarang, tepat pada sempadan antara provinsi Jawa Tengah dan Daerah Istimewa Yogyakarta.

Candi Prambanan, candi Hindu terindah di Asia Tenggara dilihat pada saat malam hari

Candi ini dibina pada sekitar tahun 850 Masehi semasa Wangsa Sanjaya. Bagaimanapun, adakah candi ini dibina oleh Rakai Pikatan, raja kedua wangsa Mataram I atau oleh Balitung Maha Sambu, tidak dapat dipastikan. Tidak lama selepas dibina, candi ini ditinggalkan dan mula rosak.

Pembaikpulihan

[sunting | sunting sumber]
Patung Dewa Ganesa di Prambanan
Salah satu daripada tiga buah candi Trimurti.

Pada tahun 1733, Candi Rara Jonggrang ditemukan oleh C.A Lons, seorang anak Belanda. Kemudian pada tahun 1855, Izerman mula membersihkan dan memindahkan beberapa batu dan tanah dari bilik candi. Tidak lama kemudian, Groneman melakukan pemusnahan secara besar-besaran dan batu-batu candi tersebut ditimbunkan secara sembarangan di sepanjang Sungai Opak.

Pada tahun-tahun 1902-1903, candi ini mula dibaik pulih oleh Van Erp. Usahanya dilanjutkan secara lebih sistematik oleh Jabatan Purbakala (Oudheidkundige Dienst ) di bawah P.J. Perquin pada tahun 1918-1926. De Haan melanjutkan usaha pembaikpulihan ini pada tahun 1926 sehingga akhir hayatnya pada tahun 1930. Pada tahun 1931, usahanya dilanjutkan oleh Ir. V.R. van Romondt sehingga tahun 1942, dan kemudian usaha pembaikpulihan itu diserahkan kepada putera Indonesia dan ini berlanjut sehingga tahun 1993. [1]

Banyak bahagian candi yang dibaik pulih dengan menggunakan batu baru, kerana batu-batu yang asli banyak dicuri atau dipakai semula di tempat-tempat lain. Sebuah candi hanya akan dibaik pulih oleh Kerajaan Indonesia jika sekurang-kurangnya 75% batu asli masih ada. Oleh sebab itu, banyak candi kecil tidak dibaik pulih dan hanya struktur asasnya dapat dilihat.

Candi Rara Jonggrang sekarang merupakan sebuah tapak yang dilindungi oleh UNESCO, mulai tahun 1991. Antara lain, ini bermakna bahawa candi ini kini terlindung dan memiliki status istimewa seperti dalam keadaan perang.

Candi Rara Jonggrang adalah candi Hindu yang terbesar di Asia Tenggara. Bangunan utama 47 meter tingginya. Kompleks candi ini terdiri daripada lapan buah candi utama dan melebihi 250 buah candi kecil yang ukurannya berbeza-beza dan disebut perwara.   Tiga buah candinya yang utama dipanggil Trisakti dan didedikasikan kepada Trimurti, tiga kekuatan Brahman:

  1. Dewa Siva, sang Penghancur
  2. Dewa Vishnu, sang Pemelihara
  3. Dewa Brahma, sang Pencipta.

Candi Siva di tengah-tengah mengandungi empat ruangan, dengan satu ruangan di setiap arah mata angin. Yang pertama mengandungi sebuah arca Dewa Siva setinggi tiga meter, dengan tiga yang lain mengandungi arca-arca yang lebih kecil ukurannya, iaitu arca Durga, sakti atau isteri Dewa Siva, Agastya, gurunya, dan Ganesa, puteranya.

Arca Durga juga disebut sebagai Rara atau Lara/Loro Jongrang (dara langsing) oleh penduduk setempat. (Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila lihat rencana Loro Jonggrang.) Dua buah candi yang lain yang didedikasikan kepada Dewa Vishnu dan Dewa Brahma masing-masing menghadap ke arah utara dan ke arah selatan. Selain itu, adanya beberapa candi kecil yang lain yang didedikasikan kepada sang lembu Nandini, wahana Dewa Siva, sang Angsa, wahana Dewa Brahma, dan sang Garuda, wahana Dewa Vishnu.

Ukir timbul di dua puluh sisi candi ini menggambarkan roman kesateriaan Ramayana. Bagaimanapun, versinya berbeza dengan Kakawin Ramayana Jawa Kuno, tetapi mirip dengan cerita Ramayana yang diturunkan melalui tradisi lisan.

Gempa bumi 2006

[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Mei 2006, gempa bumi dengan kekuatan 5.9 pada skala Richter (sementara Survei Geologi Amerika Syarikat melaporkan kekuatan gempa bumi sebanyak 6.2 pada skala Richter) melanda daerah Bantul dan sekitarnya. Gempa bumi ini mengakibatkan banyak kematian penduduk serta kerosakan yang teruk pada banyak bangunan di sini, termasuk kompleks Candi Prambanan, khususnya Candi Brahma.

  1. ^ Mengenali Candi Siwa dan Parambanan Dari Dekat, Penerbit Kanisius

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]